Jo'ong dan Jangok.
Cuaca mendung. Musim tengkujuh begini, jika tidak hujan, hari gelap mendung sepanjang hari dipanggil jo'ong. Hari jo'ong, seronok. Lepak di luar rumah, di lambo ( serambi rumah ) ataupun atas geghe ( gazebo atau wakah tak berbumbung ), makan jepuk ( cekodok ) cicah sos lada, hirup teh o panas suam. Takpun makan khepok lekor atau ubi kayu rebus, hirup kopi o panas.
Musim tengkujuh dan hari jo'ong ini hanya pakai jangok sangat, jika hujan, tanah becak, habis pakaian kotor. Jangok, bermaksud berpakaian cantik-cantik atau lawa. "Kalu nok gi makang ggula, paka la jangok skit..." ( Kalau nak pergi ke kenduri kahwin, pakailah lawa sikit). Orang-orang perempuan-kaum ibu, berpayung di tengahari dengan memimpin anak-anak kecil, semua berpakaian jangok. Berkumpulan, berjalan ramai-ramai menuju ke tempat kenduri kahwin. Maka satu kampung ternampaklah mereka semua.
"Nok kuane tuh... rama-rama...", tanya seorang mak cik yang duduk atas lambo rumah.
( Nak ke mana tuh... ramai-ramai...).
"Nok gi makang ggula...", jawab salah seorang wakil kaum ibu.
(Nak ke tempat kenduri kahwin...).
Balik kekgi bulehlah makang telur rebus, hadiah datang makang ggula...

1 comment:
awang, anak2 kak tata perkataang tranun hok dia orang tahu "jo'ong" dan "mende gok mung". Hok laing bila kita ccakap dia orang ppenggong, dok tahu nok jawab mende
Post a Comment