Thursday, January 29, 2009

Ggocoh, Jjereba

Ggocoh, Jjereba.

( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )

Permainan masih bersambung. Padang bola astaka riuh rendah. Sebahagian penduduk Dungun menyokong pasukan Arsenal dan sebahagian menyokong pasukan daerah Dungun. Pasukan yang dibina dan dipilih dari serata pasukan kampung di dalam daerah Dungun. Mungkin perlawanan ini mengimbau perlawanan bola sepak antara staff orang putih Bukit Besi dengan penduduk kampung ( agak-agaknya ). Perlawanan ini juga mungkin mengimbau kenangan Michael Schumacher yang pernah menginap sekejap di Hotel Tanjong Jara ( berehat sementara menunggu perlumbaan kereta F1 di Sepang ) dan bermain bola sepak dengan penduduk Kampung Seberang Pintasan.

Permainan bola di padang astaka ini agak berbahaya kerana tiada pagar. Terlebih sepak, bola akan terkeluar ke jalan raya. Mungkin terkena bangunan stesen bas baru, terkena kedai Ayoh Ku Warga Niaga. Paling jauh kalau bola disepak kuat akan mungkin sampai Pasar Besar Dungun-mungkin habis ikan-g tercampak jatuh dari meja jualan.

Berbalik kepada permainan bola sepak tadi. Agak melalut sekejap komentator bola sepak sebentar tadi. Aksi permainan makin sengit. Bola digelecek oleh Eduardo setelah menerima hantaran sepakan percuma susulan kekasaran yang berlaku ke atas Sagna. Eduardo berjaya melepasi dua pemain pertahanan lawan ( kedua-dua pemain pertahanan ini diwakili dari Kampung Sungai Buaya dan Kampung Seberang Pintasan-yang mana dan yang peliknya kalau dua-dua kampung ini bertemu dalam satu perlawanan bola sepak,perlawanan ini akan diakhiri dengan ggocoh, akan tetapi demi pasukan daerah, kedua-dua pemain ini melupakan persengketaan lama ).

Eduardo berada dalam kotak penalti dan posisi yang baik untuk menjaringkan gol. Eduardo cuba melakukan sepakan deras rendah ke arah kanan pintu gol namun nampaknya goli dari Kampung Padang Jambu berjaya jjereba dan menangkap bola tersebut.

"Hoh! Terer goli kapong ni, ajok main-g bola ngan-g Arsenal molek ni...", kedengaran suara Arséne Wenger bercakap dengan pembantunya, Pat Rice. Pat Rice hanya tersenyum buat-buat tanda paham, sebab dia dok paham-ng setarang baroh percakapan Arséne Wenger yang bercakap loghat Terengganu dalam slang Perancis itu.


Glosari

Ggocoh
Bergaduh

Goli
Penjaga gol ; Goalie

Jjereba
Gaya melompat untuk menangkap sesuatu

Dok paham-ng setarang baroh
Tak faham langsung

Sunday, January 25, 2009

Babéh

Babéh.

( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )

Permainan bola sepak yang makin sengit ini bersambung. Adebayor berjaya bangun setelah diberi rawatan yang sewajarnya. Sepakan percuma diberikan oleh pengadil dan akan diambil oleh Cesc Fabregas. Bola melambung tinggi dan cuba di-e-ding oleh Sagna dan pemain lawan. Masing-masing berlanggar kepala dan jatuh ke padang. Nampaknya permainan agak kasar sedang berlangsung. Sagna dan pemain lawan tersebut bangun dan saling bertengkar dan bertekak. Arséne Wenger di tepi padang hanya menggelengkan kepala.

Pengadil terus berlari ke arah mereka dan cuba meleraikan mereka. Kedua-dua pasukan cuba mententeramkan mereka.

"Doh sudoh la tu... jangan-g babéh lagi, ni mase abih gitu je...", blébé ketua pasukan - Cecs Fabregas.

"Hoh la...doh doh la tuh...jangan-g babé ngak...", kata ketua pasukan lawan.

Masing-masing bersurai dan pemain yang bertengkar tersebut bersalam dan permainan diteruskan semula. Pengadil dari Terengganu terkebil-kebil melihat kedua-dua ketua pasukan.

"Bile pulok dorang ni blajo caka-k Teranung...", getus hati pengadil tersebut.

"Dia ingak dia sorang je pandai cakap Teranung..." bisik Cecs Fabregas kepada ketua pasukan lawan.


Glosari

Babéh
Bertengkar

Babé
Degil

Di-e-ding
( Huruf e dibaca/disebut sebagai huruf e )
Menanduk ; Heading

Wednesday, January 21, 2009

Ssrebang

Ssrebang.

( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )

Sedang Van Persie meraung kesakitan ( kene ssétok karong ) dan terasa hati dengan pengadil dari Terengganu tersebut, tiba-tiba Adebayor terduduk sambil kaki berlunjur. Eduardo berlari ke arah pengadil dan menjerit supaya pengadil datang ke arah Adebayor. Pengadil menjeling sahaja ke arah Adebayor dan menyuruh pasukan perubatan pergi melihat keadaan Adebayor.

Pengadil tersebut menjerit dari jauh...dan mengatakan...

"Hoh! Guane? Ssrebang kaki pong nok panggil aku gok ke? Ssterek je kaki tu...berehla kekgi...jangan-g lembék sangat...kalu lembék gi main-g guli laa...". Jerit pengadil tersebut tak habis-habis.

Arséne Wenger yang bengang di tepi padang terhadap pengadil tersebut terus mengambil mikrofon dan menjerit kuat-kuat ke arah pengadil tersebut...

"Kuak blébé téh...balik kapong la weiii...."

Arséne Wenger cuba bercakap slanga Terengganu dalam slang Perancis.


Glosari

Ssrebang
Kebas

Guane

Kenapa

Kekgi

Nanti / Kejap Lagi

Lembék
Lembik

Kuak
Kuat

Blébé Téh
Berleter

Kapong
Kampung

Friday, January 16, 2009

Ssétok Karong

Ssétok Karong.

( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )

Cesc Fabregas menghantar bola ke Adebayor. Adebayor melarikan bola sambil melakukan elakan keliru pihak lawan. Kemudian dia melakukan short passing kepada Van Persie. Van Persie cuba mengelak pertahanan lawan dan cuba mencari Eduardo, malangnya dihadang oleh pemain pertahanan lawan dan dia jatuh rebah...oooooooo agaknya dia terkena ssétok karong. Dia kelihatan memegang kakinya dan menjerit kesakitan.

Dia cuba berdiri dan berjalan tetapi terhincut-hincut dan terbaring semula. Bola terus disepak keluar oleh pihak lawan sebagai tanda sportmanship. Pengadil meniup wisel dan memanggil petugas perubatan masuk ke padang untuk memeriksa Van Persie.

Pengadil datang ke arah Van Persie dan pasukan perubatan sambil bertanya dan berkata...

"Kene ssétok karong ke? Kekgi molekla tu...kejap je tu, tra je ssterekkan-g kaki tu bagi daroh jalan-g, ilangla sakit tu..."

( Agaknya dalam hati Van Persie nak marah aje kat pengadil tu...nasib baik pengadil tu orang Terengganu...sebab dia pong suke makang khepok cicoh ccuke... )

Agak-agaknya la...


Glosari

Ssétok karong
Kekejangan ; Cramp

Tra
Cuba ; Try

Ssterek
Luruskan ; Straight

Cuke
Sos lada buat sendiri

Wednesday, January 14, 2009

Ssugung, Ttumuh

Ssugung.

Ttumuh.

Seorang lelaki. Berjalan. Laju-laju. Tak tengok ke bawah. Lalu tersadung jatuh ke tanah. Ssungung! Itulah. Jatuh ssugung.

Seorang budak. Cuba panjat-memanjat. Panjat meja sahaja. Bukan pokok. Lalu jatuh. Jatuh muka terkena lantai. Ttumuh! Itulah. Jatuh ttumuh.

Jatuh ssugung dan ttumuh bermaksud perbuatan yang terjatuh-untuk orang. Dua perkataan ini membawa maksud yang sama iaitu terjatuh. Ssugung jatuh ke bawah, ttumuh jatuh terhantuk muka pada lantai. Ttumuh biasanya digunakan untuk kanak-kanak yang suka memanjat lalu jatuh ke lantai dengan muka terhantuk ke lantai.

"Doh guane suke manjak tu, jatuh ttumuh kekgi".


Mungkin perkataan ttumuh kata asalnya daripada perkataan to move?

Monday, January 12, 2009

Musim Hujan

Rhitik.

Lebak.

Serék.

Ketiga-tiga patah perkataan ini menggambarkan suasana hujan. Rhitik ( rintik ) membawa maksud hujan yang renyai-renyai ataupun gerimis. Lebak membawa maksud hujan yang lebat. Serék membawa maksud hujan yang telah berhenti.

Begitulah. Hujung tahun dan awal tahun, musim tengkujuh datang, membawa hujan dan banjir. Budak sekolah memakai baju hujan ke sekolah. Baju hujan kuning, atau hitam, atau biru. Macam-macam ragam warna.

Dulu-dulu kalau hari hujan kalau tiada baju hujan ambil sahaja plastik pembungkus beras yang mana beras telah diisi ke tempat lain. Caranya menggunting bentuk bulatan untuk muat-muat masuk kepala manusia, menggunting bentuk bulatan untuk muat-muat masuk tangan kanan dan kiri. Siap dan pakai. Redah hujan.

Masih basah kuyup. Lupa seluar hujan tak ada. Plastik beras ini hanya untuk baju hujan sahaja.

Hoh!

Sunday, December 21, 2008

Pasar Minggu

Pasar Minggu.

Di Dungun ini jatuh hari apa pun akan dipanggil Pasar Minggu. Tidak seperti di Pantai Barat dipanggil Pasar Malam. Di Dungun ini kalau hari Isnin dipanggil Pasar Minggu. Jatuh hari Jumaat pun macam tu. Jatuh hari Ahad pun macam tu ( di Terengganu hari minggu adalah hari Jumaat) .

Antara Awang ingat hari-hari Pasar Minggu di Dungun :

Jumaat : Pasar Minggu Kampung Seberang Pintasan

Sabtu : Pasar Malam Kampung Sungai Buaya

Ahad : Pasar Minggu The Mel

Isnin : Pasar Minggu Kampung Batu 49

Khamis : Pasar Minggu Sura Gate


Hari Jumaat. Pasar Minggu Kampung Seberang Pintasan terletak di jalan utama kampung tersebut. Selari di kiri kanan jalan tersebut. Banyak makanan tradisional dijual. Minuman sejuk, air kelapa - coconut shake. Makanan bergoreng - ayam celup tepung, sosej dan juga segala bebola dari ikan hingga ketam.

Hari Sabtu ialah Pasar Minggu di Kampung Sungai Buaya. Terletak di dalam kawasan pagar Balai Raya kampung tersebut yang bersempadan dengan Kampung Sungai Udang. Di sini juga banyak menjual dan menyajikan makanan dan minuman. Barang dapur seperti bawang juga ada dijual. Sekarang Awang tidak tahu sama ada Pasar Minggu tersebut masih ada lagi atau pun tidak?

Hari Ahad adalah Pasar Minggu di The Mel yang berhadapan dengan kawasan Rumah Murah Nibong. Ia merupakan kawasan lapang yang menjadi tempat Pasar Malam pada hari Ahad dan kosong pada hari-hari biasa, cuma di situ terletak beberapa deretan kedai, Tabika Kemas Nibong.

Hari Isnin Pasar Minggu di Kampung Batu 49 ada Pasar Minggu yang kecil, sama seperti di The Mel. Ia terletak berhampiran di Jalan Utama dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu.

Hari Khamis merupakan hari riuh-rendah di Sura Gate. Merupakan hari semua warga Dungun berduyun-duyun turun ke Sura Gate untuk ke Pasar Minggu. Dikatakan Pasar Minggu ini pernah menjadi yang terbesar di Terengganu. Ia terletak berdekatan dengan Perputakaan Daerah Dungun. Dahulu kawasan menjual pakaian terletak di atas tanah lapang tetapi sekarang ini telah dibina kawasan deretan kedai. Kawasan menjual pakaian terlatak selari kiri dan kanan Jalan Merbuk.

Kawasan menjual makanan memang terasing sejak dari dahulu lagi. Ia merupakan kawasan lapang yang memang dikhaskan untuk menjual makanan. Satu deretan panjang tempat menjual makanan yang berbentuk huruf U, berlantai simen dan mempunyai pangkin atau seperti serambi tempat meletakkan makanan diperbuat daripada kayu.

Di Pasar Minggu ini ada sajian jualan makanan, barang pasar seperti sayuran, bawang, pakaian - t-shirt bundle RM 10 = dua atau tiga helai. Ada juga pakaian yang baru, tudung, seluar, baju, barangan keperluan rumah, dan mainan.

Penuh sesak malam tersebut. Jika dulu budak-budak student ITM ( UiTM Sura Hujung ), pelajar asrama Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, dan Sekolah Menengah Sains Dungun, memenuhi Pasar Minggu ini. Mungkin sekarang pengunjung sudah bertambah dengan kewujudan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan juga Sekolah Menengah Teknik Dungun.

Di Pasar Minggu ini amat mudah untuk anda mendapati Sata, Sarok Lada, Keropok Lekor Rebus/Goreng dan Keropok Keping. Pais, Nasi Minyak, dan Nasi Dagang - semua ada.

Dulu dengan member-member kampung berjalan kaki dari rumah ke Pasar Minggu, roung-roung ( round ) sehingga hujung jalan Pasar Minggu, dan cuit tiang kat situ sebagai tanda sudah sampai hujung jalan Pasar Minggu. Kemudian patah semula roung-roung tempat jual makanan.

Wednesday, December 17, 2008

Jenis-jenis panas

Jenis-jenis Panas.

Sso oh.
Jika Pok Ku mengatakan sso oh ini adalah berasal daripada "socks off!" ( Pok Ku mengejakannya sebagai sok oh - sila rujuk ke entri panah sok oh di blog Pok Ku ), tetapi Awang pernah mendengar asal panah sso oh ialah daripada so hot ( Awang mengejakan sebagai sso oh ). Panah sso oh ini adalah bermaksud cuaca yang terik yang menyebabkan badan terasa panas dan berlengas peluh atau lengit yang menyebabkan kita tidak selesa.

Ddering.
Panah Ddering. Bermaksud cuaca yang terlalu panas atau dipanggil panas terik. Cuaca tengahari atau cuaca di musim kering akan dipanggil panah ddering.

Panah ssang.
Hati atau perasaan yang marah. Kepanasan atau marah kepada seseorang disebabkan sesuatu perkara yang menyebabkab kemarahan. Panah ssang juga boleh bermaksud sama dengan panah sso oh iaitu cuaca yang panas menyebabkan badan berpeluh dan tidak selesa.

"Buke kipah kuat-kuat sikek, panah ssang nih", kata seorang budak kampung sambil membuka baju t-shirt tak berkolar membiarkan muka ditampar angin kipas sambil air masak sejuk peti ais diletakkan di sebelahnya. Entah tak tahu sama ada hatinya yang tengah panas dek marah kerana apa? atau memang cuaca yang panas.

Bila musim tengkujuh tamat, musim kering dan panah ddering dan sso oh akan datang ke tanah pantai timur.

Sunday, December 14, 2008

Godé, Cokéh, Ghodok

Godé, Cokéh, Ghodok.


Kata kerja. Istilah-istilah ini adalah untuk menunjukkan kata kerja.

Godé.

"Godé dengan kayu tuh...".
( Kuis dengan kayu tu...)

Godé. Menguis, menggoyang dengan tangan, kaki, kayu atau apa sahaja sebagai alat untuk mencapai sesuatu benda.

Contoh :

  • Situasi satu : Satu barang jatuh ke dalam longkang dan terlindung dengan sampah-sarap. Jadi perbuatan godé adalah perbuatan menguis dengan kayu untuk mengalihkan sampah-sarap untuk mencari barang yang terjatuh.
  • Situasi dua : Televisyen tidak mendapat siaran. Pemancar televisyen - arial dalam rumah yang diletakkan atas tv. Perlu digoyang dan digodé sehingga mendapat siaran.

Cokéh.

"Congkeh paku atah kayu tuh..."
( Cungkil paku di atas kayu tu... )

Cokéh. Cungkil. Mencungkil - tetapi untuk ayat mencungkil bakat tidak boleh disebut mencokéh bakat.


Ghodok.

"Ghodok paip tu...sumbat tu..."
( Rodok paip tu...paip tersumbat tu... )

Ghodok. Rodok. Membawa maksud merodok.


Godé. Mungkin kata asalnya go there.

Saturday, December 13, 2008

Pelawok, Nawok, Nipu, Lebong dan Wak lolok

Pelawok
Penipu

Nnawok, Nnipu / Cakak nnawok, Cakak nnipu
Menipu / Bercakap bohong

Llebong / Kena llebong
Tipu / Kena tipu

Wak lolok
Bergurau dengan bercakap bohong - dengan tidak berniat berbohong bersungguh-sungguh.

Semua perangai yang disebutkan di atas adalah sifat yang tidak baik. Penutur slanga Terengganu mengelar perbuatan berbohong dengan istilah-istilah tersendiri. Asal perkataan-perkataan tersebut tidak diketahui kecuali nnipu kata ialah daripada perkataan tipu. Bercakap bohong - pelawok, nnawok, llebong, sekali dibuat mungkin sukar untuk dipercayai oleh orang lain.

Wak lolok ini adalah satu gurauan melalui percakapan dengan berbohong.

" Selipa mung tadok tanoh" ( Selipar kau tak ada kat luar rumah ) .
Seorang kawan dengan muka serius berkerut memberitahu kawan serumahnya.

" Eh! Takdi aku baru napok tanoh " ( Eh! Tadi aku baru nampak kat luar rumah ) .
Tuan punya selipar terkejut kehairanan.

"Aku wak lolok aje...hehehe" ( Aku tipu aje...hehehe ) .
Kawannya mengaku bergurau menipu.



Ada satu dialog... A : "Seli cari mung" . B : "Seli mane? " A : " Selipar, hahaha... ". B : " Dok kelako pong ".

Friday, December 12, 2008

Lagu Kanak-Kanak Terengganu ( iii )

Satu lagi kanak-kanak Terengganu yang udoh bunyinya ( hodoh-tidak baik dari segi maksud dan perkataan yang digunakan ). Jangan katakan ini satu penghinaan tapi ini hanyalah lagu kanak-kanak Terengganu satu masa dahulu. Lagu ini dinyanyikan apabila berlaku perbalahan mulut - bertekak, antara dua kanak-kanak supaya kanak-kanak seorang lagi berhenti dari berbalah mulut - senyap/diam, tetapi mungkin sukar, mereka tetap bertekak . Sekarang mungkin tidak kedengaran lagi lagu pantun ini. Dengarkanlah lagu pantun ini...


Ling ling ling
Basika langgo rok
Mung kate aku keling
Mung cine dok basuh berok


Kepada pembaca, jangan menyanyikan lagu ini untuk mengata orang, ini sekadar kenangan lagu kanak-kanak Terengganu.

Thursday, December 11, 2008

Memori Bukit Besi


Novel Remaja yang bertajuk Memori Bukit Besi hasil karya Awang Abdullah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993. Beliau adalah seorang pendidik di daerah Dungun. Dulu Awang tahu yang penulis novel ini-Awang Abdullah adalah seorang cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah Dungun.

Novel remaja ini adalah sebuah kisah yang berlatarbelakangkan fakta sejarah zaman perlombongan Bukit Besi di daerah Dungun. Sebuah kisah yang didedikasikan kepada semua bekas pekerja lombong Bukit Besi.

Sebuah novel yang menarik untuk dibaca, menjadikan kita seolah-olah berada pada zaman Bukit Besi tersebut. Banyak gambar-gambar yang dilampirkan di dalam novel ini sebagai bukti sejarah dan tanda kenangan.


Sura jeti, Bijih, Sura Gate, Kampung Alur Jejawi, The Mel Nibong Stesen, Bukit Tebuk, Kampung Che Lijah, Kampung Binjai, Kampung Serdang, Kampung Kumpal, Kampung Keliu, Kampung Padang Pulut, Kampung Pinang dan Bukit Besi - itulah laluan jalan rel keretapi.

Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidil Adha 1429Hijrah

Salam Aidil Adha.


Berape ekor ghebang?


Tangbak kak pokok nyo tuh.


Terik tali tuh.


Pereboh.


Itulah ayat-ayat semasa menjalankan ibadah Korban di Terengganu. Orang kampung saling menjerit satu sama lain. Mengikat haiwan yang ingin dikorbankan di pokok. Menarik tali untuk merebahkan haiwan ke tanah. Melakukan korban, dan melapah daging-daging. Membahagi-bahagikan ( sedekah ) daging.

Itulah kemeriahan sambil menghayati ibadah Korban. Orang pantai timur - Hari Raya Aidil Adha adalah hari yang disambut semeriah Aidil Fitri. Takbir yang begitu mengesankan jiwa. Riuh menjalankan ibadah korban dari kanak-kanak hingga ke orang-orang tua. Kenduri kendara. Perkumpulan keluarga. Pada waktu inilah digunakan sepenuhnya. Menyambut Aidil Adha dan mengeratkan hubungan silaturrahim.


Harap-harap negeri pantai barat dapat cuti umum dua hari juga seperti negeri pantai timur. Salam Aidil Adha buat kaum Muslimin dan Muslimat.

Saturday, December 6, 2008

Speaking Inggerih

Speaking Inggerih.

Apabila orang Terengganu bercakap dalam bahasa Inggeris, maka asas slanga Terengganu pun juga dicampur-adukan. Lihatlah...


Wak is yo néng?
( What is your name? )

Wak happeng?
( What happened? )

Wang, Sebeng, Téng, Eleveng... - apa yang akhiran ejaannya N ditambah G.
( One, Seven, Ten, Eleven... )

Satu lagi cerita, kalau tak silap, awang pernah baca satu buku mengatakan asal perkataan lonjong. Dikatakan seorang lelaki Inggeris yang bernama John telah datang ke Tanah Melayu, khususnya di Terengganu. Lelaki ini sungguh tinggi berbanding dengan orang-orang tempatan. Lelaki ini digelar Long John disebabkan ketinggiannya. Maka apa yang yang tinggi dan panjang akan disebut long jong - mengambil dari kata gelar lelaki Inggeris tersebut.

Di Dungun ada nama satu kampung. Nama kampung ini ialah kampung Delong. Kampung ini juga adalah tempat laluan keretapi membawa bijih besi dari Bukit Besi ke Sura Gate, Bandar Dungun. Persoalannya, adakah kampung Delong ini berasal dari bahasa Inggeris, The Long? Dulu di kampung ini mempunyai tempat yang sesuai untuk berkhemah mahupun mandi-manda dan berkelah. Nama tempat ini ialah Pasir Pulai.


Seorang cikgu selalu menyebut perkataan ini untuk menggambarkan sesuatu yang tidak disangka, iaitu - unsangkareable.

Friday, December 5, 2008

LRT/Komuter Di Dungun

LRT/Komuter Di Dungun.

Sewaktu bekerja di Kertih dahulu pernah sembang-sembang dengan kawan-kawan sekerja. Berfikir-fikir bagaimana? dan alangkah eloknya LRT atau Komuter ada dari Dungun hingga ke Kertih mahupun terus ke Kemaman. Khas untuk pekerja Petronas dan syarikat minyak, gas dan petrokimia yang lain dapat menaiki untuk pergi ke tempat kerja dengan mudah. Mudah juga untuk pekerja-pekerja maincon atau subcon. Mudah juga untuk pekerja-pekerja syarikat yang tidak berkaitan dengan perusahaan minyak, gas dan petrokimia. Selain itu pengguna/penumpang biasa pun boleh menggunakannya untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Cuma, bayangkan nama kampung yang akan bakal disebut dalam LRT mahupun Komuter :

"Stesen berikutnya...Sunga Boye..."

"Stesen berikutnya...Kampung Nyo..."

"Stesen berikutnya...Kampung Tebing Temboh..."

Ataupun dialog ini:

"Train ini akan meneruskan perjalanan ke Kemamang..."


Keretapi yang tinggal sejarah ( Bukit Besi ), Monumen Lokomotive di depan Jalan Besar Utama Bandar Dungun. Keretapi yang beroperasi, dari Kertih - Petlin ke Pelabuhan Kuantan, membawa LDPE ( Low Density Polyethylene ) untuk dieksport.

Thursday, December 4, 2008

Musim Buah Mempelam

Musim Buah Mempelam.

Teringat masa kecil-kecil. Di Kampung Nibong Bawah. Musim buah mempelam masak. Arwah tok ki akan mengumpul guni gula dan gandum. Buka jahitannya menjadi satu lembaran. Dari karung menjadi satu hamparan . Setiap hamparan guni ini akan dijahit dengan satu sama lain dan menjadi besar seperti hamparan kain éla ataupun permaidani yang besar. Setiap sudut hujung hamparan guni yang besar ini dijahit dengan tali dan tali ini dibiarkan berjulur.

Kemudian hamparan guni yang besar ini akan diikat ( menggunakan tali yang berjulur) kepada tiang dan pokok mempelam. Ia akan nampak terapung dan tinggi dari tanah. Hamparan guni yang besar ini harus diikat di bawah pokok mempelam yang rendang dengan buah putik muda dan yang masak ranum.

Tujuan hamparan guni ini dibuat untuk mengelakkan buah jatuh ke tanah dan pecah. Buah mempelam masak ini mudah pecah apabila terhempas ke tanah. Oleh itu dengan adanya guni tersebut, buah yang masak akan luruh jatuh ke atas permukaan guni dan tidak pecah. Jika buah yang luruh tersebut jatuh di tengah-tengah hamparan guni, gunakan kayu untuk menguis buah mempelam tersebut ke tepi sudut untuk memudahkan kita mengambil buah tersebut.

Musim hujan dan angin kencang, buah mempelam yang masak lagi mudah luruh. Bunyi buah luruh ini cukup kuat untuk didengar. Buah jatuh luruh dari ranting terkena daun, ranting dan dahan cukup untuk kita tahu - ada buah masak jatuh. Ambil buah, basuh dengan air, hiris dengan pisau untuk buangkan kulit, sedap masam dan manis. Kalau buah mempelam mangga, selepas dibasuh dengan air, terus digigit kulitnya. Kemudian gosokkan asam masin - warna merah atau putih ke atas isi buah, terus gigit dan makan berkunyah lagi, berulang-ulang sehingga habis.


Sedap sungguh! Buleh buak samba belacang atau makang cicoh kicap bergula - colék kicap bergula.

Monday, December 1, 2008

Nganjing, Ngayor

Ngangjing, Ngayor.

Dua perangai yang negatif.

Ngangjing membawa maksud:
1) Suatu percakapan yang tidak serius, bergurau atau main-main , tidak menjawab soalan bersungguh-sungguh apabila ditanya oleh orang lain. Contoh :

Soalan : "Mung makang dok agi?"
( Kamu sudah makan ke belum?" )

Jawapan : "Tahung depang dok makang agi."
( Tahun depan belum makan lagi )

Lain yang ditanya lain yang dijawab. Itulah jawapan cakak ngangjing ( Cakap ngangjing ) .

2) Nganjing juga adalah percakapan yang kasar untuk menjatuhkan air muka orang lain . Lebih senang maksudnya ialah mengata. Contoh :

Seorang kawan sepejabat mengata secara terang-terangan kepada kawannya :
"Mung gaji besor tapi makang ikang kering".


Ngayor membawa maksud:
1) Orang suka bercakap gurau, juga tidak serius akan tetapi lebih kepada orang yang suka bergurau terhadap orang lain sehingga membuatkan terasa hati - kadangnya. Perbualan ngayor ini lebih lembut bunyinya berbanding dengan nganjing. Contoh :

Seorang kawan yang kedekut ( contoh - motorsikal ) apabila ditanya untuk meminjam sesuatu benda, maka kawan-kawannya yang lain suka mengayor terhadapnya :

"Pinjam motorsikal boleh?" Seorang kawan bertanya soalan yang tidak serius, saja-saja untuk melihat situasi atau refleksi/tindakbalas kawan yang kedekut.

2) Orang suka bercakap gurau sahaja, tapi tidak memaksudkannya. Contoh :

"Hari ni gaji, belanjalah makan"


Jagalah hati dan perasaan orang lain
.

Saturday, November 29, 2008

Mmusang, Dono, Cakne

Mmusang, Dono, Cakne.

Mmusang
. Perangai yang merengus. Orang lain tidak boleh buat silap sedikit - pantang silap sikit, dia akan merengus, dan marah-marah. Adakah mungkin perkataan mmusang dipilih atas dasar haiwan musang yang nampak garang?

Dono. Buat tak tahu. Orang putih kata don't no - yang membawa maksud tidak tahu. Bagi orang Terengganu, buat dono ialah buat tak tahu atau tak ambil peduli. Kalau orang pantai barat kata buat dek.

Cakne. Ambil tahu. Ambil peduli. Ambil berat. Ini adalah kontra kepada buat dono.

Janganglah mmusang sangak, pah tu buak dono je, ambik cakne gok skek...

Thursday, November 27, 2008

Lagu Kanak-Kanak Terengganu ( ii )

Lagu kanak-kanak Terengganu, boleh dikatakan ada yang pelik, menarik bunyi ritmanya dan ada juga yang udoh bunyinya ( hodoh-tidak baik dari segi maksud dan perkataan yang digunakan ) . Lagu-lagu ini ada juga dinyanyikan semasa memainkan sesuatu permainan tradisi Terengganu - rujuk entri Permainan Tradisi Terengganu.

Lagu Satu

Wa wa pék pék,
Wa pék pék ujong galoh,
Masuk keluar masuk hulubalang buke pitu,
Cak la lok, la lok,
Cak la lok, la lok...


Lagu Dua

Pék li watako lang,
Lepék sekali berbulang-bulang...


Lagu Tiga

Mak ming tongjo,
Beranok dalang boto,
Tingbo tenggelang,
Teruh masuk go...

Cak kiok ibu kaki
Ceh... pong!


Lagu Empat

Ping pong,
Motoka Haji Salleh,
Ketuk belepong,
Tahik meneleh...


Lagu Lima

Umbuk-umbuk nyo,
Jalang kédék-kédék,
Sape bunyi muluk,
Kene cobék...


Lagu Enam

Tok-tok bo,
Sape ketuk,
Dok kabo...

Tuesday, November 25, 2008

Cokko! Dan Lumba Lari

Cokko!

Orang putih kata "take a brake". Orang Terengganu kata "cokko". Perkataan ini disebut apabila seseorang pemain dalam sesuatu permainan tradisional contohnya te duduk, te boye atau cuik tiang. Cokko disebut sebagai tanda orang yang menyebutnya meminta kebenaran daripada orang yang jjadi untuk berehat sekejap atau melakukan sesuatu perkara yang lain ( atau mengelat ).


Lumba lari.

"Ong yo mak, gék sék... go...!". Meluncur laju berlari. Lumba lari beramai-ramai. Tiada lane. Tiada tali yang apabila dilanggar terus putus sebagai tanda pemenang. Cuma yang ada penanda garisan penamat. Takpun jadikan tiang atau pokok sebagai tanda penamat lumba lari. Kaki ayam je. Tak ada kasut sprinter yang berpaku. Pecut laju berlari. Siapa sampai dahulu dikira pemenang.

Nostalgia. Main lumba lari di padang yang berumput sedikit, berbatu dan berpasir. Salah seorang kanak-kanak akan berlagak menjadi pengadil dan menjerit "Ong yo mak, gék sék...go...!".

Orang putih kata "On your mark, get set, go...!"