Dua petikan akhbar Sinar Harian, ucapan terima dan kredit atas cakna sekali lagi terhadap warisan Terengganu.
Berita 1
Rumah ‘Pagar Ruyung’ diroboh
NIBONG - Nostalgia manis seorang warga emas di rumah pusaka peninggalan arwah moyangnya bakal berakhir apabila rumah papan berusia lebih 100 tahun itu difahamkan akan dirobohkan tidak lama lagi.
Rumah tradisional bercirikan seni bina Pagar Ruyung yang hanya menggunakan pasak kayu tanpa sebarang paku besi itu akan digantikan dengan sebuah rumah baru bercirikan seni bina lebih moden.
Pemiliknya, Hasiah Sulong, 78, yang masih sihat ketika ditemui berkata, rumah itu dibina moyangnya dikenali sebagai Che Leh yang dipercayai membina rumah itu pada akhir abad ke-18.
“Arwah bapa saya menceritakan bahawa tok ki saya sering belayar. Dia yang dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia ketika itu singgah di muara Sungai Kuala Dungun lalu membina penempatan di sini sebelum membina sebuah rumah untuk dijadikan tempat berlindung.
“Oleh kerana dia adalah orang Pagar Ruyung, jadi budaya masyarakat di sana dibawa ke sini. Hasilnya, rumah yang dibina mirip kepada seni bina negara seberang itu. Oleh itu, tiada sebarang paku digunakan pada rumah ini, rekaannya juga unik dan jarang kita melihat rumah seperti ini di sini,” katanya.
Isteri bekas pekerja lombong bijih di Bukit Besi yang pernah menjalani kehidupan semasa zaman penjajahan Jepun itu meluahkan, dia amat sedih selepas mengetahui rumah pusaka peninggalan arwah moyangnya itu akan diro-bohkan.
“Banyak kenangan di rumah ini. Di sinilah saya lahir, dibesarkan malah melangsungkan perkahwinan. Tetapi, apa boleh buat, saya tiada kuasa untuk menghalangnya.
“Jika ada pihak yang boleh memeliharanya, ia adalah satu artifak yang boleh dijadikan bahan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Apa yang makcik tahu, rumah ini sudah dijual kepada seseorang,” kata isteri kepada arwah Mohd Ismail, yang juga seorang nakhoda kapal.
Berita 2
Rumah Pagar Ruyung menyembah bumi
NIBONG BAWAH - Rumah bersejarah Pagar Ruyung yang menjadi kebanggaan Hasiah Sulong, 78, akan menjadi 'padang jarak padang tekukur' apabila harta peninggalan arwah moyangnya itu akhirnya dirobohkan, semalam.
Kisah rumah lebih sedekad itu mendapat perhatian ahli sejarah terkenal di daerah ini, Abdul Wahab Yunus.
Beliau turut berada di lokasi untuk meninjau kerja meleraikan struktur bangunan kayu yang menjadi simbol seni bina masyarakat dari Pagar Ruyung itu.
Abdul Wahab yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Dungun meluahkan kekecewaannya kerana bahan sejarah itu disifatkannya tidak wajar dilenyapkan, sekali gus menggagalkan usaha pihaknya mengekalkan warisan bersejarah bagi tatapan generasi akan datang.
“Rumah seperti ini tiada lagi berdiri megah di Dungun sebagai daerah yang bersejarah, keaslian seni bina rumah Pagar Ruyung tidak ada tolok bandingnya berbanding kediaman moden lain pada masa kini.
“Rumah Pagar Ruyung juga setanding dengan hasil arkitek lain dan mempunyai nilai komersial lebih tinggi jika martabatnya diangkat serta diberi perhatian sewajarnya dari persepsi individu yang menghargainya,” kata bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan itu.
Beliau yang juga bekas wakil rakyat kawasan Hulu Dungun berpendapat, setiap individu yang mempunyai aset sedemikian mesti memeliharanya daripada pupus kerana setiap bahan lama mempunyai nilai komersial jika dikendalikan dengan baik.
“Ia boleh dijadikan sumber pendapatan untuk tujuan pelancongan, bagaimanapun dalam hal ini saya bersyukur kerana pihak yang membeli rumah Pagar Ruyung ini berhasrat membina semula dengan mengekalkan seni bina asal,”katanya.
Sementara itu, pembeli rumah itu, Nazari Hasan, 45, berkata, dia akan memastikan proses pembinaannya tidak mengetepikan elemen struktur asal kediaman itu.
Bagi Hasiah pula, tiada lagi rumah yang meninggalkan banyak nostalgia dalam hidupnya.
“Rumah ini milik moyang saya, dibina ketika zaman sebelum perang lagi dan sebagai orang tua, saya tidak mampu melakukan apa-apa,” katanya.
Ulasan aku.
Itulah rumah lama. Rumah Allahyarham Moyang Salleh - dalam berita akhbar tersebut ditulis sebagai Che Leh. Berita ini tersiratnya menyatakan kebenaran sejarah tentang pendatang dari Ranah Minang berhijrah ke Terengganu, khususnya ke Dungun. Rumah tersebut telah lama terbiar. Dijual kepada seorang pembeli dan dengar ceritanya bukan diroboh terus tapi dibina semula mengikut asal. Ia diroboh dan pindah, ke mana tak pasti. Rumah tersebut lama berdiri megah di Nibong Bawah. Akhir Jun lalu telah menjadi berita gempar dalam keluarga tentang rumah tersebut bakal dijual dan dipindahkan.
Dulu masa kecil teruja mendengar cerita tok, tentang tokki saudara yang tidur malamnya terkejut bom perang Jepun jatuh di sebelah katil. Rumah inilah. Sedih? Ya aku sedih. Kini tinggal rumah tokki aku sendiri yang mungkin antara rumah lama, mungkin tidak Pagar Ruyung, sekurang-kurangnya adalah rumah lama di perkampungan Nibong Bawah.
Pesan aku kepada pemilik baru, jagalah rumah tersebut sebaiknya.

11 comments:
Awang, pembeli rumah "pagar ruyung" tu bernama nazari hassan. adakah nazari hassan tu orang pulau serai dan ada kedai runcit kat sekolah pulau serai tu? kalau betul budak tu bekas pelajar SMSO 77-81. sebenarnya rumah2 kat nibong bawah tu banyak orang berdagang dari indonesia termasuk Aruah Tengku Ngah yang rumahnya di tanjung pagar. (tata panggil dia Ku Ngah Nyut - pangkat ninda saudara sebelah ibu dengan tata. tok ki awang mesti kenal dengan dia ni.
Kata keluarga orang Seberang Pintasan.
Arwah Tok Ki dan kaum keluarga mesti kenal, sebab mereka adalah orang terawal tinggal di Kampung Nibong Bawah.
Salam,
saya adalah salah seorang cicit cek leh.ibu saya anak kepada arwah toki ngah yang meninggal di usia muda. keluarga ibu saya telah lama tinggalkan rumah tersebut dan diwariskan kepada toki aziz, nenek saya iaitu isteri kepada toki ngah (kini berusia 90 tahun) masih ada dan sangat bersedih dengan perobohan rumah itu.
kami sekeluarga amat sedih. tapi semuanya telah terlambat.
itu saja.terima kasih
Princess Syeena, saya juga adalah salah seorang cicit kepada Allahyarham Moyang Salleh melalui anaknya iaitu Allahyarham Tokki Muhammad bin Salleh yang merupakan Tokki saya. Ingin bertanya adakah saudari anak kepada Cikgu Aini? Kalau tak silap saya Tokki Ngah dan isteri adalah sepupu. Saya minta mungkin saudari boleh jelaskan susur galur, lagipun anak beranak melalui Allahyarham Moyang Salleh tidak ramai saya kenal lantaran saya adalah generasi cicit, kalau Allahyarham Tokki Aziz amatlah saya kenal.
Awang,
saya adalah anak kepada Cikgu Aini,Cikgu Aini anak kepada Tokki Ngah Bin Sulong dan Fatimah Bin Abdul Latif.
Ibu saya hanya bercerita mengenai cek de dan tokki aziz, saya tidak tahu ada lagi adik beradik Tokki Ngah yang lain. Dulu sering berjumpe Tokki Aziz dan melawat anak perempuannya yang sakit. Cek de juga begitu.
Nanti saya akan tanyakan pada ibu saya, mungkin dia ada bercerita tapi saya yang lupa.
Gembira dapat berjumpa sanak saudara di alam maya.
Jika begitu,saudari adalah cuit kepada Allahyarham Moyang Salleh,kerana isteri Allahyarham Sulong yang bernama Allahyarham Halimah adalah anak kepada Moyang Salleh,ringkasnya :
Salleh+Wan Nik
=Halimah(kakak)+Sulong
=Ngah+Fatimah(sepupu)
=Cikgu Aini
=Saudari Syeena.
Salleh+Wan Nik
=Zainab(adik)+Abd Latif
=Fatimah+Ngah(sepupu)
=Cikgu Aini
=Saudari Syeena.
Ini bermakna ibu saudari adalah dua pupu kepada saya.
salam sdr penulis..
Boleh tak sdr senaraikan nama anak Moyang Salleh? salah seorang anak Moyang Salleh bernama Rahmat. Rahmat adalah arwah atok saya.Bermakna saya adalah cicit kepada Moyang Salleh.
Saya tak pasti samada Moyang Salleh mempunyai ramai isteri.Mungkin saudara lebih mengetahui..harap dapat membantu
saya cucu kepada hasiah bt sulong(nenek).bantu sy dlm nk lengkapkan susur galur (moyang halimah bt salleh)yg x lengkap ni.
ngah b. sulong+che munah bt mat min
=sulong bin ngah+abas b. ngah+fatimah bt ngah+che su mas bt ngah
manakala,sulong b. ngah berkahwin dgn halimah bt salleh
=ngah b. sulong,hasiah bt sulong dan aziz b. sulong
Villasokmo,
Nama tersebut tidak pernah saya dengar, tetapi saya mungkin boleh bertanyakan lagi tentang hal tersebut.
Nurul,
Saya rasa Nurul boleh bertanya di kalangan orang-orang tua sebelah Nurul. Lagi tepat saya rasa.
salam.. maksud awang, muhamad b. saleh (drebar kereta api) tu hj. mat kapok ke?
salam. maksud awang, muhamad b. saleh (drebar kereta api) tu hj. mat kapok ke?
Post a Comment