Thursday, August 13, 2009

Berita Hari Ini

Terbaru akhbar Sinar Harian hari ini :

Program bicara sejarah ditangguhkan

BALAI BESAR - Usaha ahli sejarah menganjurkan bengkel berkaitan sejarah Dungun terbantut apabila lokasi utama, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah yang akan dijadikan pentas perbincangan program itu terpaksa ditutup serta merta akibat disyaki menularnya wabak selesema babi (H1N1) yang mula dikesan di sekolah itu, semalam.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Abdul Wahab Yunus berkata, pihaknya terpaksa menunda tarikh bengkel ke satu tarikh yang difikirkan selamat dan sesuai kelak.

“Pada awalnya, program itu dijadualkan berlangsung esok (hari ini), kami akhirnya terpaksa membatalkan serta merta selepas sekolah itu diarahkan tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan berikutan tujuh pelajarnya disyaki menghidapi virus H1N1.

“Bagaimanapun, program itu akan diteruskan. Masa dan tarikhnya akan ditetapkan dan pihak kami akan memaklumkan perubahan itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah, Zakariah Ali ketika dihubungi mengesahkan penutupan sekolah terbabit.

“Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dimaklumkan tujuh pelajar sekolah itu mengalami demam. Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, kesemua mereka disyaki mempunyai simptom H1N1.

“Sebagai langkah pencegahan, pihak Kementerian Kesihatan mengarahkan sekolah itu ditutup serta merta sehingga 18 ogos ini, jika keadaan masih belum pulih, tempoh berkenaan kemungkinan akan dilanjutkan,” katanya.

6 comments:

keroro said...

nk tanya sikit lah.. bengkel sejarah ni jemput siapa. budak2 skolah saja ke @ orang2 besar daerah dan negeri ? kalau org2 besar negeri/ daerah,

kenapa tak dijemput pok hashim sedangkan pok hashim yg plg tahu sejarah tok tambun ?

A w a n g said...

molek jugok tu jemput Pok Hashim...

Samesol said...

SMTIZ tu skoloh aku dulu tu 1979 - 1983.
1979-1981 Kelah 1 Perdagangang
1982-1983 elah saing

A w a n g said...

Saudara Samesol,
Terima kasih berkongsi cerita...

chepie said...

slm...

tau dok sejarah pulau serai...
org hok mula2 buka p.serai...

pastu..
nk cari kluarga... susur galo
che mat che min...
kalu ada sape2 tau...

tq

AWANG said...

Salam Chepie,

Pulau Serai dibuka oleh Allahyarham Lebai Isa-kalau tak silap saya, dan ia merupakan antara kampung/penempatan yang tertua di Dungun. Ada masa nanti saya akan cuba ceritakan sedikit kisah pembukaan Kampung Pulau Serai. Berkenaan Che Mat Che Min tiada dalam pengetahuan saya.

Terima kasih kerana menjengah blog @Dungun.