Friday, April 23, 2010

Nama Orang Terengganu

Pernah tak kita ada kawan yang namanya kita panggil atau memang nama sebenar mereka ini ialah Jusoh, Awang, Mamak (Mamat), Wang (Wan), Tuang (Tuan), Teku (Tengku), Che, Che, Ku, dan Engku. Nama-nama ini sebenarnya begitu sinonim dan melambangkan asal orang tersebut.

Nama seperti Jusoh dan Awang banyak digunapakai di sebelah Terengganu dan Kelantan. Begitu juga dengan nama Mamat (ikut slanga Terengganu-Mamak). Nama-nama ini memudahkan orang lain untuk mengetahui asal usulnya, cuma bertanya asal dari Terengganu atau Kelantan.

Nama Wan pula mungkin di Malaysia ini lebih mengetahui asalnya dari keturunan bangsawan dari negeri Kelantan, tetapi sebenarnya di negeri Terengganu juga mempunyai keturunan Wan yang bertaburan di sini. Cuma perlu bertanya Wan Terengganu atau Wan Kelantan. Mungkin dari sejarahnya keturunan Wan di Terengganu ada hubungan salasilah dengan keturunan Wan di Kelantan. Mungkin juga keturunan Wan yang berhijrah dari Kelantan dan titih-titihnya bertaburan di seluruh negeri Terengganu. Begitu juga dengan nama Megat walaupun kita jarang mengenali nama Megat di negeri Terengganu kerana ia lebih dikenali dan lebih rapat dengan keturunan megat Terawis di negeri Perak. Dari segi sejarah, nama Megat telah lama ada di negeri Terengganu iaitu Megat Panji Alam.

Orang yang mempunyai pangkal namanya Tuan sama ada lelaki atau wanita juga banyak digunapakai di negeri Terengganu. Kata orang nama Tuan ini adalah keturunan Rasullullah. Awang sendiri ada mengenali beberapa nama orang yang mempunyai pangkal nama Tuan berasal dari Dungun sendiri dan dari Kuala Berang.

Keturunan Tengku pula agak banyak bertaburan di daerah Dungun ini. Semasa zaman persekolahan, Awang sendiri mempunyai ramai rakan sekolah yang mempunyai pangkal nama Tengku. Mereka semua adalah keturunan istana (mungkin dari kerabat istana Terengganu). Nama-nama (pangkal nama) Che, Che Ku, dan Engku juga melambangkan nama-nama orang Terengganu. Nama-nama gelaran ini asalnya ialah dari golongan bangsawan istana Terengganu. Jika nama mereka panjang sekalipun, ramai orang suka memanggil mereka dengan pangkal nama sahaja iaitu seperti Che sahaja atau Che Ku sahaja. Jika yang lebih tua ada yang memanggil mereka dengan gelaran Ayoh Ku (Ayah Ku-bukan ayahku), Pok Ku (Pak Ku/Pak Engku), atau Mok Ku (Mak Ku/ Mak Engku). Gelaran ini juga digelar kepada orang yang berketurunan Tengku.

Nama-nama lain seperti Sulaiman orang Terengganu menyebutnya sebagai Slémang, Saiful-Sépo, Man-Mang, Idris-Derih, Ismail-Wé dan pelbagai lagi. Kebanyakkan nama disebut pendek dan mengikut slanga.

Seeloknya nama dipanggil penuh, sesuai menghormati orang itu.

7 comments:

Sir Pök Déng said...

Assalamualaikum,

Satu lagi ciri-ciri orang Teganung adalah kecenderungan meletakkan kata gelaran di belakang nama, mengikut apa yang dirasakan sesuai oleh tuan punya nama.

Contohnya,

Che Ali Rongok.
Mang Gagak (gagap)
Abu Suwok

Juga diberikan gelaran tersebut berdasarkan pekerjaan seumur hidup si tuan punya nama.

Contohnya,

Musa Tukang Kayu
Wang Slemang Ikang (sebab dia jual ikang)
Ali Teksi

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Anonymous said...

saya tambah lagi beberapa nama yang rasanya memang sinonim.... anang, tawang, endut & embong. yang lucunya kawan saya ada bagitau pernag ada professor dia semasa belajar di uk, surname embong!

shem

AWANG said...

Terima kasih kepada semua pengunjung, benar seperti dikata. Di Dungun ada nama Pok Leh Jual Ikang,dan Allahyarham Pok Awang Kubur-Tukang gunting rambu,kedai Gunting Rambut di The Mel. Ini antara yang popular.

MEGAT PANJI ALAM said...

Kalu di Terengganu...10 kampong jarakNya..bila sebut jer Cucu saper dia orang tahu selalu..(terus dapat tahu anak cucu siapa) contohNya

Rozlee..??? Rozlee mana???..Anak MakNong..Cucu Mok CIK Pak Leh Kete Lembu(Dulunya Tok KI Muat Papang kat Kampong Injin Gergaji Di Kemamang)..dah anak saper ning..Anak Zaimah Cucu Pak Omar Air Batu...`boleh lah dengar perkataang Ning..hooooh..kenal lah Mak cik Doh Tok Ki..sihat???..Tok Ki Kita Tak Doh doh mok Cih eh..InnaLillah hi Wain na Hi ro ji uun...,

Kerja Moyang kita aalah satu kerja yang spesifik..satu masa dulu.

Anonymous said...

Kalau nama orang tu "che engku" mcm mna plak....???

Anonymous said...

Saya nak maklumat yang lagi jelas pasal keturunan Tuan.