Dok gune seképéng harang? Hah? Apakah itu? Beberapa tahun dahulu seorang kerabat aku (dua pupu aku) menerangkan perkataan
seképéng . Apakah maksud
seképéng? Baru aku tahu bahawa seképéng itu ialah nilai matawang. Aku tidak tahu bila atau pada tahun berapakah yang sebenarnya nilai duit képéng ini digunakan. Mungkin nilaian ini digunakan pada zaman Terengganu menggunakan istilah Pitih sebagai nama matawang. Dikatakan duit ini digunakan mungkin pada awal tahun 1900an dan dikeluarkan oleh negeri Kelantan. Ia dikatakan berbentuk syiling. dan berlubang ditengah-tengahnya-macam cerita Kung Fu zaman Maharaja China dulu-dulu. Orang dahulu kala mengikat duit ini dengan tali lantaran ia berlubang ditengah-tengahnya.
Apakah nilaian képéng? Lima belas képéng bersamaan dengan nilai sepuluh sen, 15 képéng = 10 sen. Duit bernilai képéng ini ada harga nilaiannya. Misterinya kenapa orang Terengganu menggunakan bidalan dok gune
seképéng , dok gune
seképéng lasung, dok gune
seképéng harang? (Tak ada guna
seképéng , tak ada guna
seképéng langsung, tak ada guna
seképéng haram) tidak dapar dipastikan. Mungkin nilai duit seképéng ini kecil hingga hampir tiada boleh digunakan membeli apa-apa tiada dapat digunakan seumpama seperti rakyat Malaysia hanya menggunakan duit satu sen untuk membayar bil air atau bil eletrik sahaja.
Soalan lain: Berapa Keneghi bersamaan dengan Seképéng? Nantikan jawapannya.
No comments:
Post a Comment