Wednesday, October 15, 2008

The Mel

The Mel. Stesen keretapi zaman perlombongan Bukit Besi. Ia juga dikenali sebagai Stesen Nibong. Orang kampung di sekitar Kampung Nibong Bawah memanggilnya The Mel. Kesan sejarahnya tiada di situ. Papan tanda juga tidak ada. Lokasi The Mel ini terletak di depan Rumah Murah Kampung Nibong. Pada tahun 80an, di situ terletaknya, kedai gunting rambut, dan deretan kedai kayu berbumbung dan berdinding zink menjual sayur-sayuran. Sekarang kawasan tersebut telah banyak berubah.

Penulis rasa yang tetap ada di situ dari dulu ialah Tadika Kemas Kampung Nibong dan pasar minggu setiap hari Ahad, tetapi sekarang tidak semeriah dahulu. Pasar minggu ini banyak menjual kuih-muih tradisi Terengganu antaranya keropok lekor (orang teranung panggil kepok gete atau kepok gonde) dan keping (orang pantai barat memanggilnya keropok kering), rojak keling dan sebagainya.


Sesiapa ada ingat cikgu tadika Kampung Nibong atau air batu campur the mel yang sedap?

6 comments:

bergen said...

Saya ingat jalan kaki dengan Cik dari Tanah Lot Jalan No 4 (kalau tak silap hari Rabu), pergi Stesen Nibong sebab beli sagu. Pakcik yang jual tu akan gergaji batang sagu ikut berapa seng kita nok. Lepas tu jalan balik bawak sagu - letih tapi kena buat pasal saya kena teman Cik (Aunt). - Stories on her 'World Without Men'.

My uncle was one of the train drivers - nama dia Cik Ku Man.

TATA said...

boleh tahu bergen ni sapa sebab duduk kat umah saya tu (kg tanah lot jalan no 4). umah saya dulu depan umah Ismail wayang gambar). mungkin kita ni pernah berjiran suatu masa dulu. se lagi my step grandpha pun pernah kerja drebar keretapi kat bukit besi dulu, nama dia Tg Ibrahim (His wife name Tengku Teh).

Macam rajin dengar je nama Cik Ku Man ni, ada kena mengena dok dengan Cik Engku Haji kat jalan no 5 tu?

TATA

bergen said...

Tata, kalau depang rumah Ismail Wayang gambar, maknanya rumah awak sebelah kedai bubung? Saya suka lalu depan rumah Ismail Wayang gambar sebab ada sorang budak perempuan comel macam bidadari kat situ. Tapi masa tu dia dah sekolah menengah, saya baru darjoh 4. Saya sekolah Llaki. Dalam kawasan tu ada rumah saudara tok saya, Ku Seman. Biasanya kalau nama Tengku, Ciku, dan Engku tu semuanya saudara tok saya.

TATA said...

Rumah saya bukan sebelah kedai. kedai china tu kat hujung jalan nok gi kedai jual kuih che wan minah. sebelah umah saya umah en Musa (orang panggil dia pok che)then sebelah umah pok che umah semail tapong (anak dia nama faridah, jamilah, johari) dok tahu pulok dalam pagar umah semail wayang gambar ada gadis macam bidadari tapi kalu umah semail tapong memang adalah, aruah jamilah tu. memang comel gilerrrr (sport Women sekolah DESS).

saya dulu skoloh ppuang then gi DESS. masa sekoloh laki dulu dang dok dengan cikgu sau hamid sagarla.

maaflah saya dok cang nama tengku seman ni tapi mungkin saya panggil lain. yang saya ingat kat umah saya tu tengku selamah bt tengku musa adik beradik nenek saya tengku dayang tengku musa (ibu mertua aruah En Hamzah bin Daud) yang duduk kat sg udang tu.

TATA

bergen said...

Tuan punya blog, tumpang lalu...

Tata: Thank you! Baru hari ni saya tahu sapa nama bidadari yang saya selalu admire tu. Dan baru hari ni confirm yang dia anak semail tapong. Dan hari ini juga saya tahu beliau telah arwah. Ya, dia memang ahli sukan sebab saya selalu tengok dia bawak kayu hockey. Dia ada lesung pipit kan?

Rumah pok che saya tak ingat, tapi rumah semail tapong memang kenal sebab rumah dia antara yang high profile masa tu on that road.

Cikgu Sau Hamid memang saya kenal, tapi dia tak mengajar saya. Saya sempat sekolah llaki kat belakang store JKR sampai darjah 4. Darjah 5 & 6 sekolah llaki padang dewang.

Awak sekoloh ppuang 1 atau 2? Masa tu cikgu besor dia cikgu khotmah. Dan ada cikgu maimon dagang dan cikgu husna, dia pindah kemamang. Dia pun comel macam bidadari. he he

TATA said...

jamilah dah aruah 20 tahun yang lalu. accident kalu tak silap. saya dulu ppuang 2 HM c.gu hendon. c.gu khotmah HM puang 1. saya ingat c.gu maimun dagang tu sebab dia baik ngan kakak saya dulu. padang dewang tu more familiar ngan nama zing merah tapi lening takdok dok zing merah tu. padang tu pun doh tar kan?

umah semail tapong memanglah very high profile masa tu sebab anak2 daranya comel2 belaka (such as faridah n jamilah). se lagi very high profile umah dr yusuf (dr gigi)wife dia nama cik ainon tu. rumah c.gu roslan macam china tu pun kat jalan no 4 jugok kan... nok turun gi ke kuala.

anything, email saya norakmal55@hotmail.com. banyak leh cerita hal dungun Khasnya

TATA