Saturday, August 15, 2009

Kacang Rebuh Makcik Halimah


Kacang rebuh / kacang rebus. Di Dungun ada seorang makcik sejak aku kecil beliau menjual kacang rebus. Lebih-lebih lagi di musim tengkujuh, makan panas-panas. Makcik ini tak silap aku namanya Halimah. Makcik Halimah ini menjual kacang rebus dengan berbasikal yang mempunyai kotak kayu / gerabak berwarna biru - nak kata beca tak juga dan sukar untuk menggambarkannya.

Aku pasti penduduk Dungun pasti pernah membeli kacang rebus Makcik Halimah lantaran beliau bergerak berkayuh segenap pelusuk kampung di kawasan Dungun.

7 comments:

Anonymous said...

dulu mase aku budok2 pong aku rajing gok duk beli kacang mokcik tu.... tapi lame doh tadok napok mejokk aku besor ni....org jual satey ikang pong xdok napok doh lening... pah mane hale dok tau blake.... (Bdk Bkit Chatok)

Anonymous said...

Mok cik tu cat roda 3 dia kaler kuning. kecik2 lg duk beli kacang rebus. dulu samah je(50 sen). lening seriya doh .

AWANG said...

Salam Tuan Anon,

Ada lagi ke Mok Cik tu jual kacang rebuh?

Ummi said...

Salam Awang,

Mokcik tu lleni jual kacang kat pasor. Saya juppa masa saya balik kapong ari tu. Macang tu jugak dok berubah lasong. Dia tu kalu Awang nak tau, panda panjat kelapa dan gi kelauk ikut nelayang. hebat dia.Awang kat mana ni.

AWANG said...

Salam Ummi,

Rupanya ada jual kat pasor,kene gi cari nih. Terima kasih kerana beri info. Btw saya berada di luar Terengganu, selatan Semenanjung Malaysia.

Big Momma said...

aku ingat lagi dulu dlm thn 80an mokcik ni jual kacang dpn skoloh Arab ( SMUSID ) dpn LLN.aku skoloh rendah kat SKKD.jalan kaki g tunggu bas kat dpn skoloh arab tu lah. puas tunggu bas beli kacang makan kacang.tapi mokcik ni baik hati bile dia tau aku ni sekelas ngan cucu dia terus dia bagi free je..aku lak yg naik malu..aiseh....

AWANG said...

Salam Big Momma,

Terima kasih menjengah, menarik cerita tu, nostalgia, nampaknya ramai yang bernostalgia dengan Makcik Halimah Kacang Rebuh.