Papan tanda Masjid Kampung Sungai Udang.
Mohon diperbetulkan papan tanda Masjid Kampung Sungai Udang. Penulis merasakan poskod sepatutnya ditulis sebagai 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. Poskod 23000 sepatutnya diikuti dengan perkataan Dungun bukan Kuala Dungun kerana Kuala Dungun adalah nama tempat dan juga merupakan nama Mukim (seperti yang penulis ketahui sejak dari sekolah menengah dahulu-Mukim Kuala Dungun 1 dan Mukim Kuala Dungun 2). Jika Kuala Dungun itu mahu dimaksudkan sebagai Mukim, eloklah ditulis sebagai Masjid Kampung Sungai Udang, Mukim Kuala Dungun, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. Jikalau alamat di atas papan tanda tersebut memang telah betul, maka maafkan atas khilaf penulis. Penulis mungkin tidak tahu.
6 comments:
menakutkan sangatke komen saya?
Saudara kkure,
Saya mohon pengunjung lebih berhemah apabila mengunjung di rumah saya ini.
Terima kasih saudara kerana sudi berkunjung ke sini dan prihatin.
hoo laaa..samme kite bakpe nok nyekik2 nyee..saing mollek ar..ke guane awang?
owoh sign board sejid pong nama penuh terus. piyer au nok ato surat...wat nama masjid sungai udang pong padan doh. jimat dakwat save budget.
ambenoqreteq,
Kite saing-saing molek, teranung kiter.
em,
Wak mahal-mahal dakpe, janji wak sekali janji ada kualiti dan buleh paka 5 hingga 10 tahung, pahtu tuko baru pulok.
Post a Comment