Thursday, May 24, 2012

Rumah Tele Nibong Bawah

Aku terkejut dan terpana seketika sewaktu melewati laluan kampung bondaku di Kampung Nibong Bawah menuju ke arah tege Kampung Tanjong Pagar (bukan Tanjong Pagar di Singapura tu!). Aku tidak berhenti di kawasan tepi bukit itu tapi terus ke depan sambil sempat terkejut dengan beberapa binaan yang giat dijalankan. Aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar pada hari lain.

Rumah siapakah?

Rumah-rumah ini aku difahamkan milik kenalan sepupuku-mungkin betul agakkan dan pemahaman aku. Sepupu ku yang terer dalam bab hiasan dalaman, arkitek binaan klasik Melayu Terengganu, landskap dan ukir-ukiran.Cumanya aku agak ragu-ragu. Betulkah? Aku terkejut akhirnya wujud binaan Rumah Tele di Dungun ini. Rumah Tele, yang banyak dikumpul di Kampung Mangkuk, Setiu yang dikenali sebagai Terrapuri kini pula ada di Dungun. tahniah kepada pemiliknya kerana pintar memilih tempat iaiti di tepi bukit di hadapan jalan ke Kuala Terengganu (jalan alternatif kampung) malah berhadapan pula dengan Sungai Dungun. Ketika ini aku tidak tahu berapa peratus ia telah siap dibina dan tujuan apakah pemiliknya membinanya? Mungkin homestay? Mungkin rumah rehat hujung minggu, atau jiwanya yang menyukai senibina klasik Melayu Terengganu. Khabarnya pemiliknya orang Pulau Serai? Betulkah? Siapa tahu khabarkan kepada aku.


Dalam pembinaan. Atap singgora tuh! (atap bate orang teranung kate).


Tinggi, bertiang banyak dan bentuk melekung yang mahal tuh! 


Ada 3 buah semuanya. 


Klasik!


Sekali lagi aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pemiliknya kerana membinanya di Dungun. Tak perlulah aku ke Muzium selalu atau ke Kuala Terengganu untuk melihat hasil seni binaan klasik ini. 

4 comments:

Rahman Hariri said...

Cantik. jgn lupa upload gambar progress rumah ni.

AWANG said...

Saudara Pemilik Time in a Bottle,

Bereh Boh!

The Author said...

Terpegun kejak ambe masa lalu Nibong Bawah hari tu, napok rumoh ni. Berenti kejak ambik gambo. Jarang rumoh gini kat Dungun.

Unknown said...

cantik dan unik