Wednesday, October 8, 2014

Ulangtahun Kelima Blog @Dungun

Dari Paka ke Rantau Abang,
Sempadan Jerangau Hulu Terengganu,
Ulangtahun Kelima sudah datang,
Terima kasih semua sudi bertamu.

Dungun kini berubah wajah,
Ada teguran ada tepukan,
Yang ziarah teruskan ziarah,
Terima kasih @Dungun ucapkan.

Saturday, January 4, 2014

Joh Atu!



Joh atu!
Masuk tahun baru, masuklah darjah satu. Joh Atu!

Gambar di atas adalah getah pemadam pensel. Bangsa Terengganu memanggilnya sebagai ROBA. Inggeris memanggil getah sebagai rubber. Asimilasi bahasa menjadikan getah pemadam disebut roba oleh Bangsa Terengganu. Bentuk roba zaman sekarang ini ada pelbagai bentuk dan ragam. Di atas ini adalah pokok kaktus berpasu. Dulu roba kebanyakkannya hanya berbentuk segi empat dan bulat. Ada gambar bendera pelbagai , dan gambar watak kartun rancangan di tv. 

Assalamualaikum cikgu!

Wednesday, January 1, 2014

Tahung Due.Ribu.Pak.Belah

Banjir beso baru ning
Habis kemamang kene boh
Dua ribu tige belah lepah dok sakning
Due ribu pak belah pulok sapa doh!

Ya Allah. Jauhkanlah bencana kepada negeri kami, kepada negara kami. Amin.

Monday, September 16, 2013

Lime Puluh Nang

Lime puluh nang,
Dulu kite bukang tahu pung,
Kite dok tahu pung,
Guane-guane tok nenek idup jamang dulu, dok dang nok mikir pung.

Lime puluh nang,
Kite hanye dengor cerite tok, cerite tokki,
Kite hanye dengor cerite mok ayoh kite,
Tu pung kalu mok ayoh dang jamang jepung.
Dok dang jugok nok mikir mende-mende kite ni.

Lime puluh nang,
Cerite tok nusuk dalang kubu bawoh tanoh,
Cerite tokki susoh kije cari makang,
Cerite susoh itu ini,
Dok dang jugok kite nok mikir lening (sibuk maing facebook,tweeter dan blog macang aku sedang taip ni)

Lime puluh nang,
Bace buku je kite tahu,
Buku sejaroh hok British tulih, Jepung tulih, orang kite tulih,
Hok tu je kite dapat tahu,
Bia pung orang kate sejaroh ditulih orang yang menang,
Hok tu la jadi rujukkang kite,
Gane-gane pung cerite lisang kite kene dengor ambik iktibar jugok,
Mungking ade rahsia dalam cerite lisang orang tua-tua kite,
Bia pung cerite tu langgor adab etika menilai sejaroh,
Mungkin ade benor cerite tok nenek orang tua.

Lime puluh nang,
Doh Lime puluh nang tahun doh kite merdeka,
Jangang pulok kite tengok saje buku tulis anok kite
Di belakang bukang ada sifir sahaje,
Tapi ada Rukun Negara,
Jangan tengok aje,
Tapi dok tahu ke bende,
Dok dang jugok nok mikir,
Kalu kite tengok saje...

Hayati Kemerdekaan yang ke 56 : 31 Ogos 2013 dan Selamat Hari Malaysia : 16 September 2013.

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Aidil Fitri 1434 Hijrah


Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan 1434 Hijrah

Lambuk Terengganu juadah berbuka
Rasanya lain penuh daunan
Penghulu bulan kini bermula
Cinta Ramadhan mohon amalkan

Sunday, June 30, 2013

Mat Salleh Cakap Loghat Terengganu

Unik! Kalau Mat Dan ini tak malu cakap Terengganu, apatah lagi kita yang jati diri begitu kuat dengan loghat kita. Dok gitu!

Tonton di sini :

Mat Salleh Cakap Loghat Terengganu SIRI I


Thursday, February 14, 2013

Sapök Jauh

Tiang Opal di kejauhan...

Sapök jauh tiang opal-betapa jauhnya tiang opal di tengah laut dari pandangan birai Pantai Kampung Sura Jetty.




Tuesday, February 12, 2013

Video Paling Jarang Dijumpai : Sejarah Bukit Besi

Jutaan terima kasih kepada UPLOADER tersebut yang meletakkan ke dalam YOUTUBE






Sila klik pautan ini :



Monday, January 7, 2013

Bunyi Kata

Bunyi kate banjir di banyak tempat daerah-daerah di negeri kite-Terengganu. Dungun pun banjir. Tahun Melawat Terengganu sudah bermula. Jadi bagaimana? Aku nasihatkan pelancong rajin-rajinlah baca berita, rajin-rajinlah dapatkan maklumat banjir sebelum merancang datang melancong ke sini. Bimbang sudah sampai sangkut perjalanan di mana-mana.

Bunyi kate, kata orang-orang tua, "Lepah raye cine, abihla böh ni, gelombang takdök döh, hujang dök bbérék döh, musing kering pulök lepah ning".

Bunyi kata. Orang-orang di sini selalu menggambarkan musim tengkujuh reda bila Tahun Baru China sudah sampai. Ia menjadi tanda penamat musim. Banjir tengkujuh mungkin tidak berlaku lagi, gelombang sudah berhenti, hujan berpanjangan sudah berhenti, musim panas pula bermula. 

Begitulah bunyi kata. 

(Bunyi kata bermaksud dengar-dengar kata dari orang, dari cerita orang, dan dari percakapan orang.)

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Melawat Terengganu 2013

Selamat datang weiii...




Sunday, December 30, 2012

Depoh Diesel dan Arang Batu Nibong Bawah




















Antara gambar-gambar depoh lama, tempat simpanan diesel dan arang batu (kalau tak silap penulis, kalu saloh kabo) zaman Bukit Besi yang terletak di Kampung Nibong Bawah bersempadan Kampung Tanjung Pagar di Dungun. Ia terletak di tepi birai Sungai Dungun. Penulis pernah ingat kawasan ini dahulu berpagar, dan ada papan tanda orang pegang senapang-makna kata kalau masuk kena tembak walau tak ada pun jaga yang jaga. Di tepi kawasan ini dulu banyak pokok buluh kecil, tempat penulis ambil buluh untuk dijadikan bedil atau senapang buluh-alat mainan ala-ala bentuk picagari, peluru buah kemunting,buah pana atau kertas surat khabar yang dibasahkan dan digentel menjadi bentuk bulat.

Kawasan depoh ini penulis tidak tahu sama ada terletak di atas tanah milik kerajaan sekarang ini atau individu perseorangan. Jika boleh pihak tertentu letakkan papan tanda sejarah (batu marmar seperti Papan Tanda Tourism Malaysia yang selalu meletakkan di kawasan bersejarah). Mungkin boleh dijadikan tempat bersejarah yang boleh diwartakan. Harap-harap...



Gambar Julai 2012.

Thursday, December 27, 2012

Awi Rafael : Asalkan Aku Ok Di Dungun

Asalkan aku Ok...

Hati Bersih Tak Lupa Solat...




Friday, October 26, 2012

Hari Raya Aidil Adha 1433 Hijrah



Berape ekor tahung ning? Mejik mane? Wak kak ane? Berapa riya sebahagiang?

Itulah dialog-dialog bila tiba Hari Raya Aidil Adha di Terengganu. Di tempat lain pun sama, cuma ikut slanga masing-masing.

Makan rojok kateh sedak gok ning?

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pengunjung Blog @Dungun dan Journey Terengganu.

Monday, October 8, 2012

Ulangtahun Keempat Blog @Dungun

Ulangtahun Keempat Blog @Dungun

Tahun keempat aku menulis di blog aku ini. Terima kasih Followers yang masih menjengah blog ini. Terima kasih penjengah senyap, pembaca malu-malu-huhuhu, pembaca setia, pembaca yang baca dan komen, pembaca yang baca kemudian hilang tak jengah kembali dan macam-macam jenis pembaca aku tetap ucapkan jutaan terima kasih. Kepada yang membuat pautan blog, yang mengambil sedikit ilmu yang baik dan yang mengambil maklumat dari blog ini aku ucapkan juga jutaan terima kasih. Jangan lupa jengah selalu walau kadang-kala aku sibuk dan tidak membuat artikel terbaru dan terkini-aku minta maaf banyak-banyak.


Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah


Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433 Hijrah


Friday, July 20, 2012

Megang (i)



Hari ini hari Megang! Hah! Apakah itu? Megang. Orang tahu istilah megang ialah ketua samseng yang menguasai sesuatu kawasan, contohnya Awang ialah kepala mmegang bas ssteng bando (Bus Stand Kuala Terengganu). Ia menerangkan Awang itu ketua samseng (biasanya kaki POW dan bergaduh dengan kumpulan/samseng kampung lain) dan dia menguasai kawasan tersebut. Namanya jadi sebutan (termasuk Polis la kot?). 

Istilah ini juga digunakan dalam terma permotoran, iaitu piston mmegang. Ia membawa maksud semasa menunggang motosikal tiba-tiba piston di dalam enjin motorsikal tidak bergerak menyebabkan enjin tidak berfungsi dan motorsikal tidak dapat dikawal dan memungkinkan penunggangnya jatuh dengan motorsikalnya sekali. Piston ini tidak bergerak biasanya disebabkan minyak 2T (orang Terengganu menyebutnya minyok TUTI) kering di dalam tangkinya-motorsikal 2 lejang (two stroke).

Megang yang lain ialah hari ini. Hari ini HARI MEGANG. Megang ini bermaksud hari sebelum hari pertama puasa-1 Ramadhan (orang Negeri Sembilan menyebutnya sebagai Mantai-Hari Mantai). Selain itu orang Terengganu juga menyebut sehari sebelum hari raya juga sebagai hari megang.


Nota :

Penuh ppaso Dungung pagi takdi, sapa tadok parking. Hari ni hari megang. Patut aaa...

Tuesday, July 17, 2012

Nelang ke Hanelang?


Maafkan aku. Maafkan aku sebelum anda membaca artikel ini. Ini kerana aku rasa mahu ke depan isu yang remeh ini, walaupun begitu aku rasa perlu diketengahkan juga. Pesta sukan di Pahang telah berakhir, pesta Liga Super telah berakhir, tetapi banyak tempat sama ada di dunia sesawang, terutama mukabuku dan di dunia fana ini, terma hanelang banyak digunakan. Aku pelik. Tidak pernah sedari kecil aku mendengar dari orang tua-tua menyebut perkataan Hanelang.

Ada yang menyebut Hanelang itu bermaksud handalan lama-lama menjadi hanelang kemudian nelang? Begitukah? Setahu aku, aku diajar perkataan yang sepatutnya ialah Nelang yang bermaksud garang, bekeng. Dialog yang sedari kecil yang sering aku dengar seperti contoh ialah "Nelang téh! Doh guane nelang ngak tuh?" Jika diterjemahkan ialah "Garang/bengkeng sungguh tu! Kenapa yang garang sangat tuh!"

Nelang ini ada satu perkataan yang begitu besar maksudnya. Ia melambangkan sungguh garang yang berani, garang yang lebih samseng, bengkeng yang ditakuti orang malah tidak disukai orang, perkara yang terlebih garang terlebih samseng, garang terlebih berani, garang terlebih bengkeng. Garang bercampur Amukan. Ya, lebih tepat AMUKAN, BERANI MENGAMUK. Semuanya sifat yang melampaui batas manusia yang normal.

Jadi mungkin orang-orang sukan, yang meminati sukan, terlibat dalam pengurusan sukan mencipta perkataan baru-agakkan aku. Perkataan Hanelang mungkin direka dan istilah ini menjadi buah mulut untuk menunjukkan kekuatan kuasa sukan negeri Terengganu.

Sekali lagi maafkan aku, jika aku tidak tahu jika perkataan ini sebenarnya mungkin berasal dari daerah lain dalam negeri Terengganu, tapi aku lebih suka istilah NELANG!

Nelang Téh !



Terkini 20.Julai.2012 :

HANELANG!

Aku telah selidiki. Aku telah bertanya. Kesimpulannya perkataan Hanelang ini adalah perkataan lama yang telah jarang digunakan oleh penutur slanga Terengganu. Generasi sekarang mengambil pendek istilah ini iaitu Nelang sahaja. Maksudnya sama hanya perkataan diringkaskan. Seperti istilah Nelang, Hanelang dahulu juga biasa digunakan ibu bapa untuk memarahi anak-anak mereka yang bergaduh, walau sudah dinasihati tetap bergaduh sama sendiri. Zaman dan generasi telah bergerak, maka banyak perkataan lama jarang dan mungkin telah ditinggalkan. Jadi aku rasa secara tidak langsung pihak pengurusan sukan Terengganu berjaya mengembalikan semula istilah yang tidak pernah aku dengar dan rupanya merupakan satu perkataan lama. Tahniah!

"Hanelang tuh! Gane hanelang ngak?"

Monday, June 11, 2012

Dokék

Dua sahabat yang berkerja di sekitar bangunan elit sekitar KL. Masing-masing berasal dari dua negeri yang berbeza-tetapi dari sejarah mungkin ada pautan. Pautan Ranah Minang-mungkin. Maka hari-hari yang dilalui oleh kedua-dua mereka selalu berkomunikasi dengan dialek negeri masing-masing. Satu hari mereka mengimbas kembali hari-hari mereka mula-mula kenal dahulu. Kata orang baru mau ekjas kimiastry.


Jang : Ekau tinggal dokék mano?

Awang : Dokék ? Mende dokék-dokék ni?

Jang : Dén tanyo ni haaa, ekau tinggal dokék mano?

Awang : Mende mung? Dok pahang.

Jang : Ooo, jauhnyo, ékau tinggal dokék Pahang? Berulang KL hari-hari yo?

Awang : Bile pulok aku tinggal Pahang? Bahang rambang mung ni!

Jang : Tadi dén tanyo ékau jawab Pahang.

Awang : Aku asal Teranung.

Jang : Ooo. Abihtu dokék sini, rumah ékau dokék mano?

Awang : Mende pulok dokék sini dokék mano, ape mende dokék-dokék? Kang aku lépo peng ni dokek atah pala mung, baru mung tahu.

Jang :  Marah dén plak. Jangan marah-marah. Dén tanyo ékau jawabla.

Awang : Dok maroh, aku tanye gok.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka telah faham. Jang tanya Awang di KL ini tinggal dokék mana. Awang pula tidak faham dan ingatkan dokék itu hal benda yang tajam terkena terpacak atas benda yang lain. Macam main dart baling ke papan dart terus terpacak terkena di permukaan papan dart. Seorang maksudkan dokék tu dekat, seorang ingatkan dokék tu hal terkena terpacak. 

Jadi gabungkan.

Baling dart dokék atah dokék papan.