Sunday, December 21, 2008

Pasar Minggu

Pasar Minggu.

Di Dungun ini jatuh hari apa pun akan dipanggil Pasar Minggu. Tidak seperti di Pantai Barat dipanggil Pasar Malam. Di Dungun ini kalau hari Isnin dipanggil Pasar Minggu. Jatuh hari Jumaat pun macam tu. Jatuh hari Ahad pun macam tu ( di Terengganu hari minggu adalah hari Jumaat) .

Antara Awang ingat hari-hari Pasar Minggu di Dungun :

Jumaat : Pasar Minggu Kampung Seberang Pintasan

Sabtu : Pasar Malam Kampung Sungai Buaya

Ahad : Pasar Minggu The Mel

Isnin : Pasar Minggu Kampung Batu 49

Khamis : Pasar Minggu Sura Gate


Hari Jumaat. Pasar Minggu Kampung Seberang Pintasan terletak di jalan utama kampung tersebut. Selari di kiri kanan jalan tersebut. Banyak makanan tradisional dijual. Minuman sejuk, air kelapa - coconut shake. Makanan bergoreng - ayam celup tepung, sosej dan juga segala bebola dari ikan hingga ketam.

Hari Sabtu ialah Pasar Minggu di Kampung Sungai Buaya. Terletak di dalam kawasan pagar Balai Raya kampung tersebut yang bersempadan dengan Kampung Sungai Udang. Di sini juga banyak menjual dan menyajikan makanan dan minuman. Barang dapur seperti bawang juga ada dijual. Sekarang Awang tidak tahu sama ada Pasar Minggu tersebut masih ada lagi atau pun tidak?

Hari Ahad adalah Pasar Minggu di The Mel yang berhadapan dengan kawasan Rumah Murah Nibong. Ia merupakan kawasan lapang yang menjadi tempat Pasar Malam pada hari Ahad dan kosong pada hari-hari biasa, cuma di situ terletak beberapa deretan kedai, Tabika Kemas Nibong.

Hari Isnin Pasar Minggu di Kampung Batu 49 ada Pasar Minggu yang kecil, sama seperti di The Mel. Ia terletak berhampiran di Jalan Utama dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu.

Hari Khamis merupakan hari riuh-rendah di Sura Gate. Merupakan hari semua warga Dungun berduyun-duyun turun ke Sura Gate untuk ke Pasar Minggu. Dikatakan Pasar Minggu ini pernah menjadi yang terbesar di Terengganu. Ia terletak berdekatan dengan Perputakaan Daerah Dungun. Dahulu kawasan menjual pakaian terletak di atas tanah lapang tetapi sekarang ini telah dibina kawasan deretan kedai. Kawasan menjual pakaian terlatak selari kiri dan kanan Jalan Merbuk.

Kawasan menjual makanan memang terasing sejak dari dahulu lagi. Ia merupakan kawasan lapang yang memang dikhaskan untuk menjual makanan. Satu deretan panjang tempat menjual makanan yang berbentuk huruf U, berlantai simen dan mempunyai pangkin atau seperti serambi tempat meletakkan makanan diperbuat daripada kayu.

Di Pasar Minggu ini ada sajian jualan makanan, barang pasar seperti sayuran, bawang, pakaian - t-shirt bundle RM 10 = dua atau tiga helai. Ada juga pakaian yang baru, tudung, seluar, baju, barangan keperluan rumah, dan mainan.

Penuh sesak malam tersebut. Jika dulu budak-budak student ITM ( UiTM Sura Hujung ), pelajar asrama Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, dan Sekolah Menengah Sains Dungun, memenuhi Pasar Minggu ini. Mungkin sekarang pengunjung sudah bertambah dengan kewujudan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan juga Sekolah Menengah Teknik Dungun.

Di Pasar Minggu ini amat mudah untuk anda mendapati Sata, Sarok Lada, Keropok Lekor Rebus/Goreng dan Keropok Keping. Pais, Nasi Minyak, dan Nasi Dagang - semua ada.

Dulu dengan member-member kampung berjalan kaki dari rumah ke Pasar Minggu, roung-roung ( round ) sehingga hujung jalan Pasar Minggu, dan cuit tiang kat situ sebagai tanda sudah sampai hujung jalan Pasar Minggu. Kemudian patah semula roung-roung tempat jual makanan.

7 comments:

TATA said...

Pasar minggu de gate, memang nostalgia giller masak kecik2 dulu. ingat lagi tata akan kumpul duit belanja sekolah harian untuk gi bbeli barang yang berkenan di pasar minggu.

awang, UiTM sura hujung tu kira baru lagi, dulu budok2 ITM dungun hok kat teluk lipat tu yang ramai. masa tu pernah terserempak ngan mior hashim manap dan azwan ali gi bbeli makanang kat pasar minggu. budak2 asrama SMTIZ dan puak2 asrama SM sultan omar pung ada (apa khabar ASO 77-81). awang mesti dok tahu yang smso ada asrama tahun 70an dulu.

tata masih ingat lagi beberapa nama yang jjual kat situ such as moksu yang jual nasi dagang dan laksang. tuan zainab hok jual kuih dan kak ma hok jual air tauhu tu.

musing raya kalau tata balik ddungun, masih lagi pergi ke pasar minggu tu sebab nok cari kuih tranun such as akok, nekbat, sata, paih etc. lepas tu mussing2 tempat orang jual kain baju dan brooch.

best weh......

Pasar minggu the mel pung rajing jugok gi tapi makanan yang dijual dok banyok. situ ada jual rojak kateh dan jugok kuih tart nangka.

Anonymous said...

tak brp suka g pasar minggu dungun sbb sesak sgt. ms muda2 dlu suka la g. g beli vcd cetak rompak. beli ayam goreng, air soya.

la ni suka g pasar minggu hari senin dkat wai trading. bila jam dkt pkl 9 mlm parking dah byk free.

tp kalau bulan puasa mmg pasar minggu tempat utama beli lauk2 berbuka

Unknown said...

Bila cerita pasal Dungun teringat aku masa study kat ITM Dungun 1991-1994. Banyak kenangan terutamanya pasal Pasar Minggu Sura Gate... Bila hari Khamis aje pergi Pasar Minggu tu dari Sura Hujung naik kereta sapu atau Bas Sekolah (tapi yang naik bebudak ITM bukan bebudak sekolah). Kadangkadang jogging dari Sura Hujung lepas tu terus ke Pasar Minggu.

samesol said...

Tapok pasor minggu sure gate tu dulu bekaah tapok rel keretapi Bukit Besi Sura hujunng. Rumah muroh hok ada tu semua buat atah tapok rel keretapi.

Restoreng kartini dgn pasaraya salwa ade ke dok lagi

Anonymous said...

salam...nak mintak copy pasal psr mggu sura gate tu...nak buat keje kursus geo ting 3....hehe..

AWANG said...

Anonymous Tingkatan 3,

Boleh sahaja, kreditkan sahaja nama blog ini, ambil ia sebagai maklumat.

Kalau boleh perkenalkan diri anda.

Anonymous said...

ok...thx...
sye bdax sek smasid...:)