Thursday, October 23, 2008

NG dan Kata Ganda Berirama

Bahasa Tranung (Terengganu). Bagaimana ia terbentuk? Di mana slanga ini bermula. Kenapa hanya tanah Terengganu sahaja (kecuali Besut yang mempunyai slanga menyerupai slanga Kelantan) yang menggunakan slang G ini. Memikirkan di mana slanga ini bermula dan bagaimana ia terbentuk tidak akan ada kesudahan.

Adik penulis pernah melawat Sulawesi, Indonesia mengatakan penduduk di sana kalau rambutan disebut rambutanG, kalau ikan disebut ikanG, tetapi tak pasti adakah semua perkataan yang berakhir dengan huruf N akan ditambah dengan huruf G.

Slanga Terengganu hendak dikatakan senang mungkin jugak susah. Formulanya setiap perkataan yang berakhir dengan huruf N akan ditambah dengan huruf G, seperti ikan menjadi ikang. Setiap perkataan yang huruf berakhir dengan huruf M akan ditukar menjadi huruf NG. Contohnya ayam menjadi ayang, malam menjadi malang.

Jika orang teranung menyebut ayam menjadi ayang, jangan diingat orang tu sayang ayam tu. Jika waktu malam disebut waktu malang jangan diingat waktu tu adalah malang tetapi malam. Kadang perlu ditanya kepadanya waktu tu nak kata malam ke atau bersifat malang? Hah, pening kepalakan....

Perkataan-perkataan teranung ni amat unik. Bukan setakat penambahan G atau penukaran M ke NG sahaja. Ada banyak jenis perkataan yang menunjukkan sifat, menunjukkan kata penekanan tentang sesuatu benda atau juga kata ganda berirama dan ada yang mengelirukan untuk difahami oleh orang-orang bukan tranung.

Antara perkataan menunjukkan sifat, penekanan dan juga berirama bunyinya ialah warna merah. Jika merah itu terlalu merah warnanya, akan disebut MEROH MERANG. Antara yang lain ialah :

Putih Lepuk atau Selepuk ( Sila SELECT menggunakan cursor anda sebelum tanda kurungan di sebelah kiri ) Putih lepuk ini bermaksud putih sangat atau putih melepak.
Kuning Siow ( susoh nok eja ni-kena disebut baru paham ) = Kuning Sangat.
Itang Legik = Hitam Sangat.
Ija nnaung = Hijau Sangat.


Awang - EDEN orang Kelantan. Bukan awang tapi kawan, orang Negeri Sembilan suka melawak apabila memperkenalkan diri. Bak kata Zizan...EDEN TORAI.

3 comments:

bergen said...

Another interesting aspect of Trengganuspeak is the sakdu. Ini sangat praktikal kalau nak explain something in a hurry. 'Saya hendak pergi jalan-jalan makan angin' jadi 'No gi jjalang'

Saya nak ke kedai membeli belah jadi 'nok gi bbeli' atau 'nok gi kkeda'

Does this mean orang Trengganu sangat cakneng dengan penjagaan masa? Hmmm, hok ni susoh nak jawab sebab banyok yang buang masa dudok ccokkoh atas basal maing dang papang. he he

Kama At-Tarawis said...

Saya kadang2 konfius abih. dumoh, tok puang dengang tok jatang cakak klatang; ayoh tiri cakak perok; mok sleng capor-capor. di skoloh cakak tghanu.pening sokmo.

bab sakdu ni I agree. tanpa sakdu bicara dialek tghanu tak asli. baru-baru ni sorang kawan mentioned.. petang2 di tmn tun ni jo'ong.. took me a while to recall jo'ong tu apa..hehehe

Zaki said...

Kalu hok ni lagu mane pulok..
"Ikang makang kkucing"... sape makang sape? ... anyone from outside Ganu wanna try to answer?