Friday, February 6, 2009

Ghepé, Réngbak

( Sila bayangkan mereka bermain bola dengan menutup aurat-memakai seluar panjang )


Perlawanan telah tamat. Pasukan dari daerah Dungun berjaya mengikat kedudukan seri 0-0. Mungkin pasukan Arsenal tidak menggunakan kekuatan yang sebenar dalam perlawanan persahabatan jelajah Terengganu. Kita ikuti temuramah wartawan tempatan dengan Arsene Wenger.

Wartawan : Apakah pendapat anda tentang perlawanan sengit yang berlangsung tadi?

Arsene : Aku rasa hebak. Walaupung takdi hanye perlawanan-g persahabatan-g jelajoh Teranung. Ia memberikan-g aku idea nok tengok kat-k mane belubang, dan-g kat-k mane kene ghepé.

Wartawan : Maksud pasukan anda masih perlukan pembaikian dalaman dalam soal formasi dan teknik permainan bola sepak?

Arsene : Memang doh!

Wartawan : Apakah pendapat anda dengan gaya permainan bola sepak tempatan, disebabkan pasukan anda hanya melawan pasukan daerah dalam sebuah negara yang hanya kecil di benua Asia.

Arsene : Hoh! Dok seke pulok. Terlalu hebak. Rase Dok caye pasukan-g kami ni dokleh réngbak ke dalam-ng gol, goli kapong ni panda jjereba, panda takak bola.

Wartawan : Pasukan anda menggunakan pemain yang hebat-hebat, Sebelas Utama (First Eleven), tetapi masih tidak berjaya untuk menjaringkan gol, adakah pasukan anda hanya bermain di bawah tahap sebenar kerana menganggap ini hanya perlawanan persahabatan dan bertemu dengan hanya pasukan kerdil?

Arsene : Dok jugok, jangan-g kate gitu. Mung pung sendiri tengok semuanya First Eleven. Bukan-g calang-calang. Aku suruh doh main-g molek-molek sebab-k kite nok tengok kat-k mane kene diperbetulkan-g.

Wartawan : Adakah anda berminat untuk menawarkan pemain-pemain pasukan dalam daerah ini untuk diserapkan dalam pasukan anda?

Arsene : Memang doh! Aku duk perati tadi striker, pemain-g back dan-g goli. Aku ingak nok tanya. Mung tahu nama-nama dia dok?

Wartawan : Saya rasa anda boleh berjumpa sendiri dengan pengurus pasukan tersebut. Soalan terakhir, apa pendapat anda tentang daerah Dungun ini?

Arsene : Lawo. Banyok pokok nyo, kambing jalan-g ngate rawe, kat England mane ade. Dok capor lembu kuba lagi, tapi pata lawo, memang lawo. Makanan-g pun sedak-sedak. Banyok hok ada rase ikan-g. Aku rase pemain-g bola sini kuak-kuak sebab makang ikan-g banyok ni. Lagi satu, aku pelik bakpe takdok Stadium Bola sini? Main-g kat-k padang terbuke gini je. Patut-k ade se. Ni pung kami ikut doh main-g bola sini kena pakai seluo panjang, kene tutup aurat. Jadi baguh doh gitu, jadi wak la se stadium besor, budok-budok sini pung panda main-g bola. Mung kabo la ke wakil rakyat tuh, se lagi aku nok tanya mung, bakpe mung dok tanya aku dalam bahase Teranung?

Wartawan : Encik. Maaf saya orang KL, faham sikit-sikit.

Arsene : Laaaaaaaaaaaa... doh mung paham-g dok aku cakap-k dari takdi nih.

Wartawan : Errr...faham sikit-sikit, saya dah rakam temuramah ini, dan selepas ini saya akan tanya kawan saya untuk terjemahkan.

Arsene : Ho... gitu pulok. Blajolah, aku orang luar negara pung buleh cakap, dok kang mung dok leh. Doh-doh ah, aku nok gi makan-g ni, ikang dan sotong celuk tepung kat Taman-g Selera Teluk Lipat. Mung nok ikuk maghilah, aku belanja.

Wartawan : Beres...........

Arsene : Hoh! Bab makan-g laju je...


Glosari

Takdi
Tadi

Ghepé
Baiki ; Repair

Dok seke
Tak sangka

Dok caye
Tak percaya

Réngbak
Rembat atau merembat bola

Hebak
Hebat

Panda
Pandai

Takak
Tangkap

Pemain back
Pemain pertahanan ; defend

Lawo
Lawa

Ngate rawe
Merata-rata / berkeliaran

Dok capor
Tak campur

Kuba
Kerbau

Pata
Pantai

Sedak
Sedap

Bakpe
Kenapa

Takdok
Tiada

Se
Satu

Seluo
Seluar

Wak
Buat

Kabo
Khabar / Beritahu

Maghi
Mari

No comments: