Saturday, October 25, 2008

Pagar Ruyung Di Dungun

Minangkabau? Beberapa entri sebelum ini telah ditulis tentang beberapa orang dahulu dari Pagar Ruyung, Minangkabau, Indonesia telah membuka atau datang atau tinggal di daerah Dungun ini. Masih menjadi persoalan di mana kesamaan dari segi budaya, bahasa atau adat. Negeri Sembilan dikenali negeri beradat, tetapi beberapa kawasan walaupun kecil di Terengganu ini tidak pula Awang pernah dengar menggunakan adat yang datang dari Pagar Ruyung, Minangkabau.

Adakah kajian dibuat tentang pembentukkan bahasa slanga Terengganu? Pembentukkan budaya? Atau kerja-kerja kemahiran tinggi dalam pembuatan kapal, batik, songket? Mungkin Awang yang sendiri tak tahu. Bagaimana pula dengan kuih-muih yang ada di Terengganu? Adakah asalnya sendiri dari Terengganu tetapi tidak dipengaruhi dari luar?

Kata adik Awang, keropok lekor ada dijumpai di Palembang, Sumatera, Indonesia semasa beliau pernah melawat ke sana. Lain-lain? Nasi dagang? dan segala kuih-muih? Tiada maklumat.

Entri ini terasa ingin ditulis selepas mendengar lagu Ayam Den Lapeh...terasa benar kampung asal-usul ada di sana, Pagar Ruyung.

Kata Allahyarham bapa saudara Awang, kami ini ada pertalian dengan Tok Khatib Siput di Minangkabau. Pencarian di internet tidak dijumpai. Siapa Tok Khatib Siput tidak Awang ketahui? Mungkin orang beradat di Negeri Sembilan tahu? Mungkin orang di Pagar Ruyung ada maklumat...


Luruihlah jalan Payakumbuah, Babelok jalan kayujati...Siapa yang boleh terjemah lirik lagu Ayam Den Lapeh?

1 comment:

Anonymous said...

Blog yang menarik