Tuesday, September 8, 2009

Pra Aidil Fitri : Ténöng


Ini Ténöng plastik cap Tupperware. Moden. Berwarna-warni. Dulu-dulu malah sekarang ini masih ada lagi yang menggunakan Ténöng besi yang berukir timbul di permukaan luar. Terkenang Aidil Fitri pasti terkenangkan Ténöng pada awal pagi raya. Juadah makanan raya diletakkan di dalam Ténöng ini dan di bawa ke rumah-rumah jiran sebagai aktiviti berbalas juadah sesama jiran (sekarang ada lagi?). Selain itu Ténöng yang berisi juadah raya dibawa jika bertandang/berziarah Tok dan Tokki, rumah saudara-mara dan kenalan.

Itu cerita raya. Ténöng juga digunakan pada masa-masa lain. Boleh di bawa ke kebun sebagai bekalan makanan tatkala berehat makan. Unik juga orang Terengganu memanggilnya sebagai Ténöng. Jika di luar Terengganu biasanya ia dipanggil sebagai Mangkuk Tingkat. Satu patah perkataan dalam slanga Terengganu, dua patah perkataan dalam Bahasa Melayu formal.

6 comments:

roshaizulnizam said...

aku panggil ia mangkuk tempin

A w a n g said...

Ada juga nama beza,di Johorkah?

yohteh said...

salam Pak Awang...

kita pulak kalu hok plastik ni kita panggil "tapawér" je... hok besi baru tenong. kalu hok bertingkat, "ténong ttékat", kalu dok ttékat, "ténong" saja-saja je lah..

ada jugok tenong ni dibuat daripada besi ke nekel(?) hok dok 'khutuk.. licing mmayo. warna dia hok kita ingat ada yang kehijau-hijauan, kekuning-kuningan, kesamo-samoran atau pun keping-pingkan... lebih kurang begitulah. kalu hok jenis khutuk tu biasanya warna kkilat metelik rrélit-rrélit... kita panggil ténong jugok.

tapi kalu hok plastik memang kita panggil "tapawér" je.. (macang-macang peseng - ikut tempat, bakali..)

selamat Puasa selamat bersahur,
kawang duk Pulau Babi, Serada...

A w a n g said...

Hoh gitulah, ikut tepak barang kali, kalu tapawé sutir kite panggil tapawé, kalo dia tingkat ikat banyok kite panggil Ténong kot, hok Ténong besi (mungkin nekel la tu) memang ada banyok, ade corok khutuk, ada tadok...

Terima kasih atas maklumat...

TATA said...

Nok raya sungguh napok awang ni. tapi dok balik dungun kan? tenong (tranun/klantan/sebahagian pahang), mangkuk tingkat beloh pantai barat, johor pulak panggil tempin. boleh guna pada bila2 masa dan suasana. sokmo2 kalu masa nikoh kahwin, beloh llaki atau puan akan bawak tenong ni penuh ngan lauk pauk orang kahwin.

roshaizul, this year first raya ngan wife kan. raya di pulau rusa dulu ke atau di tenggara? TATA juga akan beraya di johor (esp Batu Pahat & parit raja). insya allah akan beraya sampai ke bukit ramun/bukit besar/pasir raja/taib andak/simpang waha/easter/lok heng. dari BP selalunya nak ke ramun lalu lah ikut tenggara tu melalui T6. rumah roshaizul area mana.

kawang, pulau babi, serada. Ni pulau babi pulau bahagia tu ke. kalau pulau babi tu, u atau family u mesti kenal dengan nama che' endut gila. sorang lagi mok cik dulu yang selalu ajar orang ngaji (dok ingat nama). sepupu2 aruah bapa TATA ramai kat pulau babi ni.

TATA

yohteh said...

TATA: pulau babi serada ni betul-betul alik seberang pulau bahagia.. kalu lening nama kg. baharu.. jamang riktu dua-dua ning nama pulau babi belaka...

guana mana pung, tiga pat puluh tahung dulu, kita budak-budak jemerang-nngarung je (berenang etek) sungai tu gi mmaing bola ppasir pulau bahagia... jadi ramailah saing rodong kita seberang menyeberang ni...

che' endut gila? kawang dok brape ingat... kalu che' nayér bersoho sangat-sangatlah...