Monday, November 17, 2008

Gateh Basika

Gateh Basika.

Gateh basika - bermaksud menunggang/mengayuh basikal. Gateh basikal. Dulu-dulu belajar menunggang basikal beroda empat cap BMX. Beroda empat? Di sebelah kanan dan kiri tayar belakang basikal telah sedia ada penambahan dua roda kecil. Makin tére ( pandai ), buang satu roda kecil - tinggal tiga tayar. Makin pandai, buang satu roda kecil lagi - tinggal dua tayar, iaitu tayar depan dan tayar belakang seperti basikal biasa.

Bila dewasa pakai basikal lain. Cap Raleigh. Ada orang kata basikal Roamer. Sebelah depan éngda ( handle/pemegang ) ada bakul. Depan bakul ada lampu dijanakuasakan dengan dinamo. Dinamo ini dipasang pada batang sepik udang ( fork/pemegang tayar depan ). Apabila dinamo diaktifkan, ia akan bersentuh dengan tayar depan dan kepala dinamo akan berpusing apabila basikal dikayuh dan lampu depan akan menyala,. Bawah berhampiran péda ( padle/pengayuh ) ada dua besi dipateri berbentuk seperti peluru pemandu, itu trademark basikal Raleigh.

Basuh basikal sokmo-sokmo ( selalu ). Basuh réng ( rim ) sampai kilat. Basuh makgak ( mudguard/penghadang tayar) sampai kilat - makgak warna kerong ( chrome ), karat kena buang, kilat kena jaga. Jangan lupa lampu basikal juga.

Cerita pasal réng. Kalau suka réng lidi ( rim berbatang besi halus ), jaga kilatnya. Kalau mahu sport réng, tukar cap OGK atau OBK. Ada sport réng ni, réng bitang ( bintang, oleh kerana bentuk rim seperti bintang ).

Datang satu masa, basikal mountain bike mengambil alih. Cap LeRUN. Ada banyak gear. Boleh tukar kelajuan kayuhan. Tamat zaman Raleigh. Budak-budak sekarang pakai LeRUN.

Budak kampung ini pandai-pandai, bawa basikal buat congék ( angkat tayar depan ke udara sambil mengayuh basikal ) sampai dua tiga tiang. Lagi banyak tiang, kira baguslah budak itu. Tiang ini ialah tiang letrik TNB. Jarak mencongék basikal ialah antara tiang ke tiang tanpa jatuh- begitulah cara ia dikira . Buat congék ni jangan dibuat, silap-silap jatuh.

Dulu-dulu, kalau mengayuh basikal, tiada lampu basikal, polis tahan, kena saman. Betul ke?

3 comments:

Kama At-Tarawis said...

Dok eh, awang! Saya ada jugak sekali dua kayuh malam pi kedai tanpa lampu, tapi dekat aja dengan rumah. takder pulak disaman.

zaman dolu2 polis kurang menyaman, apatah lagi suap-menyuap..almost takder, kalau adapun masa nikah kawin apabila pengantin makan suap-suapan.. hehehe

AWANG said...

Tu makang mengadap mokcik. Hehehe...

AWANG said...

Nak tanya, mok cik kama kenal tak Aminah Binti Hassan, sekolah DESS jugok dulu.