Wednesday, October 8, 2008

Pengenalan

Dari awang,

Surat untuk Pembaca,

Pengenalan Blog Daerah Dungun,

Pertama kalinya blog ini dibina atas dasar ingin memperkenalkan daerah Dungun yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Penulis akan cuba menceritakan daerah ini dari segi budaya, bahasa, sejarah dan apa sahaja yang berkaitan dengan daerah ini ataupun berkaitan dengan negeri Terengganu Darul Iman.


Sejarah Bahagian 1
(rujukan dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dungun)

"Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera, berdasarkan:

  • Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia
  • Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.

Berdasarkan senarai dalam Negarakretagama yang disediakan pada tahun 1365, Dungun telahpun wujud sebagai bandar penting pada masa itu. ("Mubin Sheppara", Jurnal Persatuan Asia Diraja Cawangan Malaya (Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society), Jilid XXII Bahagian 3)".

Berkenaan asal penduduk Dungun dari Kepulauan Indonesia, itu ada benarnya. Ini kerana moyang-moyang penulis sendiri ada yang berasal dari Kepulauan Riau, dan dari Pagar Ruyung, Minangkabau.

Di Malaysia sinonimnya orang di Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, akan tetapi di Dungun ini jika diselidiki keturunan penduduk asal di sini ada juga berasal dari Minangkabau.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Satu.

Moyang penulis berasal dari Kepulauan Riau, Pulau Karimun. Moyang yang bernama Daud telah datang ke Dungun bersama anak saudara (perempuan) dari Johor. Ayah kepada moyang Daud ini kalau tak silap penulis berkahwin dengan Kerabat Diraja Johor dan dari perkahwinan tersebut lahirlah moyang Daud. Samada jauh atau dekat kerabat tersebut tidak dapat penulis pastikan. Moyang Daud seorang guru agama. Beliau pernah tinggal di banyak tempat di kawasan daerah Dungun ini. Di antaranya di Kampung Kalang Macang (Pengkalan Macang). Kampung ini sebenarnya terletak di dalam Kampung Sungai Buaya. Kampung dalam kampung. Generasi baru mungkin tidak tahu nama atau kedudukan kampung ini. Di kampung tersebut moyang Daud telah membina sebuah surau, dan surau tersebut masih ada di situ. Anak saudara moyang Daud pernah tinggal di Kerteh. Semasa hayatnya penulis pernah berjumpa dengannya.

2 comments:

puteri kama at-tarawis said...

Assalamualaikum

Saya terjumpa blog ni semasa melawat site Pok Ku and I am linking you to my site.

- orang dungun jugok -

Bustaman said...

Tahnioh!
Arap arap rajeng nulleh sokmo pasa Ddungung.
Pokku jamang kecik dang jugok dudok Ddungung. Tok Bomoh Broya ( Tengku Jaafar)tu pong pakat tok dengan saya.