Ada 3 orang sahabat di satu tempat pedalaman pantai timur. Tak pernah keluar bandar pun. Salah seorang daripada mereka telah menang satu pertandingan. Hadiahnya ialah pergi ke Kuala Lumpur. Tiket dan penginapan ditanggung.
Maka mereka bertiga gi kolupo ( pergi ke Kuala Lumpur) . Sampai kolupo, mereka terus ke tempat menginap - check in - simpan beg. Mereka seterusnya meronda-ronda ke seluruh bandar - ke Chow Kit. Salah seorang daripada mereka membeli sebuah teropong. Malam. Mereka balik ke tempat menginap.
Esok pagi. Salah seorang mengambil pesanan dari rakan-rakan untuk membeli bungkus sarapan pagi. Salah seorangnya memesan nasi lemak. Setelah lengkap mengambil pesanan, seorang daripada mereka turun ke bawah untuk ke kedai membeli makanan.
Di tingkat atas tempat penginap, rakan yang memesan nasi lemak tadi terlupa hendak memberitahu bahawa dia mahu kuah lebih, kacang tak mahu. Jadi dia tak sempat hendak mengejar rakan yang telah turun ke tingkat bawah untuk membeli sarapan.
Jadi dia pun mengambil teropongnya sambil berkata...
"Hoh!...Mana-mana-mana dia tuh...?" ( Hoh!...Kat mana dia ni...? ), meneropong di sebalik tingkap tempat menginap mencari rakan.
"Hoh!...Jupe doh...napok doh nung...weii mung beli nasik lemok ke aku kuah lebih, kacang takmboh..."( Hoh! Jumpa dah...nampak dah tuh...tolong beli nasik lemak kuah lebih, kacang tak mahu...) , bisiknya dengan selamba sambil terus meneropong ke arah rakan yang berjalan ke kedai makan...
Awang-jangang wak gitu, malu ke orang...

1 comment:
Bukang teropong tapi org ganu royak sperong. Same gok dengang wisel org ganu pangge suna...
Post a Comment