Friday, April 3, 2009

Abang untuk Kakak

Abang untuk Kakak

Uniknya di Terengganu, beberapa generasi lama masih menggunakan gelaran abang untuk panggilan seorang kakak, sebagai contoh :

Dalam satu adik beradik ada seorang kakak yang bernama Asiah. Orang Terengganu akan memanggil nama ini dengan panggilan YAH ( kata pendek dari perkataan IAH). Maka perkataan ABANG digabungkan dengan YAH menjadi BANGYAH. Apabila disebut ia menjadi BAYAH. Huruf NG tidak dibunyikan dan kita tidak mendengar huruf tersebut disebut.

Ini salah satu contoh budaya yang unik di Terengganu dan panggilan ini bukan sahaja akan digunapakai dalam hubungan adik beradik dalam satu keluarga yang kecil, tetapi juga sepupu-sepupu atau ahli keluarga besar yang lain akan juga memanggil seorang Kakak yang tua dalam keluarga dengan panggilan gabungan perkataan Abang dengan nama panggilan pendek dalam keluarga seperti contoh di atas.

Dalam pencarian di internet, budaya panggilan Abang untuk Kakak datangnya dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia, jika benar, mungkin kaitan asal orang Terengganu dari sana membawa budaya dan masih mengekalkannya dan membentuk identiti orang Terengganu.

Cuma sekarang, generasi baru tidak lagi menggunakan panggilan Abang untuk Kakak.

1 comment:

TATA said...

selain dari perkataan abang untuk kakak, bahasa unik tranun yang lain ialah mek dan awang. dikalangan keluarga TATA, anak sulung laki selalunya dipanggil awang dan anak sulung perempuan dipanggil semek atau mek. kadang2 ibu dan bapak sedara pun dipanggil dengan panggilan abang seperti ibu TATA kaum keluarga nya panggil ABANAH (Abang Nah).