Saturday, November 1, 2008

Roti Cana Roti Payang

Kuala Dungun. Kedai bangunan kayu lama. Berhampiran jeti LKIM Kuala Dungun. Jalan menuju ke rumah api tanjung benteng muara Sungai Dungun. Di situ terletaknya Kedai no. 6 dan Kedai Pantai Timur. Kedua-dua kedai tersebut - sedap roti canainya. Cicah dal kuning kehijaun-ada kacang berwarna hitam kecil-keci seperti lada hitam warnanya. Atau boleh cicah dengan kuah ggula ikang tenggiri mahupun ikang aye, sedap sokmolah.

Kuah dal di kedai-kedai roti canai di Dungun ini, awang perhatikan amat berbeza dengan dal kedai-kedai mamak di sebelah Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Kuah dal di Dungun berwarna kuning kehijauan tapi di sekitar kedai mamak pantai barat ini warnanya kuning kekadang warna seakan kuning jingga. Rasa pun berbeza. Ah! pekena dengan Nescafe beng, dan roti canai kosong, meratah ggula ikang aye mahupun tenggiri, sungguh menyelerakan. Sarapan ataupun santapan malam, makan sahajalah.

Beberapa tempat kedai roti canai yang awang boleh bagi 5 bintang ialah berhadapan dengan Stesen Bas Express Dungun Jalan Besar ke Kuala Terengganu. Kedai tersebut doh kene rombok ( dah dirobohkan ) - to Bergen- Tahu dok kedai ni? Kalau tahu kat mana dah pindah? Kedai roti ni awang panggil jugak kedai roti payang - orang pantai barat panggil roti nan. Roti nan dipanggil roti payang kerana dibakar dalam tempayan. Kedai ini menyediakan kuah ggula kari daging dipotong halus. Sedap? Memang doh!

Satu yang menarik kedai roti canai di Dungun ini ialah kebanyakannya- bukan mamak, tapi melayu. Tiada bistro, tiada tv skrin besar siar English Premier League. Tiada kipas yang sembur air. Tiada pekerja asing yang asyik ambil salah order kemudian selalu tanya smula acapkali.

Awang - sapa2 budok dungun, boleh beritahu mana dah kedai nasi lemak nasi dagang sebelah Stesen Minyak Caltex dan Klinik Ahmad dah berpindah?

2 comments:

Bergen said...

Kedai kayu you mentioned tu dikenali dengan nama Kedai No6. Nasi dagang dia kira one of the best - saya tahu ni pun dari mokcik teh yang berniaga kat pasor dungun. Mokcik teh ni dulu masa saya kecik, salah seorang dari Aunt's regular customer yang ambik nekbat dari Aunt saya. In fact semua mokcik yang nniaga dalam pasar dungun lama dulu ambik nekbat dengan Aunt.

Kedai sebelah Caltex tu dulu popular dengan budok ITM tunggu bas nak balik KL. Isteri tokeh tu Kakak Gayah kerja nah (nurse) sepital dungun. Saya pernah tumpang kereta dia masa lari dari rumah, gi KT. he he.

Saya tak tahu kedai tu dah pindah kat mana. Tapi masa dia famous roti ppayang, saya dah tak ada kat dungun, masa tu ada kat Middle East. Mungkin Pok Deng tahu, dia penyiasat handalang, macam Mat Sprong - watak ciptaan Awang Goneng.

Kama At-Tarawis said...

wahhh - behnyer dengo orang dungung bekesoh panjang lebo pasa keda no 6. bergen, mung ni treasure trove sunggoh. saya dok ingak stabok harang..LOL