Thursday, October 7, 2010

Pasir Purnama

Hari-hari awal Aidil Fitri yang lalu, aku menziarah kerabat keluarga di Paka. Bertanya khabar dalam suasana menyambut hari raya sambil menjamu kuih-muih raya. Entah bermula dari mana timbul penceritaan tentang kawasan memancing di satu sungai di pedalaman Paka. Kerabat penulis ini memberitahu kawasan memancing yang dia pernah pergi adalah merupakan kawasan yang pernah menjadi pelabuhan pada zaman silam. Menurutnya dari cerita orang-orang lama Paka, kawasan tersebut dipanggil Pasir Purnama. Kerabat penulis mengukuhkan lagi buktinya dengan mengatakan beliau menjumpai kulit/cangkerang siput laut di kawasan berhampiran sungai tersebut.

Pasir Purnama. Nama begitu indah dan klasik. Mungkin benar kata-katanya. Mungkin ia merupakan pelabuhan yang ada pada zaman Paka menjadi wilayah Majapahit mengikut Negarakertagama. Ataupun Pasir Purnama ini wujud selepas zaman tersebut atau dalam zaman awal Kesultanan Melayu Terengganu. Mana satukah?

3 comments:

Al-Manar said...

Paka dah banyah berubah dari masa masa silam. Dulu berapa banyak feri yand mesti diambil dalam perjalanan keDungun dari KT - sepertimana Pakcik cerita dalam posting baru bru ini.

Al-Manar said...

Kalau ingin baca cerita perjalanan itu sila ke:
http://almanar-nuri.blogspot.com/2010/09/pakcik-reminisces-part-11-hari-raya-2.html

AWANG said...

Al-Manar

Terima kasih saudara Al-Manar kerana berkongsi cerita. Terima kasih kerana mengunjungi @Dungun.