Tuesday, November 3, 2009

Berudung. Berrudung. Beghudung. di Salwa

Bukan budu. Bukan anak berudu yang ditambah NG dibelakang perkataannya. Bacalah cerita ini.

Seorang lelaki. Memakai baju T-Shirt kegemarannya-mungkin jersi ragbi tertulis perkataan VIKING. Berlegar-legar di sekitar pekan Sura Gate. Pada waktu ini Pasar Raya Salwa adalah pasar raya yang utama di pekan itu. Di depan Medan Selera terletak sebuah bangunan kayu ala Balai Raya yang dijadikan Balai Pusat Rukun Tetangga tetapi tidak tahu milik kampung mana. Bangunan tersebut berwarna putih, tetapi bukan bangunan ini yang akan diceritakan di sini, tetapi tentang lelaki itu.

Memakai cermin mata hitam. Memandang kiri dan kanan, tetapi anak matanya tidak diketahui memandang ke arah mana lantaran dia memakai cermin mata hitam bergaya-harapnya bukan dibeli dari Pasar Minggu Hari Khamis. Sesekali dia memandang ke arah pokok besar seberang jalan setentang dengan Pasar Raya Salwa. Di sebelah pokok itu terdapat satu kedai majalah dan buku berbentuk Botol Susu dan sebuah pondok menunggu bas loncat - Kompeni, Himda, dan Thong Aik. Dia memandang ke sana kerana ramai gadis ayu bertudung litup sopan lagi ayu menunggu bas di situ.

Sebuah bas Kompeni berhenti di pondok tunggu bas tersebut. Dia tidak dapat melihat gadis-gadis tadi kerana ditutupi dengan susuk bas kuning tersebut. Mungkin gadis-gadis tersebut telah menaiki bas tersebut dan mungkin ada gadis-gadis lain yang turun pula di pekan ini. Agakannya benar. Selepas susuk bas bergerak dia terlihat seorang gadis lain yang bertudung litup ayu sopan yang mungkin baru turun dari bas tadi. "Cantik!" Getus hatinya.

Matanya tak terhenti memandang gadis itu yang berjalan bergerak menuju ke arahnya-tetapi bukan lurus ke arahnya cuma sedikit lari 1 darjah ke arah Pasar Raya Salwa. Gadis itu berjalan sopan dengan payung dijadikan tongkat. Bergerak menuju ke kaunter menyimpan barang-barang di luar pasar raya. Seorang pakcik yang menjaga kaunter tersebut menyambut payung tersebut. Gadis itu senyum dan masuk menuju ke dalam pasar raya. Dia mengekori dari jauh. Mengekori mahu menuju ke dalam pasar raya. Sampai di muka pintu pasar raya, dia berhenti sekejap, melilau-lilau mencari kelibat gadis tadi sambil membetulkan baju mengeringkan peluh di bawah aircond-almaklum aircond pintu masuk Pasar Raya Salwa memang sejuk.

Dengan peluh yang agak kering, lelaki itu menuju ke arah tangga untuk menuju ke tingkat 1 kerana gerak hatinya mungkin gadis tadi berada di tingkas atas. Dia menaiki tangga dengan langkah satu persatu dengan memandang ke arah anak tangga. Baru empat anak tangga, dia mendongak kembali setelah seperti ternampak kelibat bayang di anak tangga. Dia mendongak mahu mengelak bimbang selisih terlanggar, rupanya tidak sempat. Kelibat bayang tersebut adalah gadis tadi. Lelaki itu agak terkejut, malu merah padam-orang putih kata blushing. Kakinya seperti tidak berpijak bumi, sebenarnya tidak memijak tangga. Dia jatuh berudung/berrudung/beghudung...dung...dung...dung...ke belakang. Lelaki itu jatuh tanpa pekik, yang menjerit gadis tadi-hilang ayunya sekejap. Kecoh, tapi nasib baik lelaki itu tidak cedera, bangun tapi terhincut-hincut mungkin kerana sengal.

"Budi..........bakpe bunyi berudung/berrudung/beghudung tuh...bunyi bende puku pak pagi nih," satu suara menegur.
(Budi..........kenapa bunyi jatuh tuh...bunyi apa pukul empat pagi ni).

"Takdök mende mök...jatuh katil, bicuk sikek kat buku lali ni", jawab lelaki tu.
(Tak ada apa mak...jatuh katil, bengkak sikit kat buku lali ni).

"Tuh la...tido dök bace, dök basuh kaki...", sambung tegur nasihat dari luar bilik lelaki itu.
(Itulah...tidur tak baca ayat Al-Quran, tak basuh kaki...).

Noktah.

Terjemahan.

Berudung. Berrudung. Beghudung.

Berudung
/berrudung/beghudung adalah salah satu perkataan yang menggambarkan keadaan JATUH selain daripada ssugung dan ttumuh. Jatuh berudung/berrudung/beghudung adalah jatuh seperti jatuh tangga dengan tiba-tiba, juga jatuh dari tempat yang tinggi. Ia juga membawa maksud sesuatu bende yang berat yang tiba-tiba jatuh dari tempat yang tinggi - orang Terengganu kata semmerak jatuh, ( satu beban yang berat jatuh berdebik dengan tiba-tiba). Mungkin bunyi dung! (DUM!) disebabkan jatuh menjadi satu perkataan iaitu berudung. Mungkin.

Kalau jatuh hati jangan sampai jatuh berudung/berrudung di tangga.

4 comments:

Anonymous said...

"berudung" atau "berrudung"..??

AWANG said...

tuan anonymous..

due-due buleh.

berudung nampak formal.

berrudung menunjukkan sebutan yang betul.


terima kasih kerana berkongsi maklumat.

=)

Upenyu said...

Orang teranu kalau bercakap mesti ada sabdu... "berrudung".

Masa Salwa di buka, saya masih di tingkatan 4 SMTIZ. Sebelah kiri Bangunan Bank pertanian.

Depan Bangunan Salwa tu ada bas stop. Tepi bas stop tu ada gerai jmakanan (berada) Tuan punya gerai tu nama Ibrahim (Masa tu dia pakai motor beso). Beloh petang dia jual burger. Itu lah gerai burger yang pertama kat dungun seingat akulah.

Ada lagi ke gerai tu.

AWANG said...

Gerai burger depan Salwa tepi Pok Ek Teng dah lama tutup, abang yang rambut panjang yang buat burger tu, sedap burger dia, dah lama sangat dah tutup, beberapa tahun dulu dah tutup, masa tu Kedai Pok Ek Teng belum pindah lagi ke bangunan baru.