Monday, December 12, 2011

Istiadat Keberangkatan Balik DYMM Seri Paduka Baginda

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Istiadat Keberangkatan Balik Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Baginda berdua berangkat pulang ke negeri Terengganu Darul Iman tercinta pada 12.12.2011 setelah menyempurnakan kewajipan-kewajipan pemerintahan dalam tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke 13 Malaysia.


Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.



Hitam Putih berkibar megah
Bulan Bintang papar bertanda
Pulang Tuanku senegeri sohorlah
Selamat Berangkat ke negeri Baginda

Sunday, November 27, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram 1433Hijrah

Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah. Emas Bola Sepak 2011

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Taala. Kita menang Emas Bola Sepak Sukan Sea 2011. Tahniah Harimau Muda.

Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha 1432H

Selamat Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1432H - 6 November 2011. Maaf zahir dan batin daripada @Dungun.

Sunday, October 30, 2011

Piala Malaysia 2011

Letih sungguh gi shah alang,
Nok tengok Piala Malaysia,
Debor peruk bukang kepalang,
Kite kaloh tra la smula...

Terengganu 1 Negeri Sembilan 2. Jaringan menang oleh anak watan asal negeri kita sendiri - Hairuddin Omar memberi kemenangan kepada Negeri Sembilan. Apa-apa pun tahniah atas keringat dan usaha skuad bola sepak Terengganu. Kite tra lagi edisi laing pulok neh!

Monday, October 24, 2011

PENYU NELANG

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Terengganu kerana selepas menjuarai Piala FA 2011, pasukan ini berjaya ke peringkat seterusnya iaitu ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia Edisi 2011. Pasukan "adik" iaitu TITING (T-Team @ Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu : PBDKT T-Team) pula berjaya ke peringkat separuh akhir, walaubagaimanapun ia suatu pencapaian yang positif bagi pasukan kelab dari Terengganu ini. Kepada pasukan "abang", sila teruskan perjuangan hingga memenangi edisi tahun ini. Peteh Terengganu Peteh. Peteh Biar Nelah. Nelah Biar Nelang.


Nelang : Bengis, Bengkeng.
Nelah : Melecet.
Peteh : Bentesan / Tackle.


Agak-agaknya bilakah daerah Dungun akan ada kelab bola sepak segah PBDKT T-Team dan bermain di Liga Super Malaysia?

Wednesday, October 12, 2011

DRCC : Papan Tanda Telah Diturunkan


Penulis seperjuangan saya iaitu Dungun.Net telah memberitahu di dalam blog beliau berkenaan papan tanda DRCC telah diturunkan. Alhamdulillah. Sila rujuk di sini.

Tuesday, October 11, 2011

Novel Berlatar-belakangkan Sejarah :Tangisan Bangsaku

Novel karya Penulis Asal Terengganu.


Tangisan Bangsaku.



Novel yang dianugerahkan dengan Anugerah Sastera Darul Iman IV.

Monday, October 10, 2011

Mainang Orang Teranung

Permainan Tradisi.
Mainang Tradisi Orang Teranung.

Sunday, October 9, 2011

Koleksi Terkini Buku Sejarah

Buku Sejarah.

Raja Campa & Dinasti Jembal Dalam Patani Besar (Patani, Kelantan & Terengganu).

Saturday, October 8, 2011

Koleksi Terkini : Glosari Dialek Terengganu

Koleksi terkini milik aku.


Kosa Kata Dialek. Glosari Dialek Terengganu.

Ulangtahun Ketiga Blog @Dungun

Ulangtahun Ketiga Blog @Dungun

Tahun ketiga aku menulih
Cerita pasa dungung tercinte
Aku ucapkang trime kasih
Kepade semue para pembace


Blog @Dungun name dibui
Jadi pilihang jadi sebutang
Ulangtahung ketige tibenye kini
Rase sekejak tapi berbulang


Bermacang wajoh blog dituko,
Warne cekelak pilihang hati
Kepade Members hok maghi sokmo,
Trime kasih datanglah lagi

Tuesday, October 4, 2011

Kuala Dungun : Mohon Diperbetulkan

Papan tanda Masjid Kampung Sungai Udang.


Mohon diperbetulkan papan tanda Masjid Kampung Sungai Udang. Penulis merasakan poskod sepatutnya ditulis sebagai 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. Poskod 23000 sepatutnya diikuti dengan perkataan Dungun bukan Kuala Dungun kerana Kuala Dungun adalah nama tempat dan juga merupakan nama Mukim (seperti yang penulis ketahui sejak dari sekolah menengah dahulu-Mukim Kuala Dungun 1 dan Mukim Kuala Dungun 2). Jika Kuala Dungun itu mahu dimaksudkan sebagai Mukim, eloklah ditulis sebagai Masjid Kampung Sungai Udang, Mukim Kuala Dungun, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. Jikalau alamat di atas papan tanda tersebut memang telah betul, maka maafkan atas khilaf penulis. Penulis mungkin tidak tahu.

Monday, October 3, 2011

DRCC : Mohon Diperbetulkan.

Mohon diperbetulkan.


Penulis rasa papan tanda ini ada salah ejaan yang perlu diperbetulkan. Jika benar perkataan CURCUIT yang ditulis ingin dimaksudkan sebagai LITAR, ia sepatutnya ditulis sebagai CIRCUIT. Mohon pihak berkuasa memperbetulkan papan tanda ini yang terletak di Jalan Nibong berdekatan Taman Reakreasi Jalan Nibong.


Sunday, October 2, 2011

Sekitar GP Joran Dungun Berita Harian

Pagi sekitar Pantai Teluk Lipat...

Khemah GP Joran Berita Harian 02.10.2011 di daerah Dungun.


Di depan Pantai Teluk Lipat.


Joran-joran milik peserta-peserta di sepanjang pantai.


Pemandangan yang menarik.


Pagi yang tenang.

Wednesday, August 31, 2011

Sajak Merdeka ke 54 - Mung Tahu Dok?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bende ape hok séték kecik tahu...
Bende ape hok budok-budok kecik tahu...
Bende ape hok budok skoloh menengoh tahu...
Bende ape hok budok beso tahu...
Bende ape hok orang tue tahu...
Apa itu Merdeka bagi mereka?

Doh 54 tahung kite bine negare kite sendiri
Dengang kederak titik peluh dok kisoh hal itu dang ini
Dengang pengorbanang askor kite polih kite di sini
Bukang mengharak orang lain perangbak jepung kominih dalang hutang bukik yang tinggi

Memandang ke belakang cerite lame
Dulu lawang penjajoh oleh pahlawang panglime kite
Dok takuk starang baroh mende ape
Perangbak balik benggali putih hok kaca Benua Melake

Tapi Oranje pulok datang mengade-ngade
Buak itu buak ini kaca orang kite
Wak balik hasil negeri supaye negeri mereka pulok kaye raye
Kite pulok mane buleh tengok duduk saje

Lepah tu mari pulok orang putih hok duk pulau jauh di sane
Mari ngade-ngade pecohkan tanoh kite dengan Belande
Kata mereka mung ambik Sumatera, Pulau Jawe dang Pulau Riau sekitarnye
Die pulok ambik Semenanjung dengang Borneo suke-suke hati die
Mana buleh jadi, kite dok leh duduk saje

Tu la Pahlawang Naning dengang pengikut mereka dekat Melake,
Maharaja Lela, dang Pahlawan Perak tubik berperang belake
Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau pendekar Pahang berperang berkobang bukang saje-saje
Siasah Wali Allah Tok Ku Paloh, kurniaan Allah kepade Benua Terqanu kite
Tuan Guru Abdul Rahman Limbong berhujah melawang orang putih yang datang mengade
Tok Janggut berani perang dok kire ape halangang depang mate
Rentap, Mat Salleh dang Rosli Dhoby melawang aruh di Borneo sane
Semue satu sifat nok halang penjajoh yang saje-saje buat kaca tepak kite

Itu name-name orang berani jamang dulu kale
Kite ambik sifat berani menentang kezalimang penjajoh jahak semuanye
Nok ambik kekayaang bumi kite
Wak balik suke-suke hati die

Kini 54 tahung kite doh merdeka
Jaga negeri sayang negara
Jauhi anasir luar dan dalam semuanya
Dan sekali lagi kite tanya
Tanya diri sendiri tanya orang sekeliling kita
Tahukah Apa itu Merdeka bagi kita dan bagi mereka?

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Lebaran 1432Hijrah

Aidilfitri - @Dungun.


Selamat Hari Lebaran daripada @Dungun dan Journey Terengganu. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 9, 2011

Che Ghu? Apa tuh?

Che Ghu.


Bukan nama orang. Bukan nama siapa-siapa. Ia sejenis haiwan darin kalangan serangga yang begitu kecil. Bersarang di kawasan pasir debu putih kelabu di bawah rumah, tepi gök ayam atau di bawah tangga rumah. Serangga ini tidaklah aku ketahui kenapa orang Terengganu memanggilnya sebagai Che Ghu, atau Cik Ru ataupun Cik Rhu. Ejaannya aku meneka-neka sendiri dan sebutannya ialah seperti menyebut nama pokok Rhu. Aku lebih suka kepada ejaan Che Ghu.


Serangga ini adalah pemakan semut. Sarangnya yang berbentuk seperti kawah dibuat supaya serangga seperti semut terperangkap apabila jatuh ke kawah tersebut. Kesukaran semut untuk naik ke atas menyebabkan pasir-pasir halus bergerak-gerak ke bawah, dan peluan tersebut diambil oleh Che Ghu yang bersembunyi di dalam kawah berpasir tersebut dan menangkap semut sebagai makanan.

Bagaimana aku menangkap Che Ghu ini? Caranya aku pelajari sejak kecil lagi. Pertama aku gunakan semut hitam kecil atau semut merah kecil (orang Terengganu panggil semut gata), lalu aku letakkannya di dalam kawah tersebut. Apabila semut tersebut bergerak-gerak dan aku perhatikan Che Ghu mula beraksi untuk menangkap semut tersebut aku cepat-cepat mengaut pasir kawah tersebut dengan jari untuk menangkap Che Ghu. Pasir yang dikaut di tangan perlu dikuis dengan hati-hati sehingga Che Ghu kelihatan di tapak tangan.

Cara yang kedua ialah menggunakan rambut kita yang halus atau benang yang halus dan cuba mengacau dengan perlahan-lahan ke dalam kawan Che Ghu. Perhatikan bila Che Ghu beraksi untuk cuba menangkap hujung rambut atau benang, kaut dengan jari anda. Kedua-dua cara ini bergantung kecekapan anda, kerana Che Ghu juga pandai bersembunyi kembali ke dalam pasir jika kita tersalah kaut. Sarangnya musnah kerana proses penangkapan ini tetapi Che Ghu tetap bersembunyi di dalam pasir dan akan membina semula sarangnya kemudian hari. Nasihat aku, selepas tangkap, lepaslah semula ke pasir, jangan aniaya haiwan, berdosa!

Sila ke sini untuk tahu lebih lanjut tentang Che Ghu: The AntLion. Jika ingin tahu tentang nama serangga ini dalam bahasa bangsa lain sila ke sini : World Of Antlion.

cik ghu oh cik ghu
mung suke jalang berundo
semut jatuh makang slalu
biarpung semut beso macang mmuto

cik ghu oh cik ghu
wak sarang macang kawoh
aku ingat mung cik ghu
rupanye mung larva dalang tanoh

cik ghu oh cik ghu
banyok sungguh bawoh rumoh
duk dalang pasir debu
lepah tu mung terbang sunggoh-sunggoh!

Monday, August 8, 2011

Pulau Tenggol dan Penyu

Pulau Tenggol. Gambar dari Muzium Dungun.


Gambar Pulau Tenggol dari udara. Pulau yang berbentuk mirip seekor penyu. Semua kejadian adalah kuasa Allah Taala.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah