Wednesday, August 31, 2011

Sajak Merdeka ke 54 - Mung Tahu Dok?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bende ape hok séték kecik tahu...
Bende ape hok budok-budok kecik tahu...
Bende ape hok budok skoloh menengoh tahu...
Bende ape hok budok beso tahu...
Bende ape hok orang tue tahu...
Apa itu Merdeka bagi mereka?

Doh 54 tahung kite bine negare kite sendiri
Dengang kederak titik peluh dok kisoh hal itu dang ini
Dengang pengorbanang askor kite polih kite di sini
Bukang mengharak orang lain perangbak jepung kominih dalang hutang bukik yang tinggi

Memandang ke belakang cerite lame
Dulu lawang penjajoh oleh pahlawang panglime kite
Dok takuk starang baroh mende ape
Perangbak balik benggali putih hok kaca Benua Melake

Tapi Oranje pulok datang mengade-ngade
Buak itu buak ini kaca orang kite
Wak balik hasil negeri supaye negeri mereka pulok kaye raye
Kite pulok mane buleh tengok duduk saje

Lepah tu mari pulok orang putih hok duk pulau jauh di sane
Mari ngade-ngade pecohkan tanoh kite dengan Belande
Kata mereka mung ambik Sumatera, Pulau Jawe dang Pulau Riau sekitarnye
Die pulok ambik Semenanjung dengang Borneo suke-suke hati die
Mana buleh jadi, kite dok leh duduk saje

Tu la Pahlawang Naning dengang pengikut mereka dekat Melake,
Maharaja Lela, dang Pahlawan Perak tubik berperang belake
Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau pendekar Pahang berperang berkobang bukang saje-saje
Siasah Wali Allah Tok Ku Paloh, kurniaan Allah kepade Benua Terqanu kite
Tuan Guru Abdul Rahman Limbong berhujah melawang orang putih yang datang mengade
Tok Janggut berani perang dok kire ape halangang depang mate
Rentap, Mat Salleh dang Rosli Dhoby melawang aruh di Borneo sane
Semue satu sifat nok halang penjajoh yang saje-saje buat kaca tepak kite

Itu name-name orang berani jamang dulu kale
Kite ambik sifat berani menentang kezalimang penjajoh jahak semuanye
Nok ambik kekayaang bumi kite
Wak balik suke-suke hati die

Kini 54 tahung kite doh merdeka
Jaga negeri sayang negara
Jauhi anasir luar dan dalam semuanya
Dan sekali lagi kite tanya
Tanya diri sendiri tanya orang sekeliling kita
Tahukah Apa itu Merdeka bagi kita dan bagi mereka?

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Lebaran 1432Hijrah

Aidilfitri - @Dungun.


Selamat Hari Lebaran daripada @Dungun dan Journey Terengganu. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 9, 2011

Che Ghu? Apa tuh?

Che Ghu.


Bukan nama orang. Bukan nama siapa-siapa. Ia sejenis haiwan darin kalangan serangga yang begitu kecil. Bersarang di kawasan pasir debu putih kelabu di bawah rumah, tepi gök ayam atau di bawah tangga rumah. Serangga ini tidaklah aku ketahui kenapa orang Terengganu memanggilnya sebagai Che Ghu, atau Cik Ru ataupun Cik Rhu. Ejaannya aku meneka-neka sendiri dan sebutannya ialah seperti menyebut nama pokok Rhu. Aku lebih suka kepada ejaan Che Ghu.


Serangga ini adalah pemakan semut. Sarangnya yang berbentuk seperti kawah dibuat supaya serangga seperti semut terperangkap apabila jatuh ke kawah tersebut. Kesukaran semut untuk naik ke atas menyebabkan pasir-pasir halus bergerak-gerak ke bawah, dan peluan tersebut diambil oleh Che Ghu yang bersembunyi di dalam kawah berpasir tersebut dan menangkap semut sebagai makanan.

Bagaimana aku menangkap Che Ghu ini? Caranya aku pelajari sejak kecil lagi. Pertama aku gunakan semut hitam kecil atau semut merah kecil (orang Terengganu panggil semut gata), lalu aku letakkannya di dalam kawah tersebut. Apabila semut tersebut bergerak-gerak dan aku perhatikan Che Ghu mula beraksi untuk menangkap semut tersebut aku cepat-cepat mengaut pasir kawah tersebut dengan jari untuk menangkap Che Ghu. Pasir yang dikaut di tangan perlu dikuis dengan hati-hati sehingga Che Ghu kelihatan di tapak tangan.

Cara yang kedua ialah menggunakan rambut kita yang halus atau benang yang halus dan cuba mengacau dengan perlahan-lahan ke dalam kawan Che Ghu. Perhatikan bila Che Ghu beraksi untuk cuba menangkap hujung rambut atau benang, kaut dengan jari anda. Kedua-dua cara ini bergantung kecekapan anda, kerana Che Ghu juga pandai bersembunyi kembali ke dalam pasir jika kita tersalah kaut. Sarangnya musnah kerana proses penangkapan ini tetapi Che Ghu tetap bersembunyi di dalam pasir dan akan membina semula sarangnya kemudian hari. Nasihat aku, selepas tangkap, lepaslah semula ke pasir, jangan aniaya haiwan, berdosa!

Sila ke sini untuk tahu lebih lanjut tentang Che Ghu: The AntLion. Jika ingin tahu tentang nama serangga ini dalam bahasa bangsa lain sila ke sini : World Of Antlion.

cik ghu oh cik ghu
mung suke jalang berundo
semut jatuh makang slalu
biarpung semut beso macang mmuto

cik ghu oh cik ghu
wak sarang macang kawoh
aku ingat mung cik ghu
rupanye mung larva dalang tanoh

cik ghu oh cik ghu
banyok sungguh bawoh rumoh
duk dalang pasir debu
lepah tu mung terbang sunggoh-sunggoh!

Monday, August 8, 2011

Pulau Tenggol dan Penyu

Pulau Tenggol. Gambar dari Muzium Dungun.


Gambar Pulau Tenggol dari udara. Pulau yang berbentuk mirip seekor penyu. Semua kejadian adalah kuasa Allah Taala.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah