Thursday, October 30, 2008

Pelékong, tago, lépo, capok dan tohok

Pelékong, tago, lépo, capok dan tohok.

Pelékong - membaling. Istilah ini sesuai digunakan apabila perbuatan membaling ke arah sesuatu menggunakan kayu atau batu-kebiasaannya, dan sebagai contohnya.

"Kalo takdok galoh, pelekongla kayu ke buah pelang tu..."
(Kalau tiada galah, balinglah dengan kayu kat buah mempelam tu...)

Tago - membaling. Istilah ini sesuai digunakan apabila perbuatan membaling ke arah sesuatu menggunakan kayu atau batu-kebiasaannya, dan sebagai contohnya.

"Gi tago batu ke bewok ghiang tu...ambak jauh..."
(Pergi baling dengan batu kat biawak tu, halau jauh-jauh...)

Nota: Biawak ghiang- biawak besar seperti biawak komodo, tinggal di semak, pemakan telur ayam.

Lépo dan capok - Mencampak. Melontar.

"Lépo la bola tu, dderah skék.."
(Lontarlah bola tu, cepat sikit..)

Tohok - Buang.

"Tohok gok sapoh tu..."
(Buanglah sampah tu...)

1 comment:

bergen said...

Saya sokmo tago rumah kalau cik saya dok wi pitih no wak gi bbeli kkeda.