Beberapa tempat permainan kanak-kanak seperti tempat menggelongsor, buai-buaian, jongkang-jongket juga ditempatkan di taman ini. Taman rekreasi ini dahulu mempunyai kolam, jambatan atau jejantas yang merentangi kolam, jalan-jalan yang bertar, dan penuh dengan pokok-pokok renek dan pokok bunga. Beberapa model binaan berskala kecil seperti balai polis, dan pejabat pos di tempatkan di bahu jalan yang bertar. Papan tanda jalan seperti di jalan raya sebenar juga diletakkan di sini. Mengapa? Ini kerana pihak Shell Malaysia dan Kementerian Pendidikan (nama kementerian pada waktu itu) mengadakan pertandingan Kempen Keselamatan Lalu Lintas Shell yang mana juaranya ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Abang, Naib Juara Sekolah Rendah Sultan Omar-Kumpulan A, dan tempat ketiga ialah juga dari Sekolah Rendah Sultan Omar-Kumpulan B. Selepas pertandingan tersebut, model binaan dan papan tanda jalan raya dikekalkan di taman ini. Sekarang jangan dicari. Semua telah berubah wajah.
Padang Petanque Dungun yang baru wujud mungkin dalam tahun-tahun awal 2000. Ia terletak berhampiran dengan Taman Rekreasi Jalan Nibong. Kini padang ini makin bertambah dan nampak tersusun. Kawasan antara Jalan Nibong dengan Kampung Tanah Lot ini nampak sesuai untuk kawasan beriadah dan bersukan.
Gelanggang tenis yang mungkin yang tertua di daerah Dungun. Ada gelanggang tenis lain ke di Dungun?
4 comments:
Salam Awang,
Taman ni depan Quarters Kerajaan ke. Kalau betul, di tahun 60an dulu banyak pokok 'Flame of the Forest' (Semarak Api) di tanam sekeliling padang tu.
Salam,
Taman ini depan Kuarters Kerajaan. Terima kasih berkongsi maklumat.
aku ingat lagi dulu dlm thn 80an jugok...aku g main basikal tak pun kereta utk kanak-kanak ( kereta ini digerakkan dgn mengayuh ).kena sewa.tapi aku pon X ingat doh brp riya kena.aku slalu g main dan bawak anak2 sedara aku...dari lps asar sampai maghrib duk sibuk mengayuh keta tu..pusing 1 taman tuh..ish..nostalgia tul..tak tau ar en awang kita ni dang ke dok zaman main kereta tuh...
Salam,
Terima kasih atas cerita nostalgia Big Momma.
Post a Comment