Tuesday, June 2, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 03

Gambar yang tidak diketahui tarikh. Gambar ini menunjukan suasana di tempat kerja perlombongan di Bukit Besi.

1 comment:

Halim Hassan said...

Salams. Terima kasih kepada penulis blog kerana menulis sebahagian sejarah Dungun, terutama sekali kisah Bukit Besi.
Saya pernah menuntut diITM Dungun (sekarang UiTM) pada tahun 1978-1979 dalam bidang Senilukis dan Senireka. (Art And Design, AD01). Kami tinggal diTanah Lot, sebelah kubur dan belakang balai Polis lama.
Saya masih ingat ditepi pintu masuk Sura Gate ke ITM terdapat lagi peninggalan landasan keretapi menghala kepantai Teluk Lipat. Masih juga terdapat beberapa struktur berbentuk "A" ditepi pantai dan didalam laut.
Pada masa itu saya tidak tahu apakan kepentingan atau 'significance' peninggalan tersebut.
Dan tidak juga merakam banyak gambar2 sebagai kenangan kerana zaman itu harga kamera diluar kemampuan kami semua. Tidak macam handpon sekarang. Kami belajar pun pakai 'Seagull box camera' yang 'made in China! Pakai film 135 hitam putih.
Bila telah tamat pengajian baru lah tahu cerita kenapa terdapat landasan keretapi diSura Gate.
Saya berharap kepada yang membaca komen saya ini dapat berkongsi gambar2 lama mengenai Bukit Besi dan Dungun supaya generasi akan datang tahu sejarah Dungun.
Saya juga masih lagi ramai kenalan dari Dungun dan mereka bercerita mengenai keadaan Dungun semasa orang Dungun mewah dengan hasil dari lombong Bukit Besi itu.