Showing posts with label Edisi Bukit Besi. Show all posts
Showing posts with label Edisi Bukit Besi. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Video Paling Jarang Dijumpai : Sejarah Bukit Besi

Jutaan terima kasih kepada UPLOADER tersebut yang meletakkan ke dalam YOUTUBE






Sila klik pautan ini :



Sunday, December 30, 2012

Depoh Diesel dan Arang Batu Nibong Bawah




















Antara gambar-gambar depoh lama, tempat simpanan diesel dan arang batu (kalau tak silap penulis, kalu saloh kabo) zaman Bukit Besi yang terletak di Kampung Nibong Bawah bersempadan Kampung Tanjung Pagar di Dungun. Ia terletak di tepi birai Sungai Dungun. Penulis pernah ingat kawasan ini dahulu berpagar, dan ada papan tanda orang pegang senapang-makna kata kalau masuk kena tembak walau tak ada pun jaga yang jaga. Di tepi kawasan ini dulu banyak pokok buluh kecil, tempat penulis ambil buluh untuk dijadikan bedil atau senapang buluh-alat mainan ala-ala bentuk picagari, peluru buah kemunting,buah pana atau kertas surat khabar yang dibasahkan dan digentel menjadi bentuk bulat.

Kawasan depoh ini penulis tidak tahu sama ada terletak di atas tanah milik kerajaan sekarang ini atau individu perseorangan. Jika boleh pihak tertentu letakkan papan tanda sejarah (batu marmar seperti Papan Tanda Tourism Malaysia yang selalu meletakkan di kawasan bersejarah). Mungkin boleh dijadikan tempat bersejarah yang boleh diwartakan. Harap-harap...



Gambar Julai 2012.

Tuesday, January 19, 2010

Edisi Bukit Besi : Kawasan Perlombongan

Gambar di atas ialah kawasan perlombongan yang dipagar dan mempunyai pintu besar. Kawasan ini tidak boleh dimasuki lantaran pintu itu bermangga dan hanya boleh dilihat dari jauh di luar pagar sahaja.

Kawasan perlombongan dari kejauhan. Tinggalan konkrit umpama kubu perang.

Tebing bukit.

Kawasan kaki bukit.

Gambar di atas ini dipercayai ketulan besi atau mungkin bijih besi. Penulis cuba melagakan atau mengetuk kedua-dua benda ini namun tidak pecah seperti pecahan batu tetapi ia mengeluarkan bunyi umpama besi yang dilagakan.

Lagi ketulan bijih besi.

Wednesday, December 30, 2009

Edisi Bukit Besi : Stor Dinamit & Rumah Pejabat

Di bawah ini @Dungun memarkan beberapa bangunan lama tinggalan zaman perlombongan bijih Besi yang terletak di Bukit Besi.


Papan tanda.


Stor Dinamit.


Stor Dinamit.

Stor Dinamit.

Rumah Pejabat.

Rumah Pejabat.

Rumah Pejabat.

Rumah Pejabat.

Friday, December 25, 2009

Edisi Bukit Besi : Sura Gate - Taman Monumen Keretapi



Plak keterangan monumen keretapi dan zaman perlombongan bijih besi di Bukit Besi.


Monumen keretapi: Gambar dari arah sisi depan.


Monumen keretapi : Gambar dari arah sisi sipi.


Monumen keretapi : Gambar dari arah sisi belakang.

Sebelum terbinanya monumen keretapi ini di depan Stesen Minyak Shell yang tertua di Dungun, ada satu Taman Monumen Tudung Saji yang telah lama dibina di sebelah Taman Monumen Keretapi ini yang berhampiran dengan Stesen Minyak Caltex. Taman Monumen Tudung Saji itu dibina sebagai tanda pengenalan daerah Dungun kerana perusahaan tudung saji dan yang berkaitan dengan kraftangan mengkuang yang terletak di Paka.

Monumen Tudung Saji ini telah usang, buruk rupanya dan seolah tiada penyelengaraan mahupun jagaan, pokok-pokok bunga di sekitar Taman Monumen Tudung Saji ini juga nampak semakin semak meninggi. Pihak tertentu harus mengubah imej di kawasan Taman Monumen Tudung Saji biar nampak segah, segak, secantik, dan seindah seperti di kawasan Taman Monumen Keretapi .

Daerah Dungun juga terkenal dengan pendaratan penyu belimbing di Rantau Abang, dan tanda pengenalan daerah ini dengan lambang penyu juga begitu sinonim sekali. Kini monumen keretapi zaman Bukit Besi mengambil alih tanda pengenalan daerah bersempena mengingati zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Bagi pelancong-pelancong yang memandu dari arah Kuala Lumpur dan Pahang, ke arah Kuala Terengganu jika melalui jalan utama Dungun Ke Kuala Terengganu, singgahlah sebentar ke sini untuk melihat-lihat taman ini dari dekat, dan jika melalui jalan dari arah Jabor-Jerangau ke simpang tiga Ajil-Kuala Berang, Ajil-Bukit Payong, singgahlah dahulu di Bukit Besi untuk melihat dari dekat kawasan Chimney di tepi jalan tersebut.

Thursday, December 10, 2009

Edisi Bukit Besi : Sura Jeti - Tinggalan Konkrit




Inilah tinggalan konkrit di Sura Jeti (berhampiran dengan Pantai Teluk Lipat depan Sekolah Imtiaz-dahulu dikenali dengan nama Asrama Yayasan Terengganu). Tinggalan zaman perlombongan Bukit Besi ini juga tidak dipagar, terbiar dan ada kesan contengan budak-budak nakal yang tidak bertanggungjawab. Tinggalan konkrit ini terletak di kawasan pengumpulan bijih dan masa aku sekolah dahulu kawasan ini dipanggil BIJIH. Anda masih boleh melihat tinggalan konkrit ini yang terletak di simpang 3 jalan ke pantai yang berdekatan dengan taman rekreasi (bekas tapak bijih). Seingat aku dahulu, masih banyak lagi tinggalan konkrit di kawasan ini, yang dilindungi dengan pokok-pokok gelang yang banyak tumbuh di sini dahulu. Namun sekarang tidak nampak lagi, sudah hilang, mungkin dibuang kerana pembangunan deretan kedai dari depan jalan besar di Sura Gate hingga hampir dengan kawasan pagar Rumah Tetamu Dungun, juga kerana dengan terbinanya taman rekreasi di situ.

Sunday, December 6, 2009

Edisi Bukit Besi : Opal

Tiang-tiang Opal di Pantai Teluk Lipat - Kampung Sura Jeti.

Gambar lama menunjukkan tiang-tiang opal yang masih kukuh sebagai jambatan membawa bijih besi ke tongkang di tengah laut luar pantai Dungun sebelum di bawa ke Kapal Besar yang menunggu jauh di tengah laut sebelum dieksport.

Tinggalan tiang opal yang masih ada di Sura Jeti, mungkin menunggu masa untuk runtuh dihakis ombak. Perlu dilakukan sesuatu oleh pihak berwajib sama ada memagar kawasan ini, mewartakan tiang ini sebagai tinggalan sejarah dan memlihara dan memuliharanya. Ini sahaja tinggalan tiang opal yang masih ada di Sura Jeti.


Sisa-sisa tiang-tiang kayu yang telah patah dan masih tertanam di dasar pasir pantai.

Tiang dan simen konkrit (slap) yang telah runtuh dek saban tahun dihakis ombak tengkujuh.

Konkrit yang runtuh yang jelas berada di gigi laut pantai.

Di kejauhan di tengah laut, ternampak dua tiang yang masih setia digasak dengan ombak.

Kesimpulannya, @Dungun mengharapkan pihak berwajib, seperti Kementerian Kebudayaan Kesenian & Warisan, Kementerian Pelancongan/Tourism Malaysia, mana-mana Persatuan Sejarah, pihak berkuasa negeri mengambil langkah yang tepat bagi memelihara dan memulihara kawasan ini.

Friday, August 21, 2009

Edisi Bukit Besi : Chimney








Inilah kesan sejarah. Bekas tinggalan tapak dapur atau kawasan Chimney di Bukit Besi. Serombong tinggi boleh dilihat di tepi jalan laluan Dungun-Bukit Besi-Durian Mas.

Wednesday, June 10, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 09


Gambar ini adalah keratan daripada buku cenderahati sempena hari Upacara Permasyhuran Majlis Perbandaran Dungun. Gambar yang dirakamkan di atas adalah kawasan Sura iaitu kawasan antara Sura Gate hingga ke Sura Jeti. Timbunan hitam berbukit itu ialah bijih besi. Zaman persekolahan penulis dahulu, kawasan ini dikenali dan dipanggil BIJIH. Banyak pokok gelang tumbuh di sini dan kawasan ini bertanah merah. Ia bermula dari belakang deretan kedai Bandar Dungun Sura Gate hingga ke sempadan jalan raya di tepi pantai. Semua tanahnya merah. Beberapa tinggalan struktur konkrit juga boleh dilihat pada waktu itu (dalam tahun-tahun 90an).

Kawasan ini di sebelah kanannya berhampiran dengan Sekolah Imtiaz Bawah Dungun (dahulu ialah Asrama Yayasan Terengganu kemudian menjadi Maktab Rendah Yayasan Terengganu kemudian berubah menjadi Sekolah Imtiaz Bawah Dungun). Di sebelah kiri pula kawasan Bijih ini berhampiran dengan Sekolah Imtiaz Atas Dungun (dahulu adalah kampus lama ITM Dungun kemudian Kolej Teras Timur dan kemudian barulah menjadi Sekolah Imtiaz Atas Dungun), dan Rumah Tamu Daerah Dungun.

Kini kawasan Bijih ini semakin sempit, pembangunan kedai-kedai baru di Bandar Dungun di kawasan Sura Gate melimpah sampai ke Sura Jeti. Berhampiran dengan jalan pantai pula di bina satu kawasan tempat rekreasi/bersenam yang berhadapan dengan Sekolah Imtiaz Bawah Dungun. Kawasan tersebut juga dibina deretan kedai makan berhadapan dengan jalan.

Sekarang ini masih adakah lagi tinggalan struktur konkrit zaman bijih besi di situ?

Monday, June 8, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 08














Kapal besar. Kapal yang membawa bijih perlombongan dari Bukit Besi untuk di bawa ke tempat lain ( luar negara mungkinnya ). Kapal besar ini dahulu mungkin dapat dilihat dari sekitar Pantai Teluk Lipat hingga ke Sura Hujung. Sekarang tidak lagi. Generasi baru hanya akan melihat kapal sebesar ini hanya dari pantai Paka dan Kertih. Kapal-kapal yang dapat dilihat sekarang di sekitar pantai Paka dan Kertih mungkin adalah kapal-kapal yang terlibat dengan industri petroleum/petrokimia.

Saturday, June 6, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 07















Di luar pantai Dungun. Bijih besi ditarik dengan tongkang menuju ke tengah laut untuk dipunggah ke kapal besar.

Menurut cerita daripada keluarga, salah seorang Allahyarham bapa saudara penulis di sebelah bapa penulis adalah salah seorang pemandu bot tongkang yang membawa bijih dari pantai ke tengah laut Dungun sebelum dipunggah ke kapal besar pengangkut bijih.

Friday, June 5, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 06

Opal atau jeti dari darat ke tengah laut. Ia berada di dalam kawasan Sura. Kawasan ini dikenali dengan nama Sura Jeti bersempena jeti tempat pemunggahan bijih besi ke laut untuk dihantar ke kapal besar. Gambar ini dirakamkan pada tahun 1965 ( mengikut catatan dari sebuah kedai makan di Kampung Padang Jambu ).