Sebuah catatan Cina, "Han Shu" yang ditulis oleh Bangu ada menyebut pada zaman Dinasti Han Barat menyatakan bahawa Duta Han telah diarah belayar ke Wong Zhi 1 (India) dan pelayarannya bermula daripada Pelabuhan Hup-Pu 2 di Semenanjung Luizhou 3 di Negeri Kanton, Negara Cina. Mereka belayar ke Selatan dan mengambil masa selama 5 bulan untuk sampai kesebuah Negara yang bernama Du-Yuan 4. Selepas pelayaran Duta Han ini, beberapa buah buku lain juga ada mencatatkan mengenainya dengan ejaan yang berdekatan dengan nama ini seperti Du-Kun 5 "Tong Tain" 6 (m/s 188), "Tai Peng Ye Chang" 7 (m/s 888), Kua-Du-Kun 8 "Liang Shu, Fo Nam Chuan" 9 dan Kua-Du-Kan 10 "Nam Chuan Shu. Ling Yi Chuan"11. Ahli sejarah tempatan professor Kho Yuanqiao 12 berpendapat " Kua-Du-Kun" itu adalah Kuala Dungun (Lampiran E).
Pada zaman Dinasti Song, buku "Tai Peng Ye Chang" yang ditulis oleh Lee Fang 7 ada mengatakan bahawa penduduk di Kua-Du-Kun seramai 2,000 orang yang berhijrah dari Daerah Chu Woo 13 di Negeri "Jenam" 14 (Vietnam) yang pada masa itu Negeri Jenam terletak dibawah jajahan Negara Cina. Mereka adalah petani dan berbangsa Han yang telah lari dari tempat asalnya kerana mereka tidak berpuas hati dengan Pegawai Kerajaan yang ketika itu sentiasa memaksa mereka membayar cukai yang terlalu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membayarnya. Artifak Dong So'n 15 (Lampiran F) yang dijumpai di Kampung Batu Buruk dan Jerteh adalah barangan dari Negeri Jenam (Vietnam) yang pertukangannya berasal daripada Yun Nam di Negara Cina.
Pada ketika itu, sebuah Negara bernama Gouli 16 telahpun dicatatkan berkali-kali di dalam buku "Tong Tain" 6 (m/s 188) yang ditulis oleh Toh You pada zaman Dinasti Tang. Nama Koli/Coli seperti ini telah disebut oleh seorang penulis berbangsa Yunani /Greek iaitu Pegawai Perpustakaan di Pelabuhan Besar Alexandria (Iskandariah) di Negara Egpyt lama pada zaman Empayar P'Tolemy. Dalam bukunya "Alam dan Sejarah" yang dicatatkan sekitar abad pertama sebelum Masihi penulis berkenaan telah melakar petanya sekali. Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu telah dikesani oleh pengembara Egypt (Mesir) sebagai Semenanjung Emas (Golden Chersonness). Peta tersebut menunjukkan Koli (Kemaman), Polimols (Terengganu) dan Terrha (Kuala Terengganu).
Nota : | |||
(1) | General P'Tolemy memerintah Egypt selepas Elexander The Great ( 384 - 323 SM ) meninggal dunia pada 323 SM. | ||
(2) | Semenjak 285 SM, P'Tolemy bersama-sama dengan anaknya yang menjajah Egypt seterusnya menubuhkan empayar P' Tolemy dan Ibu Kotanya dipindahkan Kepelabuhan Alexendria (Iskandariah). | ||
(3) | Maharaja P'Tolemy II telah mengembangkan perdagangan Negaranya ke Benua yang lebih luas hingga ke Asia Tenggara. | ||
(4) | Empayar P'Tolemy dirobohkan semasa Maharaja (Perempuan) Leopatria meninggal dunia pada 31 SM. | ||
(5) | Penulis berbangsa Greek (Yunani) ini bertugas di Perpustakaan Pelabuhan Alexandria mencatatkan laporan Pedagang dan Pegawainya yang balik dari Luar Negara. Dia Pernah mencatatkan perihal (Semenanjung Emas) Golden Chersonness. |
No comments:
Post a Comment