Monday, August 10, 2009

Kilang Tong Gas



Inilah kilang yang membuat tong gas memasak : yang tuan-tuan dan puan-puan paka géh masok cak petronah - pakai gas memasak berjenama petronas. Kilang membuat tong gas 16.5 kg merupakan antara industri yang terletak di Kawasan Industri Pulau Serai. Dahulu di depan kilang ini ialah Kilang NST dan Berita Harian, tetapi pada akhir tahun 90an kilang akhbar tersebut berpindah ke Ajil, Hulu Terengganu, dan dahulu juga ada kilang kelapa sawit di tebing Sungai Dungun sebelah Pulau Serai tetapi telah lama ditutup dan bangunannya tinggal usang.

Sekarang industri berat di sekitar Pulau Serai ini hanyalah kilang yang tertera gambarnya di atas, satu kilang makanan dan beberapa deretan bangunan kecil untuk industri kecil. Gambar yang kedua yang tertera di atas terdapat satu tong gas di hadapan pintu pagar - itu adalah peti surat yang dibuat oleh kilang ini, unik!

Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan memandang tong gas ini di dapur walau di dapur kering yang moden atau dapur basah ala kampung, ingatlah tong gas tuan-tuan dan puan-puan asalnya dari Dungun. Heh!

12 comments:

Anonymous said...

Salam, Saya nak tahu lebih lanjut tentang kilang tong gas ini.
Bumiputra ker, masih beroperasi ker tidak. Siapa tuan miliknya.

miesura said...

masih beroperasi, hok milik melayu kita, doh jutawan

Anonymous said...

Salam

aku pernah keja di kilang ni )sbg operator,gaji RM 350.OO sebulan,buat ot kul 5-7ptg,pahtu sambung kul 8-10mlm ,baru dapat bersih +-RM450.00.. makan ditanggung,,last skali aku brenti mase nak kawin,mana cukup nak tanggung ank bini,kereta saja dah RM380 sbln:-)

Sedikit Info Untuk Dikongsi-

Nama Kilang ni Dual Metal Sdn Bhd/Dual Plant and System
100% bumiputra
Pengurus:Hj Azmi
Dibantu Oleh Isteri Beliau Hjh Hamidah

Kilang ini membuat dan menghasilkan silinder gas 14kg sahaja,(silinder merah hijau)

Kilang ini juga membaikpulih silender gas yang lama..(recond)

Silinder gas yg telah siap akan dihantar ke Prai,kerteh dan melaka..



Matkob

Anonymous said...

saya dapat offer keje kat sini,ada sape2 boleh bagi pendapat x?

Anonymous said...

Murahnya gaji ..walau selepas OT...mana cukup ..

Anonymous said...

sekarang gaji paling tinggi 10000 dan paling rendah 1500! OK

Anonymous said...

Skrg tong gas di pasaran tidak cukup, hanya boleh tukar isi gas, tidak dapat beli tong gas. Saya dengar penjual gas kata sebab Dual Metal sudah tutup, dan tong gas sekarang berasal dari Singapore. Banyak juga tong gas lari ke Indonesia pasal harga lebih tinggi, dan ini jadikan tong gas kat local tidak cukup. Adakah info dari penjual gas ini betul?

Anonymous said...

Assalamualaikum Semua...

Saya ingin respon kepada komen saudara Mat Kob(Matkob Nov 28, 2010 at 3:10 AM)

Memang benar info yg dikongsi oleh saudara,basic gaji operator biasa pd masa itu ialah rm350.00,ini mungkin faktor ekonomi semasa dan keuntungan yg diperolehi syarikat tidak begitu memberangsangkan,tetapi sekarang telah berbeza sama sekali,syarkat Dual Metal Sdn Bhd sekarang menggajikan operator pengeluaran dengan Basic lebih Rm900.00 sebulan,ada juga operator yg mendapat sebanyak lebih rm2500.00/(majoriti)..

Sekian terima Kasih
Bekas Pekerja DMSB

Anonymous said...

ade x contact untuk mohon praktikal?

Anonymous said...

Kilang Dual Metal ni amatlah dipercayai,kebajikan pekerjanya diambil berat,pernah bekerja di kilang saingan dual metal,layanan amat la buruk hinggakan nak sembahyang pun dipertikaikan.Dual Metal adalah Satu satunya syarikat 100% bumiputera,produk yg berkualiti

Anonymous said...

Kepada yg masih bekerja diDual Metal anda mmg beruntung dpt majikan yg prihatin.

org dungun kiter said...

salam... bleh x saya nk tahu, gane nk mitok kije kt dual metal ni?sy tringin sgt2 kije cni sbb dkt ngn umoh & sy mmg suka & ada pengalaman kije kilg.. hrp sudi tlg..