Thursday, October 23, 2008

To duduk, One to zuh, Lam tali lam lai li tam plum, dan Pék li watako lang

Terima kasih Pok Awang Goneng ( kecek-kecek ) sudi menjengah blog Awang @Dungun nih.

Permainan tradisi Terengganu. Ada yang sama dengan permainan kanak-kanak Melayu di tempat lain, ada juga yang berbeza. Antara yang sama cara bermain tetapi berbeza dari nama ialah:

  • To nnusuk = Sorok-sorok
  • Gelak ceroh = Galah Panjang
  • Maing ook/Petik Mata = Konda-kondi
  • To kejjor = Police Sentri

Permainan lain yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak di Terengganu ialah :
  • To duduk (terduduk) -boleh dimainkan dalam 5 hingga 10 orang kanak-kanak.
  1. Permulaan permainannya ialah setiap kanak-kanak akan diundi secara One to zuh (Ooo som), atau Lam tali lam, lai li, tam plum yang kalah akan jaddi pengejar.
  2. Cara bermainnya ialah seorang kanak-kanak yang jjadi pengejar iaitu orang yang perlu mengejar sambil menyentuh atau ccuik ( cuit ) kanak-kanak yang lain yang sedang berlari supaya kanak-kanak itu pula yang akan jaddi pengejar.
  3. Jaddi ini akan mengejar, dan orang lain selain daripada jaddi akan mengelak sambil berlari. Cara mudah untuk selamat dari disentuh oleh jaddi, dia perlu duduk bertinggung dua kaki. Selepas duduk, jaddi ini akan menyentuhnya supaya kanak-kanak yang duduk ini tidak dapat bangun dan berlari. Sebenarnya dia telah ditangkap oleh jaddi ini secara tidak langsung.
  4. Baki kanak-kanak yang tidak duduk dan masih bebas berlari akan cuba mengelak sambil boleh menyelamatkan kawannya yang duduk dengan ccuik atau menyentuh kawan tersebut. Oleh itu, yang duduk ini akan kembali bebas bangun dan berlari.
  5. Jika semua kanak-kanak terpaksa duduk (terduduk - seperti nama permainan ini te duduk), undian samaada One to zuh atau Lam tali lam, lai li, tam plum akan diadakan semula.
  6. Jika jaddi ini asyik dia sahaja yang akan mengejar orang sampai keletihan, mungkin permainan tamat begitu sahaja selepas jaddi menjadi llepek atau asyik terkena menjadi pengejar.
Lalu satu lagu yang menyakitkan hati si jaddi...
dinyanyikan secara ramai-ramai oleh kanak-kanak yang lain...

Pék li watako lang...
Llépék sekali...
berbulang-bulang...

Awang - Jahak jugok budok-budok ni...buli orang jjadi ni...ala budok-budok, dok tahu kebende...tapi kene ajor jugok, dok baik buak gitu ke orang...

1 comment:

Bergen said...

Jangan lupa tol cetong. Ambik teng susu, bubuh batu dan katok mulut teng biar tutuk kemah. With this, you pelekong jjauh and sapa yang jjadi kena kejor teng. Sambil dia kejor teng, hok laing lari litang pukang cari tepak nnusuk.

Maing bulang puase pun boleh jugok, tapi bila dahage, gi telaga telang air. Bila tok tanyer, mung puase dok ari ni? Jawapangnya always and forever: lak, bakpe dok puase nyer. Puase ahh. Ccakak pelawok, kerak lidoh. Dalam hati takut kecuk peruk tapi doh dahage nok buak guane.