Hari raya merupakan hari berkumpul kaum keluarga. Ada adik beradik yang tinggal di rantau. Ada sepupu yang dilahir di luar Terengganu. Jadi ambil peluang ini bagi sepupu yang tinggal di Terengganu - mengajar dan berkongsi lagu kanak-kanak Terengganu supaya tidak putus, supaya sama-sama tahu.
Tak tak ge
Teletak eko nage
Jalan-g kire-kire
Tige puluh tige
Tak tak ge
Teletak ekor naga
Jalan kira-kira
Tiga Puluh Tiga
Teletak eko nage
Jalan-g kire-kire
Tige puluh tige
Tak tak ge
Teletak ekor naga
Jalan kira-kira
Tiga Puluh Tiga
Lagu ini adalah lagu yang digunakan untuk memilih rakan sepasukan jika bermain permainan tradisi Terengganu (atau permainan tradisi di luar Terengganu) seperti pelékong selipa, bola katök. Caranya ialah dua ketua pasukan yang sedia dilantik dan yang peberek yang selalunya memang diakui handal akan menyanyikan lagu ini.
Contohnya : Ketua A akan menyanyikan lagu ini sambil menunjukkan jarinya ke arah bakal ahli pasukan seorang demi seorang. Sampai di lirik yang akhir iaitu tige puluh tige, orang yang terakhir di mana liriknya terhenti, dia akan dipilih untuk memasuki pasukan Ketua A. Kemudian Ketua B akan mengambil giliran untuk menyanyikan lagu ini dan memilih ahli pasukannya. Proses ini akan berakhir sehingga semua kawan-kawan telah habis terpilih. Biasanya kawan-kawan yang ingin bermain harus dalam angka genap supaya semasa sesi pemilihan nanti adil dan saksama di setiap kumpulan.
Hmmm...inilah setakat yang aku ingat...mungkin kalian juga rindu saat berada di situasi ini, semasa kecil berada di laman rumah, atau padang ketika bermain dan menyanyikan lagu ini...
No comments:
Post a Comment