Friday, October 24, 2008

Wa Wa Pé Pék

Wa wa pé pék,
wa pé pék ujong galoh,
masuk keluo masuk,
hulubalang buke pitu,
cak la lok, la lok,
cak la lok, la lok...


  • Nama permainan ini tidaklah diketahui sangat oleh awang, tapi awang tahu cara bermainnya. Antara ingat-ingat jugokla.
  1. Jumlah kanak-kanak yang ingin bermain permainan ini tidak ditetapkan. Buleh blaka.
  2. Dua orang ketua kumpulan akan dilantik. Namakannya Ketua A dan Ketua B. Kedua-dua kumpulan ini akan memilih kata rahsia atau keyword masing-masing, sebagai contoh Ketua A memilih perkataan Udang dan Ketua B memilih perkataan Ketam. Kata rahsia ini tidak diberitahu kepada beberapa kanak-kanak yang lain. Ini adalah perjanjian antara kedua-dua Ketua tersebut.
  3. Selepas itu kedua-dua ketua kumpulan ini berlu berdiri mengadap masing-masing. Kedua-dua tangan setiap ketua kumpulan perlu mendepakan tangan atas membentuk pintu gerbang seakan-akan juga bentuk segitiga.
  4. Penerangan mudah ialah tangan kanan dan kiri Ketua A didepakan ke depan atas ( seperti tabik Hitler-hehehe). Ketua B juga melakukan perkara yang sama. Kemudian kedua-dua jari tangan mereka bertemu dan memegang antara satu sama lain-jari tangan kanan Ketua A memegang jari tangan kanan Ketua B. Begitu juga jari tangan sebelah kiri. Mereka akan membentuk pintu gerbang piramid atau segitiga.
  5. Beberapa kanak-kanak yang lain yang menyertai permainan ini akan melalui bawah pintu gerbang ini secara berjalan beratur bergilir-gilir secara pusingan sambil menyanyikan lagu...Wa wa pé pék, wa pé pék ujong galoh, masuk keluo masuk, hulubalang buke pitu, cak la lok, la lok, cak la lok, la lok...
  6. Bila lirik yang terakhir habis dinyanyikan, maka kedua-dua kumpulan akan menurunkan tangan mereka dan mengurung seorang kanak-kanak yang tidak sempat keluar dari pintu gerbang segitiga tersebut.
  7. Kemudian Ketua A dan B akan bergerak bersama kanak-kanak yang dikurung itu menjauhi kanak-kanak yang lain dan menyuruh kanak-kanak yang dikurung itu untuk memilih antara dua kata rahsia iaitu Udang atau Ketam. "Mung nok Udang ke Ketang" (Awak nak udang ke atau Ketam).
  8. Jika kanak-kanak tersebut memilih Udang, dia akan terpilih memasuki kumpulan Ketua A. Jika sebaliknya ia akan memasuki kumpulan Ketua B. Katakan dia memilih Ketua A, dia akan berdiri dibelakang Ketua A dan memegang pinggang Ketua A.
  9. Kemudian proses nombor 4 hingga 8 akan berulang sehingga tiada lagi kanak-kanak yang tinggal.
  10. Selepas itu, Ketua A dan B akan mengarahkan ahli-ahli / kanak-kanak yang berada dalam kumpulan masing-masing supaya memegang pinggang di depan setiap daripada mereka dengan kuat .(Info-Setiap kumpulan mungkin akan memiliki ahli yang kurang kerana proses pemilihan kata rahsia tadi).
  11. Selepas setiap ahli-ahli kumpulan memegang pinggang masing-masing, Ketua A dan B pula akan menarik tangan tangan masing-masing seperti bermain tarik tali. Kumpulan yang jatuh atau berpecah dikira kalah.

Awang-mintok maaf kalau cara main ni saloh, awang ingat-ingat, doh lame dok tengok budok maing wa wa pe pek ni, yelahhh...skang ramai suka sangat ngadap playstation, petang-petang bukang turung tanoh jupe kawang-kawang maing bende gini. Mintok dok lupuk dek zamang doh la...

1 comment:

TATA said...

keturunan long ghafar tidak boleh makang ikang kkaccang. dan saya salah seorang daripadanya. apakah awang juga tergulong dalam keturunang tersebut. pertubuhan kerabat long ghaffar telah ditubuhkan dikelantan (peringat). cerita yang ditulis oleh awang dalam blog@dungun ada persamaan dengan jalan cerita yang telah draft oleh Tg YDP Kerabat Long Ghaffar sekarang. Draft tersebut ada dalam simpanan saya.