Monday, March 26, 2012

Labe



Sahabat yang sama menghantar email gambar burung enggang juga menghantar gambar serangga labah-labah di pohon tepi pantai. Labah-labah ini aku tidak tahu dari spesis mana dan apa namanya. Kalau di Terengganu serangga ini dipanggil LABE atau kadang kita jarang-jarang dengar orang panggil laboh-laboh.Terang sahabat aku ini labe spesis ini banyak di kawasan pantai sekitar Terengganu, manakala aku pulak tidak ingat sama ada aku permah tengok atau tidak, cuma seingat aku di pohon-pohon di belakang rumah tokki aku banyak labe buat sarang.

Kalau tuan-tuan/puan-puan pembaca budiman-budiwan sekelian jika ada cerita berkenaan labe dari jenis spesis ini, moleklah kita berkongsi-kongsi cerita. Mungkin ada nostalgia ketika kalian masa kecil di kampung mahupun di pantai sekitar sepanjang negeri Terengganu.


Tepi pata ssarang labe,
Beso sangak atah dahang,
Puahsang ngantuk duduk saje,
Turunglah tanoh kemah barang.


Wednesday, March 21, 2012

Luga

Luga!

Luga aku dengor.

Luga peghuk.

Luga aku rasa.

Perasaan,rasa. Luga bukanlah perasaan cinta. Luga adalah perasaan yang pelik apabila orang Terengganu tidak sukakan sesuatu perkara samaada dengan cara mendengar sesuatu percakapan, tidak suka sifat atau tingkahlaku seseorang dan melihat sesuatu perkara yang bukan ingin dilihat-menjengkelkan.

Luga juga adalah merupakan rasa yang tidak bagus apabila seseorang itu melambatkan waktu makannya sehingga perutnya dimasuki angin. Satu rasa yang tidak menyenangkan.

Itulah...

Luga peghuk aku dengor.

Mohon pembaca jangan luga membaca blog ini.

Monday, March 19, 2012

Ngekéng Terengganu

Baru-baru ini sahabat aku memberikan gambar burung enggang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera beliau. Burung enggang tersebut sedang hinggap di dahan pohon di kampung beliau di Kuala Terengganu. Aku rasa di Kampung Batu Rakit. Maknanya spesis ini ada juga di kampung beliau selain di Dungun walau sekarang ini jarang aku lihat di Dungun berbeza di tahun 80an dan 90an dahulu. Gambar di atas itulah Burung Ngekéng Terengganu.

Entri Ngekéng sebelum ini :

Thursday, March 15, 2012

Keneghi

Keneghi merupakan juga matawang negeri Kelantan. Apa kaitannya dengan Terengganu. Mungkin kerana negeri yang berjiran ini, perdagangan dan ekonomi antara dua negeri dan rakyat membuatkan penggunaan istilah Keneghi menjadi kebiasaannya juga kepada pedagang/rakyat Terengganu. Mungkin ia boleh diibaratkan jika kita rakyat Malaysia apabila keluar negara akan menggunakan matang negara yang disinggahi dan mmenyebut istilah matawang tersebut hanya pada waktu tertentu sahaja.

Sebelum ini aku bertanya berapa Kenegehi bersamaan dengan Seképéng? Jawapannya ialah 14 Keneghi bersamaan Seképéng. Nilai Keneghi adalah lebih rendah dari képéng.

Aku ingin bertanya, siapa-siapa yang tahu sejarah matawang Terengganu yang dikenali dengan nama Pitih atau formalnya disebut Pitis boleh berkongsi di sini. Mungkin anda ada cerita keluarga turun-menurun yang menarik dan unik untuk dikongsi.

Monday, March 12, 2012

Seképéng /Sképéng

Dok gune seképéng harang? Hah? Apakah itu? Beberapa tahun dahulu seorang kerabat aku (dua pupu aku) menerangkan perkataan  seképéng . Apakah maksud  seképéng? Baru aku tahu bahawa seképéng  itu ialah nilai matawang. Aku tidak tahu bila atau pada tahun berapakah yang sebenarnya nilai duit képéng ini digunakan. Mungkin nilaian ini digunakan pada zaman Terengganu menggunakan istilah Pitih sebagai nama matawang. Dikatakan duit ini digunakan mungkin  pada awal tahun 1900an dan dikeluarkan oleh negeri Kelantan. Ia dikatakan berbentuk syiling. dan berlubang ditengah-tengahnya-macam cerita Kung Fu zaman Maharaja China dulu-dulu. Orang dahulu kala mengikat duit ini dengan tali lantaran ia berlubang ditengah-tengahnya. 

Apakah nilaian képéng? Lima belas képéng  bersamaan dengan nilai sepuluh sen, 15 képéng  = 10 sen. Duit bernilai képéng  ini ada harga nilaiannya. Misterinya kenapa orang Terengganu menggunakan bidalan dok gune  seképéng , dok gune  seképéng lasung, dok gune  seképéng  harang? (Tak ada guna  seképéng  , tak ada guna  seképéng langsung, tak ada guna  seképéng  haram) tidak dapar dipastikan. Mungkin nilai duit seképéng ini kecil hingga hampir tiada boleh digunakan membeli apa-apa tiada dapat digunakan seumpama seperti rakyat Malaysia hanya menggunakan duit satu sen untuk membayar bil air atau bil eletrik sahaja.

Soalan lain: Berapa Keneghi bersamaan dengan Seképéng? Nantikan jawapannya.