Showing posts with label Slanga Terengganu : Ganti Nama Diri. Show all posts
Showing posts with label Slanga Terengganu : Ganti Nama Diri. Show all posts

Wednesday, September 9, 2009

Pra Aidil Fitri : Kerabat Keluarga

Di musim raya nanti maka kelibat sanak-saudara yang jarang bertemu mungkin bertemu sama ada kita bertandang rasa atau mereka bertandang raya ke rumah kita atau berkumpul di rumah tok tok ki kita.Ada Ayoh We/Ayoh Long, Mok We/Mok Long, Ayoh Ngoh dan Cik Ngoh, Ayoh De dan Mok De/Cik De, Ayoh Téh dan Mok Téh, Ayoh Tang, Ayoh Cik, Ayoh Su dan Mok Su/Cik Su. Inilah antara gelaran pangkat dalam keluarga.

Ada tidak menggunakan gelaran pangkat tetapi menggunakan nama dan ditambah AYOH di depan. Contohnya bapa saudara bernama Ismail, makanya dipanggil Ayoh Wé.

Ayoh We/Ayoh Long, Mok We/Mok Long - adalah pangkat Tertua dan Sulung dalam keluarga ibu bapa kita. Ayoh Ngoh dan Cik Ngoh - adalah anak tengah, (biasanya anak nombor 2). Ayoh De dan Mok De/Cik De- mungkin singkatan kepada perkataan MUDA, yang muda tapi bukan bongsu dalam keluarga, mungkin juga yang Tengah, sama dengan pangkat dengan Ayoh Ngoh/Cik Ngoh.

Ayoh Téh dan Mok Téh - adalah pangkat selepas Tengah, mungkin no 3 atau 4 (lihat berapa adik beradik). Ayoh Tang - adalah pangkat mungkin adik yang kedua sebelum bongsu ( Tang - ada negeri lain di Malaysia memanggilnya Tam, Pak Tam).

Ayoh Cik - adalah pangkat mungkin adik pertama sebelum bongsu. Ayoh Su dan Mok Su/Cik Su - adalah adik yang bongsu. Bagi gelaran Cik dan Su, ada juga dalam keluarga bagi anak yang bongsu tidak digelar Su, tapi menggunakan gelaran Cik, singkatan kepada kecik/kecil.

Ayoh - Ayah.
Mok - Mak.

Panggilan pangkat di dalam satu keluarga adalah berbeza dengan satu keluarga yang lain sama ada mengikut negeri atau kenalan kita sendiri mahupun dalam keluarga mentua kita. Ia adalah subjektif dan tertakluk kepada penggunaan rasmi dalam keluarga itu sendiri. Jika ada sesiapa yang tahu pangkat ahli dalam keluarga mengikut slanga Terengganu sila maklumkan kepada aku, kalau salah tolong maklumkan.

Thursday, January 29, 2009

Ggocoh, Jjereba

Ggocoh, Jjereba.

( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )

Permainan masih bersambung. Padang bola astaka riuh rendah. Sebahagian penduduk Dungun menyokong pasukan Arsenal dan sebahagian menyokong pasukan daerah Dungun. Pasukan yang dibina dan dipilih dari serata pasukan kampung di dalam daerah Dungun. Mungkin perlawanan ini mengimbau perlawanan bola sepak antara staff orang putih Bukit Besi dengan penduduk kampung ( agak-agaknya ). Perlawanan ini juga mungkin mengimbau kenangan Michael Schumacher yang pernah menginap sekejap di Hotel Tanjong Jara ( berehat sementara menunggu perlumbaan kereta F1 di Sepang ) dan bermain bola sepak dengan penduduk Kampung Seberang Pintasan.

Permainan bola di padang astaka ini agak berbahaya kerana tiada pagar. Terlebih sepak, bola akan terkeluar ke jalan raya. Mungkin terkena bangunan stesen bas baru, terkena kedai Ayoh Ku Warga Niaga. Paling jauh kalau bola disepak kuat akan mungkin sampai Pasar Besar Dungun-mungkin habis ikan-g tercampak jatuh dari meja jualan.

Berbalik kepada permainan bola sepak tadi. Agak melalut sekejap komentator bola sepak sebentar tadi. Aksi permainan makin sengit. Bola digelecek oleh Eduardo setelah menerima hantaran sepakan percuma susulan kekasaran yang berlaku ke atas Sagna. Eduardo berjaya melepasi dua pemain pertahanan lawan ( kedua-dua pemain pertahanan ini diwakili dari Kampung Sungai Buaya dan Kampung Seberang Pintasan-yang mana dan yang peliknya kalau dua-dua kampung ini bertemu dalam satu perlawanan bola sepak,perlawanan ini akan diakhiri dengan ggocoh, akan tetapi demi pasukan daerah, kedua-dua pemain ini melupakan persengketaan lama ).

Eduardo berada dalam kotak penalti dan posisi yang baik untuk menjaringkan gol. Eduardo cuba melakukan sepakan deras rendah ke arah kanan pintu gol namun nampaknya goli dari Kampung Padang Jambu berjaya jjereba dan menangkap bola tersebut.

"Hoh! Terer goli kapong ni, ajok main-g bola ngan-g Arsenal molek ni...", kedengaran suara Arséne Wenger bercakap dengan pembantunya, Pat Rice. Pat Rice hanya tersenyum buat-buat tanda paham, sebab dia dok paham-ng setarang baroh percakapan Arséne Wenger yang bercakap loghat Terengganu dalam slang Perancis itu.


Glosari

Ggocoh
Bergaduh

Goli
Penjaga gol ; Goalie

Jjereba
Gaya melompat untuk menangkap sesuatu

Dok paham-ng setarang baroh
Tak faham langsung

Wednesday, October 29, 2008

Bong


Bong. Satu alat untuk mengopek buah kelapa secara tradisional. Bong diperbuat daripada besi. Dipacakkan bersama satu tiang ke dalam tanah. Permukaan yang tajam di atas seumpama lembing adalah untuk mengoyak sabut kelapa.

"Gi koyok buoh nyo tuh tanoh..tra gune bong tuh.."
(Pergilah kopek buah kelapa kat laman..cuba guna bong lah..)

Ada satu lagi perkataan bong tapi lain maknanya. Bong cikgu. Bong cikgu ini ialah perisik atau spy kepada cikgu untuk melaporkan pelanggaran undang-undang sekolah oleh pelajar lain di sekolah- sebagai contohnya. Boleh jadi bong ini adalah pengaruh perkataan Inggeris juga. Bong..James Bong-Bond.

Awang-budok mude lening panda dok gune bong? Kalau letih selepas guna bong..sila urut badan anda menggunakan Osim. Jangan stress menggunakan bong.

Tuesday, October 28, 2008

Séték, sémék atau mék, johng, dan awang.

Séték, sémék atau mék, johng, dan awang.

Istilah di atas adalah bahasa panggilan untuk orang-orang tertentu di Terengganu.

Seték - adalah panggilan untuk baby atau budak kecil antara umur beberapa bulan hingga ke lebih kurang 3 tahun.

"Séték ni duk diang gok, buah sokmo..."
(Budak ni tolong duduk diam-diam, jangan nakal)

Sémék atau mék- adalah panggilan untuk orang perempuan muda ( anak dara kot? ).

"Nok gi kuane sémék weii..."
( Nak ke mana cik akak oii...)

"Nok gi makang gula ddarak nung..."
(Nak pergi majlis kahwin kat kampung sana...)

Johng - adalah panggilan untuk orang muda lelaki tetapi biasanya digunakan oleh remaja di Terengganu. Panggilan ini dikira slanga remaja untuk memanggil orang yang tak dikenali. Istilah ini ada pengaruh Inggeris-nama John ditambah g- yang datang ke Terengganu dahulu.

"Johng, mung budok kapong mane, Johng?"
( Sila bertanya ala gangster kampung: Kamu budak dari kampung mana? )

Awang - adalah panggilan untuk orang muda sama ada dikenali atau tidak. Ia lebih digunakan secara formal berbeza dengan johng yang lebih digunakan oleh remaja.

"Mung name mende gok awang weii..."
( Siapa nama kamu? )

Ada lagi tak orang menggunakan nama gelaran ni...?