Thursday, December 11, 2008

Memori Bukit Besi


Novel Remaja yang bertajuk Memori Bukit Besi hasil karya Awang Abdullah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993. Beliau adalah seorang pendidik di daerah Dungun. Dulu Awang tahu yang penulis novel ini-Awang Abdullah adalah seorang cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah Dungun.

Novel remaja ini adalah sebuah kisah yang berlatarbelakangkan fakta sejarah zaman perlombongan Bukit Besi di daerah Dungun. Sebuah kisah yang didedikasikan kepada semua bekas pekerja lombong Bukit Besi.

Sebuah novel yang menarik untuk dibaca, menjadikan kita seolah-olah berada pada zaman Bukit Besi tersebut. Banyak gambar-gambar yang dilampirkan di dalam novel ini sebagai bukti sejarah dan tanda kenangan.


Sura jeti, Bijih, Sura Gate, Kampung Alur Jejawi, The Mel Nibong Stesen, Bukit Tebuk, Kampung Che Lijah, Kampung Binjai, Kampung Serdang, Kampung Kumpal, Kampung Keliu, Kampung Padang Pulut, Kampung Pinang dan Bukit Besi - itulah laluan jalan rel keretapi.

7 comments:

Ramli AR said...

17 Zulhijjah 1429
Salam

Di antara individu yang banyak menyimpan maklumat tentang Bukit Besi adalah Hj Abdul Wahab Yunus.

Ramli AR

AWANG said...

Salam Saudara Ramli AR, Kalau tak silap saya Haji Abdul Wahab Yunus tu Ustaz Haji Abdul Wahab Yunus ke, yang tinggal di Kampung Molek dekat dengan Surau Kubur?

kak moon said...

alhamdulillah, buku pertama pemberian ayahanda masih elok tersimpan dalam jagaan..
sekarang dah berumur 17 tahun..
buku yang banyak mengajar erti hidup

shafie cikgu man said...

Terima kasih kerana banyak menyiarkan gambar kenangan indah memori di Bkt. Besi. Beberapa hari yang lalu, saya kehilangan ayahnada tersayang, Cikgu Man Bukit Besi atau Cikgu Man Kepala Keretapi (station Master). Jadi untuk mengimbau kenangan bersama beliau, saya banyak melayari lamanweb dan blog yang berkaitan dgn bukit besi. Walaupun keluarga telah lama menetap di p.rusa, saya masih menganggap bkt besi dan dungun adalah kampung saya. Tambahan pula saya dilahirkan di Kg.Sg.Buaya

AWANG said...

Kak Moon
Betul, buku tersebut kalau difilemkan dan berdialek Terengganu amat menarik - adaptasi novel ke Filem, dan teraju utamanya Eman Manan - ok?

Tuan Shafie
Allahyarham datuk saya juga pekerja EMMCO, sebagai pemandu keretapi.

shar said...

dah lama cari buku ni

AWANG said...

Shar,

Sudah dapat Novel Memori Bukit Besi? Kalau tidak, mungkin kedai-kedai buku cawangan DBP dapat dicari. Itupun agakkan saya.