Monday, October 19, 2009

Nebéng dan Bradöng

Seorang lelaki yang agak berumur lepak di wakaf. Melihat anak-anak muda umur dalam belasan - sekolah menengah bermain basikal mencongék tanpa jatuh sejauh jarak beberapa tiang letrik TNB.

"Döh puah hiduk mö 'öh budök-budök ni..." dengus orang tua itu.

"Jamang aku mude-mude orang dök maing basika gini...jatuh ggölek macang nangke buruk kekgi...jangang nebéng sangak, jatuh kekgi susoh, umö mude lagi..."tambah dengusnya lagi seorang diri, mahu ditempik budak-budak sekarang nakal keras hatinya, jatuh berkali-kali masih keras hatinya.

Mungkin ini permainan budak-budak sekarang. Ekstrem kata mereka. Mungkin mereka sekarang tidak berminat lagi dengan tradisi rakyat, tarik upih, bitö ketang nipöh, maing wa, atau mencari buah nipah di celah-celah pohon nipah di kawasan paya.

Budak sekarang nebéng sangat, bawa motor tanpa lesen, berlumba rempit sendiri. Budak sekarang nebéng sangat, main mercun tak berhati-hati.

"Jangang tebéng sangak...", sambung dengusnya lagi.

"Pök Long, hoh! Nengung mende tuh, maréng napok bradöng sangak wak kerja, ari ni duk lepak je atah wakah...", tegur rakan lelaki berumur tersebut.

"Ari ni rehaklah, letih duk wak kije maréng, esok sambung pulök...", jawab lelaki berumur tersebut. "Nök wak bok ke lauk ni kene molek sikek, kalu letih jangang wak, kekgi laing jadinya, böcö bok tu kekgi...." sambung lelaki berumur tersebut sambil tersengih-sengih.

"Doh marilah, kite kita kene roti payang dulu...Pök Mang ngang Pök Ding ade gök tuh", ajak rakannya.

"Bereh...bereh", lelaki berumur tersebut beredar dengan rakannya.

NOKTAH.

Terjemahan.

Sedikit cerita pendek. Di sini ada dua istilah yang menggambarkan perangai dan perbuatan dan pekerjaan seseorang. Nebéng dan Bradöng itu adalah perlambangan orang Terengganu terhadap dua sikap negatif dan positif.

Nebéng/Tebéng bermaksud satu perangai yang negatif iaitu melakukan sesuatu perkara yang melampaui batas yang bersifat tidak baik atau membawa kemudaratan dan boleh membuatkan orang tidak suka kepada kita. Contohnya seperti menunggang motor tetapi tiada lesen lalu merempit laju lalu jatuh motor lalu patuh kaki-mujö dök mati. Contoh lain adalah membuat sesuatu pekerjaan yang bersungguh-sungguh tetapi hasilnya tidak baik malah memudaratkan dan kesannya tidak baik ke atas orang tersebut - demam kuat tetapi tebéng pergi kerja, hasilnya demam tak kebah, malah melarat demam tersebut. Antara dialog- (a) Jangang nebéng sangak wak kije tuh, sakik kekgi. (b) Jangang tebéng mandi hujang, demang kekgi. (c) Jangang nebéng sangak suruh orang, kekgi orang dök suke...

Bradöng pula membawa maksud yang lebih kepada positif. Ia lebih berkait dengan pekerjaan iaitu melakukan sesuatu pekerjaan dengan sungguh-sungguh dari kebiasaan tetapi hasilnya baik dan ia membawa kesan yang positif - pekebun/peladang bekerja dengan bradöng, hasilnya tanaman menjadi dan mendapat pulangan yang lumayan.

Hidup Jangan Nebéng. Kerja Biar Bradöng. Itu nasihat orang Terengganu.

5 comments:

AZIZAN & HAFIZAH said...

jom lawati http://www.jombinabadan.com

dapatkan panduan badan tough sekarang

Tengku Sulaiman said...

awang,

buleh beralih dok ke website penuh.
untuk set set dungun duduk jauh ni lepas rindu.

ambe duduk di kuatang. lame doh dok balik dumoh di sunga boye.

boleh kontek ambe dengan segera di : tengkusulaiman@gmail.com

A w a n g said...

Y.M Tengku Sulaiman,

Mungkin boleh diusahakan nanti...

TATA said...

Tengku,
U ni anak sapa ye. Anak Tengku Muda ke? Nok tittih ni.

TATA

Tengku Sulaiman said...

Ye anok tengku muda.
Cucu pada tengku jaafar. Master masa projek bukit besi dulu.

ni ambe ada gambor masa pembinaan jambatan sungai dungun (1964), nok dok?

email : tengkusulaiman@gmail.com
hp : 017-9713603 (sms aje)