Monday, April 27, 2009

Ada apa dalam Bekah Kalang? ( Siri ii )

Roba.

Roba. Pakai pensil kuning belang hitam. Nak kena asah bila tumpul. Roba. Bila salah tulis, salah eja kena roba. Jangan kuat-kuat. Nanti koyak kertas. Roba.

Roba. Dibuat daripada getah agaknya. Dalam bahasa Inggeris getah dipanggil rubber. Agaknya apabila diistilahkan dalam slanga Terengganu menjadi Roba iaitu pemadam.

Roba yang mashyur adalah cap Staedtler, dan cap Faber-Castell. Ini biasanya golongan pelajar menengah yang pakai. Kalau murid sekolah rendah beli yang harga 10 sen sahaja. Harga 20 sen pun ada. Ada yang menjadikan menyimpan roba sebagai hobi. Pelbagai gambar bendera, dan macam-macam lagi.

Roba. Sekarang bila dah besar pakai pen. Jarang pakai roba. Salah tulis pakai liquid paper.


KBSR-Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Budak-budak dulu panggil Kalau Boleh Sepuluh Ringgit.

2 comments:

roshaizul said...

kalau aku dulu roba tu dipanggil raba. bukan meraba ye....huhuhuhu

dan lagi, raba itu digunakan dalam pertarungan menindih raba. raba sape kalah, kena amek dengan yang menang. memandangkan aku selalu menang, berkotak-kotak raba aku telah berjaya kumpul. huhuhuhuh

www.balitopholidays.com said...

hello, salam kenal dari pulau dewata ^^!