Thursday, November 13, 2008

Kedai menjadi kkeda

Kedai menjadi kkeda.
(Perhatikan huruf i di hujung perkataan tidak disebut. Antara perkataan yang ditutur oleh penutur slanga Terengganu ialah huruf i di hujung perkataan tidak disebut atau dibunyikan).

Jalan Nibong. Beberapa kkeda Cina di sini yang menjual barang runcit. Antaranya ialah kkeda Mék A Mo ( Mék Ah Mo) dan kkeda A Wang ( Ah Wang ). Ada juga kedai jahit tepi. Nama kedai tersebut ialah kkeda A Tong ( Ah Tong ). Jika membeli barang di kedai Cina di Terengganu, elakkan bercakap slanga Cina berbahasa Melayu. Gunakan slanga Terengganu. Mereka fasih untuk bercakap dan memahami slanga Terengganu. Jika tak tahu menutur slanga Terengganu, gunakan sahaja Bahasa Melayu.

Nok bbeli...perkataan yang popular di Terengganu. Jika masuk ke dalam kedai, tak nampak tuan punya kedai atau jurujual, sila jerit atau sebut "nok beli...", selepas itu keluarlah tuan punya kedai entah dari mana bertanya pembeli, "mung nok beli mende awang weiii...". Setelah barang dibeli dan duit diserah, penjual akan menyebut "jjuaaa..." ( jual ), pembeli pula akan menyebut ,"bbeliii..." .

Nok bbeli...jangan buat dalam pusat membeli-belah, nanti semua orang pandang!

2 comments:

Anonymous said...

Hahaha....Tahniah!! Blog yang menarik. nanti saya akan war-warkan dalam portal myDungun.net

TATA said...

awang, jalan ustaz omar dderet keda runcit mula dari jalang besar nok g tang tranun sapa lah ke hujung jalang nibong antara sekolah arab ngan keng askor. ada macang2 nama keda, tapi hok saya ingat kedai mok ku ngan keda che'nah je.