Gi Nnadoh, Gi Ddengo, Gi Ngaji.
Gi nnadoh - nnadoh kitak. Gi ddengo - ddengo ceramoh. Kedua-dua kata kerja ini adalah menggambarkan budaya orang di Terengganu terutama pada pagi Jumaat. Gi nnadoh kitak, bermaksud pergi menadah kitab. Belajar tentang agama Islam dengan membawa kitab Agama Islam ( belajar soal Fikah, Fardhu Ain, dan yang berkaitan dengan Agama Islam ) di surau-surau atau masjid-masjid di dalam kampung yang tenaga pengajarnya terdiri daripada Ustaz atau Imam.
Begitu juga dengan gi ddengo. Pergi mendengar ceramah agama Islam yang bermaksud juga pergi belajar tentang agama Islam yang penceramahnya juga terdiri daripada Ustaz dan Imam. Pagi Jumaat yang mulia dipenuhi dengan aktiviti belajar agama Islam di surau atau di masjid di kampung-kampung di Terengganu.
Soal belajar agama sememangnya bermula dari kecil hingga besar. Kaum wanita-kaum ibu, orang tua-tua, samada lelaki dan perempuan kebanyakkannya akan pergi nnadoh kitak atau ddengo ceramoh. Kanak-kanak dan remaja pula akan pergi mengikuti kelas fardhu-ain, mengikut tahap daripada pembelajaran asas dan diasingkan mengikut kelas tertentu.
Réhal-diperbuat daripada kayu yang apabila dibuka akan menjadi seperti satu meja kecil berbentuk huruf X, sebagai tempat meletakkan Kitab Al-Quran.
Gi ngaji - Mengaji Al-Quran. Tok-tok guru mengaji ini membuat kelas mengajar mengaji Al-Quran. Biasanya kelas ini dijalankan sama ada di dalam rumah Tok Guru Mengaji atau di atas lambo ( serambi rumah ) Tok Guru Mengaji tersebut. Kelas mengaji Al-Quran kebiasaannya bermula pada waktu petang ( antara jam 2.00 petang hingga 4.00 petang ) selepas waktu sekolah sesi pagi selesai. Hadiah sekilogram gula untuk diberi kepada Tok Guru Mengaji adalah sebagai tanda terima kasih atau sedekah kepada Tok Guru Mengaji.

Kalau hari biasa, selepas pulang sekolah, pada waktu tengahari akan ada ibu yang ttepik ( bertempik ) ke arah anak-anaknya..."Gi ngaji nung...bawok réha..., nih bawok gule bberi ke Tok Guru Ngaji tuh..." ( Pergi mengaji...bawa réhal...bawa gula beri kepada Tok Guru Mengaji... )
Réhal-diperbuat daripada kayu yang apabila dibuka akan menjadi seperti satu meja kecil berbentuk huruf X, sebagai tempat meletakkan Kitab Al-Quran.
Gi ngaji - Mengaji Al-Quran. Tok-tok guru mengaji ini membuat kelas mengajar mengaji Al-Quran. Biasanya kelas ini dijalankan sama ada di dalam rumah Tok Guru Mengaji atau di atas lambo ( serambi rumah ) Tok Guru Mengaji tersebut. Kelas mengaji Al-Quran kebiasaannya bermula pada waktu petang ( antara jam 2.00 petang hingga 4.00 petang ) selepas waktu sekolah sesi pagi selesai. Hadiah sekilogram gula untuk diberi kepada Tok Guru Mengaji adalah sebagai tanda terima kasih atau sedekah kepada Tok Guru Mengaji.
Penoh dok tengok budok-budok gi ngaji bawok nnunjuk duri landok?
( Pernah tak tengok budak-budak pergi mengaji Al-Quran membawa penunjuk duri landak? )

1 comment:
Lening musim cuti sekoloh.. mesti banyok kenduri kendara.. dok gitu.. acu awang try tanye org tue2 dengan loghat Ggi madoh . Kalu dok silap maknenye gi ngator kad jemputan kahwin. se lagi.. nok cadang kat awang.. tolong masukkan satu ruangan untuk kuih muih, lauk pauk hok beh2 kat teranu.. bereh.. tq awang.. semoga berjaya wujudkan satu blog yang sedikit sebanyok boleh buat rujukan buat generasi akan dtg.
Post a Comment