Monday, July 11, 2011

Sarang di Sungai Udang

Sarang apakah ini?


Aku agak lama mencari-cari sarang ini. Sungguh payah untuk menemui sarang ini. Berlainan pada tahun 80an ke awal 90an dahulu. Agak banyak. Sekarang agak risau kalau-kalau haiwan ini telah pupus.


Pencarian aku berakhir di Kampung Sungai Udang. Hanya sarang-sarang sahaja yang dapat ditangkap gambar. Haiwan yang bersarang di tepi sungai kecil ini tidak aku ketemui. Sarang pun jadilah. Apakah nama haiwan ini disebut di Terengganu?


Haiwan tersebut namanya Udang Ketok. Bukan udang ketok laut. Ini sarang udang ketok darat. Gemar membuat sarang di tepi sungai kecil, kawasan berpaya dan alur. Udang Ketok ini berwarna putih merah, badannya panjang tirus dan mempunyai sepit kiri dan kanan seperti ketam.


Kini sungguh sukar sekali untuk mencari bagi menangkap gambar haiwan ini. Malah sarang-sarang yang ada hanya sedikit. Aku risau kalau-kalau ia pupus di Dungun ini. Haiwan yang dahulunya banyak bersarang di Jalan Lembah dan Sungai Buaya. Budak-budak sekarang kenalkah haiwan ini? Nanti kalau aku berjaya menangkap gambar haiwan ini, aku kongsikan di sini. Kalau boleh ada pihak yang mewartakan haiwan ini sebagai haiwan lindungan. Harap-harap haiwan ini ada yang diternak di Zoo. Ada ke?

11 comments:

jeragang said...

Betul lah awang wei pok jeragang pung jarang tengok doh sarang tu. masa memuda remaja dulu banyok bersepoh. acu mung cari udang ketok tu awang buleh posting orang nok tengok....

AWANG said...

Hoh, payoh lening nok cari sarang dia, pahtu kene tunggu pagi bute baru buleh tengok udang ketok ni keluo, baru buleh ambik gambo.

Anonymous said...

klau kat tempat aku ni di panggil jabot..warna merah mcm udang kara campur ketam..dulu rajin gak aku mkn..tapi skrg dah pupus kot..dulu klau nak cari bila mlm ujan dan ade kilat ngan petir kat kg kami ramai2 cari jabut ni..kite org mkn telurnye aje..bagian lain x mkn sbb nnti mabuk..aku pon lame x tgk jabot ni..rindu zaman kanak2 dulu..

Anonymous said...

lupa nak ckp..jabot ni kat kg aku di air baloi pontian johor..kat sini byk anak2 sungai..

AWANG said...

Tuan Anon,

Terima kasih kerana berkongsi cerita,kalau sudi sila kongsikan di sini nama panggilan ketam tersebut mengikut slanga johor,tak silap saya jabot tu panggilan untuk sarang tersebut mengikut slanga johor, kalau salah betulkan saya.

AWANG said...

Tuan Anon,

Terima kasih kerana berkongsi cerita,kalau sudi sila kongsikan di sini nama panggilan ketam tersebut mengikut slanga johor,tak silap saya jabot tu panggilan untuk sarang tersebut mengikut slanga johor, kalau salah betulkan saya.

Anonymous said...

name jabut tu org2 tua tmpt aku yg bg..x tahu lah klau ade name lain..mybe org2 bugis kot yg bwk name tu sbb dieorg mmg dh lame bertapak kat kg aku..

mohd nasir said...

Same lah name jabut tu kat kampung aku...kat dungun rmai ke yang berketurunan bugis??susah dah nak jumpe jabut nie...mungkin dh hampir pupus..dulu time zman kanak2 kalau air sungai naik kami plg suke cari jabut nie..bakar sepit dia best wooo...

AWANG said...

Tuan Mohd Nasir,

Rasa-rasa saya ada orang keturunan Bugis di Dungun malah di Terengganu, tetapi asimilasi dengan budaya Terengganu maka mungkin hilanglah identiti Bugis, Jawa, Sumatera Jambi, Minangkabau dan Palembang.

Di daerah saya udang ketok (atau jabut yang disebut di tempat saudara) masih ada, tapi kena masuk semak di tepi tali air, sungai kecil berbanding dahulu yang begitu banyak walaupun di tepi takungan air, dan paya kecil.

mohd nasir said...

Ya mmg btl...bugis bnyk dr jhor..suatu ketika dahulu pun negeri jhor jajahan nya smpai di terengganu..mmg susah nak jmpe jabut di kampung saya di pontian jhor..kbnyakan nya bdk2 skrg xpenah tengok atau tahu apa itu jabut..terima kasih atas di atas info yang saudara bagi..

Anonymous said...

saya asal batu pahat, masa saya kecik2 (awal 90-an) jabut ni banyak buat sarang bawah sekolah tadika, padahal sekolah saya tu jaraknya hampir 3km dari laut. saya pernah makan jabut ni, rasa macam udang jugak. mak saya cerita masa dia kecik (tahun 70-an) kalau banjir merah jalanraya sebab jabut keluar beramai2. tapi sejak orang kampung tanam sawit, air parit tercemar dan sejak tu jabut dah pupus kat kampung mak saya.