Tuesday, November 18, 2008

Musim Tengkujuh

Musim Tengkujuh.

Maka timbullah beberapa perkataan yang sering disebut apabila datangnya dengan musim tengkujuh. Antaranya ialah musing boh ( musim bah/banjir). Kalau hujan lebat, longkang-longkang tersumbat, air hulu turun, sungai melimpah, maka bohla di kampung-kampung di Terengganu.

Déné. Ada dua maksud. Kalau kait dengan musim tengkujuh, déné ini bermaksud basah. Basah dek kerana terkena air hujan ataupun terkena lecoh. Apabila hujan turun, kemudian berhenti, tanah-tanah akan bertakung air menjadi déné atau lecoh. Kalau berjalan kaki atas tanah yang becak ini, pastikan berhati-hati. Jangan terpijak, nanti kotor pakaian.

Tanah-tanah becak ini, akan diletakkan kayu/papan atau batu sebagai tempat berpijak. Maka apabila orang kampung keluar berjalan kaki berselipar ( cap Tat Seng ) selepas hujan, kayu/papan atau batu inilah tempat berpijak dengan aksi bagai melompat dan menjungkitkan kaki untuk mengelak daripada terkena tanah yang lecoh.

Maksud déné yang lain ialah manja. Kalau anak kecil, jika dimarah sikit, terus menangis - itulah dipanggil déné - Slanga Terengganu : Perangai .

Musing hujang ( musim hujan ) terutama selepas banjir ini, bermaksud budak-budak kampung pergi menangkap ikang sekila ( ikan sekilau/ikan laga) dan ikan karing ( lebih kurang spesis ikan laga ). Ada juga yang pergi menangkap ikan puyu, ikang sepak ( sepat ), dan ikang rruang ( haruan ). Bukan kira bahaya atau tidak, main redah pergi menangkap ikan- babé sunggoh! - Slanga Terengganu : Perangai .

3 comments:

TATA said...

musing boh, dene, ikang skila, babe sunggoh. ha ha ha that word dok pernah luput dalam ingatang. kalu musing boh ni masa kecik2 dulu gi hungga sokmo ke sungai buaya sebab nok ngarung air. Ingat dok "kkallang macang", hujang2 gini "balak hanyut" banyak

Kama At-Tarawis said...

hahahaha... kak puteri tergelak kat perkataan babe tu..

AWANG said...

Kak Tata, Sungai Buaya tu banjir sokmo...longkang beso tu air melimpoh sokmo...

Mokcik Kama, duk tempat orang ni jarang-jarang jugok pakai bahasa teranung ni...