Wednesday, June 10, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 09


Gambar ini adalah keratan daripada buku cenderahati sempena hari Upacara Permasyhuran Majlis Perbandaran Dungun. Gambar yang dirakamkan di atas adalah kawasan Sura iaitu kawasan antara Sura Gate hingga ke Sura Jeti. Timbunan hitam berbukit itu ialah bijih besi. Zaman persekolahan penulis dahulu, kawasan ini dikenali dan dipanggil BIJIH. Banyak pokok gelang tumbuh di sini dan kawasan ini bertanah merah. Ia bermula dari belakang deretan kedai Bandar Dungun Sura Gate hingga ke sempadan jalan raya di tepi pantai. Semua tanahnya merah. Beberapa tinggalan struktur konkrit juga boleh dilihat pada waktu itu (dalam tahun-tahun 90an).

Kawasan ini di sebelah kanannya berhampiran dengan Sekolah Imtiaz Bawah Dungun (dahulu ialah Asrama Yayasan Terengganu kemudian menjadi Maktab Rendah Yayasan Terengganu kemudian berubah menjadi Sekolah Imtiaz Bawah Dungun). Di sebelah kiri pula kawasan Bijih ini berhampiran dengan Sekolah Imtiaz Atas Dungun (dahulu adalah kampus lama ITM Dungun kemudian Kolej Teras Timur dan kemudian barulah menjadi Sekolah Imtiaz Atas Dungun), dan Rumah Tamu Daerah Dungun.

Kini kawasan Bijih ini semakin sempit, pembangunan kedai-kedai baru di Bandar Dungun di kawasan Sura Gate melimpah sampai ke Sura Jeti. Berhampiran dengan jalan pantai pula di bina satu kawasan tempat rekreasi/bersenam yang berhadapan dengan Sekolah Imtiaz Bawah Dungun. Kawasan tersebut juga dibina deretan kedai makan berhadapan dengan jalan.

Sekarang ini masih adakah lagi tinggalan struktur konkrit zaman bijih besi di situ?

4 comments:

komando_trg said...

Ada lagi tinggalan nun. Batu opal, jgn lupe. Mu dapat buku DUNGUN ker masa rasmi dlu. Aku cari, tapi xdok. sedap ah mu ada byk sejarah dungun. tepek ah byok sket gambar dungun. Klu ayat je dok attractive.

Bangga ada org dungun macam ge mun nih.

onarness~~~me~~~ said...

Salam..boleh x kiranya saya menggunakan gambar-gambar berkaitan bukit besi daripada blog awang?saya student uitm yang sedang mengkaji kawasan bukit besi yang sangat memerlukan sumber2 informasi dan gambar-gambar berkaitan bukit besi.kirenya ada ape2 pertanyaan, boleh x kirenye awang membantu?your help really appreciate...tq

AWANG said...

Salam,

Kebenaran diberikan dan sila kreditkan kepada @Dungun (daerahdungun.blogspot.com).

cikgu lukman said...

tiang konkrit yang ada tidak dipulihara....seolah-olah mahu dibiarkan runtuh... masa saya kecil dulu banyak lagi tiang di pantai teluk lipat tetap sekarang hanya tinggal satu rasanya...perlu ada pemuliharaan untuk tatapan generasi akan datang