Pagi sekitar Pantai Teluk Lipat...

Khemah GP Joran Berita Harian 02.10.2011 di daerah Dungun.

Di depan Pantai Teluk Lipat.

Joran-joran milik peserta-peserta di sepanjang pantai.

Pemandangan yang menarik.

Pagi yang tenang.
Town in the mouth of river. Kawaguchi no machi.
Terletak di Jalan Besar Yahya Ahmad (Allahyarham Yahya Ahmad merupakan seorang bekas guru dan tokoh koporat di negara kita yang berasal dari Dungun) yang dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma. Ia ditutup pada hari kelepasan am dan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha - Hari Raya yang pertama dan kedua sahaja. Aku menggalakkan penduduk setempat terutama anak-anak muda ziarah ke sini untuk mengetahui dan menambah pengetahuan berkenaan sejarah daerah sendiri. Galakkan untuk mengenali sejarah daerah kita sendiri patut dipupuk kepada anak-anak muda sekarang.
Sejarah ringkas tentang Peristiwa Penting dan tokoh-tokoh silam di daerah Dungun, antaranya Almarhum Sultan Yahya Siak dan Allahyarham Panglima Tambun.
Menarik! Ikan terkecil di dunia dijumpa Hutan Simpan Bukit Bauk. Ikan terkecil di dunia jenis Paedocypris yang berukuran 7.9mm.
Rel landasan keretapi zaman Bukit Besi yang dijumpai semasa kerja-kerja ubahsuai jalan di Bandar Dungun di kawasan Sura Gate.
Setelah tamat meneroka sejarah Dungun, jangan lupa menulis sedikit catatan pengalaman anda dan pendapat yang membina bagi menambahbaikan muzium kita ini. Sepanjang perjalanan meneroka sejarah di muzium ini anda akan dipandu oleh kakitangan muzium ini dan memberi sedikit penerangan kepada anda bagi mendapat maklumat dan pengetahuan yang lebih jelas. Gambat-gambar yang dipamerkan di blog @Dungun ini hanya sebahagian dari apa yang dipamerkan di Muzium Dungun. Nak tengok lagi, jom pakat gi Muzium Dungun!
Opal lama (Rumi Melayu). Furui Oparu (Romaji Jepun). Old Opal (Inggeris). Satu gambar lama jambatan yang merentangi pantai dan laut di Sura Jetty (Sura Jeti). Jambatan bertiang konkrit yang disebut-sebut oleh penduduk Dungun sebagai Opal. Aku mencari-cari nama sebenar opal ini. Adakah ia nama sebenar sebagaimana yang disebut-sebut oleh penduduk setempat atau ada nama lain dari segi terma senibina? Pencarian aku berhenti pada satu nama iaitu O-File. Benarkah nama sebenar opal ini adalah O-File. Setakat ini mungkin opal itu adalah O-File, satu terma dalam senibina,mungkin!
Agak lama aku mengambil masa untuk membeli buku ini. Kekangan masa dan pelbagai alasan yang mungkin orang kata aku sengaja beri atau tidak. Peluang yang ada aku menjengah ke satu MPH. Alang-alang sudah sampai, aku mencari beberapa buku novel kegemaran aku dan ada beberapa genre buku atau novel yang aku ingin beli. Kini aku mencari-cari novel karya novelis Terengganu iaitu Ali Jusoh. Aku mahu buat koleksi. Buku terbaru Tuan AG@Awang Goneng yang terdahulu iaitu GUiT (Growing Up In Trengganu) telah dibeli dan kini aku mencari AMOT (A Map Of Trengganu). Peluang yang ada aku terus membelek buku ini.Mari kite pakat(k) dengo cerite
Mainan(g) budok-budok hok peseng lame
Turun(g) menurun(g) pesake kite
Banyok pelik tapi suke…
Dok payoh paka pitih dok nok wak mende
Perabih harte ayoh bonde...
*************************************************************************************
Cuba kalian lihat video klip nyanyin kumpulan Hujan dengan lagu bertajuk Muda http://www.youtube.com/watch?v=gDSad7VzocQ. Beberapa tempat dan tanda menunjukkan daerah kita. Kalau kalian anak jati daerah kita, kalian pasti nampak keindahan daerah kita. Lihat minit ke minit :
Copyright © @Dungun 河口の町. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block
Designed by Sherihan Khedr