Ggocoh, Jjereba.
( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )
Permainan masih bersambung. Padang bola astaka riuh rendah. Sebahagian penduduk Dungun menyokong pasukan Arsenal dan sebahagian menyokong pasukan daerah Dungun. Pasukan yang dibina dan dipilih dari serata pasukan kampung di dalam daerah Dungun. Mungkin perlawanan ini mengimbau perlawanan bola sepak antara staff orang putih Bukit Besi dengan penduduk kampung ( agak-agaknya ). Perlawanan ini juga mungkin mengimbau kenangan Michael Schumacher yang pernah menginap sekejap di Hotel Tanjong Jara ( berehat sementara menunggu perlumbaan kereta F1 di Sepang ) dan bermain bola sepak dengan penduduk Kampung Seberang Pintasan.
Permainan bola di padang astaka ini agak berbahaya kerana tiada pagar. Terlebih sepak, bola akan terkeluar ke jalan raya. Mungkin terkena bangunan stesen bas baru, terkena kedai Ayoh Ku Warga Niaga. Paling jauh kalau bola disepak kuat akan mungkin sampai Pasar Besar Dungun-mungkin habis ikan-g tercampak jatuh dari meja jualan.
Berbalik kepada permainan bola sepak tadi. Agak melalut sekejap komentator bola sepak sebentar tadi. Aksi permainan makin sengit. Bola digelecek oleh Eduardo setelah menerima hantaran sepakan percuma susulan kekasaran yang berlaku ke atas Sagna. Eduardo berjaya melepasi dua pemain pertahanan lawan ( kedua-dua pemain pertahanan ini diwakili dari Kampung Sungai Buaya dan Kampung Seberang Pintasan-yang mana dan yang peliknya kalau dua-dua kampung ini bertemu dalam satu perlawanan bola sepak,perlawanan ini akan diakhiri dengan ggocoh, akan tetapi demi pasukan daerah, kedua-dua pemain ini melupakan persengketaan lama ).
Eduardo berada dalam kotak penalti dan posisi yang baik untuk menjaringkan gol. Eduardo cuba melakukan sepakan deras rendah ke arah kanan pintu gol namun nampaknya goli dari Kampung Padang Jambu berjaya jjereba dan menangkap bola tersebut.
"Hoh! Terer goli kapong ni, ajok main-g bola ngan-g Arsenal molek ni...", kedengaran suara Arséne Wenger bercakap dengan pembantunya, Pat Rice. Pat Rice hanya tersenyum buat-buat tanda paham, sebab dia dok paham-ng setarang baroh percakapan Arséne Wenger yang bercakap loghat Terengganu dalam slang Perancis itu.
Glosari
Ggocoh
Bergaduh
Goli
Penjaga gol ; Goalie
Jjereba
Gaya melompat untuk menangkap sesuatu
Dok paham-ng setarang baroh
Tak faham langsung

1 comment:
link jom bro
Post a Comment