Wednesday, May 20, 2009

Edisi Bukit Besi : Klasik 02

Kereta api. Lokomotive. Keretapi. Komuter. LRT. ERL. Bullet Train. Shinkansen. Densha. Maglev.

Kereta api. Api kerana menggunakan arang batu yang membakar . Sekarang dua patah perkataan tersebut digabungkan menjadi keretapi. Di Kuala Lumpur malah di kawasan dunia atau negara yang lain telah mengalami revolusi rekabentuk dan teknologi keretapi. Di dalam keluarga keretapi ini mempunyai pelbagai jenis yang berbeza dan nama pun berbeza. Di Kuala Lumpur sendiri, bermula dengan Komuter, kemudian LRT Star, LRT Putra, kemudian ERL dari KL Sentral ke KLIA, seterusnya teknologi monorel. Di KLIA pula terdapat pengangkutan yang menghubung kan Main Terminal Building KLIA dengan Bangunan Satellite KLIA, yang dipanggil dengan nama Aerotrain ( atau TTS-Track Transit System ) - rekabentuk seperti LRT.

Di Jepun pula ada Bullet Train ( dipanggil Shinkansen yang membawa maksud keretapi laju ) dan Densha iaitu sejenis keretapi yang menggunakan teknologi seperti komuter dan bergerak di antara pekan, bandar dan negeri. Ada yang densha jenis henti-henti, seperti bas lompat-lompat ( transit ) dan ada yang ekspress.

Terdapat satu lagi teknologi di dunia ini iaitu teknologi Maglev yang sekarang ini makin berkembang dan keretapi semakin laju.

Di Dungun, gambar di atas hanya teknologi ini dahulu yang ada. Penduduk-penduduk Dungun dahulu telah mengenal keretapi, yang digunakan dalam laluan domestik. Gambar yang terakam di atas adalah satu nostalgia bagi daerah Dungun. Kini jika siapa rindu ingin melihat keretapi dari dekat, tak perlu sampai ke Pahang, datang sahaja ke Kertih, lihatlah keretapi yang membawa produk petrokimia dari Kertih ke Pelabuhan Kuantan.

2 comments:

TATA said...

apa khabar awang. ambik duane gok gambor2 lame ni. any way itu semua nostalgia kepada warga dungun. masa kecik2 dulu selalu gok gi main kat bukit tebuk. biar kena maroh pun tapi degil gilerrrr

keroro said...

kedai holywood kuala ada gambo2 gini