Friday, November 20, 2009

Padang Zink Merah

Sebelum zink merah itu dirobohkan pelbagai kenangan banyak tersimpan di belakang pagar berzink berwarna merah tersebut. Ia merupakan padang bola sepak yang utama bagi daerah Dungun. Ia juga merupakan gelanggang utama bagi Liga Daerah Dungun yang setiap pasukan datang dari pelbagai kampung. Ia dipanggil oleh penduduk setempat dengan nama Padang Zink Merah kerana padang utama tersebut dikelilingi dan dipagari dengan zink yang berwarna merah yang ketinggiannya hampir setinggi pohon kelapa. Padang Zink Merah ini seumpama stadium untuk penduduk daerah Dungun tetapi rekabentuknya tidaklah seperti stadium yang mempunyai kerusi dan bangunan konkrit.

Di hadapan Padang Zink Meroh ini atau nama sebenarnya ialah Padang Dewan Merdeka terletaknya deretan teres rumah kerajaan dan rumah kayu sebuoh-sebuoh yang diduduki oleh kakitangan kerajaaan dan GLC samaada JKR, TNB dan kakitangan Kerajaan Tempatan. Di hadapan berhampiran bulatan terdapat satu tanah lapang dan di bawah pokoknya terdapat gerai kayu yang menjual jemput-jemput/cekodok, keropok lekor dan air pelbagai rasa berais. Ia merupakan tempat singgahan pelajar sekolah selepas waktu persekolahan untuk makan dan minum sebelum pulang ke rumah. Anak pemilik warung tersebut adalah kenalan aku. Rata-rata pelajar-pelajar sekolah menengah di situ memanggilnya sebagai Kedai Buja/Bujal. Di hadapan pintu besar Padang Zink Meroh terdapatnya gerai kecil menjual air pelbagai rasa berais, keropok lekor dan rojak nenas serta buahan-buahan yang lain yang dimakan dengan mencucuk lidi yang tajam . Biasanya gerai ini dibuka ketika perlawanan bola sepak diadakan.

Harga tiket pada waktu itu tidak aku ingati. Untuk masuk ke dalam padang, penonton perlu beratur di luar muka pintu masuk yang hampir dengan jalan raya. Seorang pak cik menunggu untuk melihat tiket dan mengoyakkan tiket tersebut sebagai tanda boleh masuk ke dalam padang. Agak pelik, tiket hanya diperiksa sebelum perlawanan bermula. Apabila perlawanan telah bermula, penonton/orang yang berada di dalam Padang Zink Meroh boleh keluar masuk sesuka hati sama ada singgah membeli air dahulu di gerai kecil tadi ataupun ke mana sahaja. Disebabkan tiada orang yang memeriksa tiket dan menjaga pintu masuk selepas perlawanan bermula, agaknya orang yang tidak bertiket boleh keluar masuk dengan bebas untuk menyaksikan perlawanan bola sepak liga daerah. Oleh itu tak perlu membeli tiket jika ingin menonton boleh sepak, tunggu sahaja selang 10-20 minit selepas perlawanan berlangsung, masuk sahajalah dengan percuma!

Bangku-bangku tempat penonton tidak cukup di dalam kawasan Padang Zink Merah tersebut. Bangku-bangku kayu yang usang dan hampir roboh tidak ditukarkan hampir beberapa tahun lamanya. Aku suka duduk di bangku kayu ini-bangku kayu ini kiranya grand stand kalau di stadium. Ramai penonton lebih suka duduk di tepi padang ataupun berdiri sahaja sambil bersorak (kadang bercampur maki-hamun). Di dalam kawasan padang ini juga mempunyai satu pentas berbumbung yang diperbuat daripada kayu dan hampir roboh. Pentas inilah tempat berucap dan upacara memberi hadiah. Di tepi padang pula terdapat juga satu bangunan yang telah usang.

Pasukan yang biasa aku tonton ialah Pasukan Kampung Sungai Buaya dan Pasukan Jalan Delima. kedua-dua pasukan ini umpama adik-beradik yang mana Pasukan kampung Sungai Buaya adalah abang dan Pasukan Jalan Delima adalah adik. Ini kerana kedua-duanya merupakan pasukan dari tempat yang sama. Jalan Delima terletak di dalam Kampung Sungai Buaya. Ia ditubuhkan lantaran Kampung Sungai Buaya terlalu besar dan mempunyai belia-belia yang suka untuk bermain bola. Oleh kerana hanya satu pasukan sahaja ditubuhkan, maka satu pasukan lagi ditubuhkan bagi memberi peluang kepada belia-belia tersebut. Pernah sekali kalau tak silap aku terdapatnya perlawanan akhir Piala FA antara Kampung Sungai Buaya dan Pasukan Jalan Delima dan ia digelar perlawanan abang dan adik. Perlawanan tersebut disudahi dengan kemenangan si abang iaitu Pasukan Kampung Sungai Buaya.

Pasukan Kampung Sungai Buaya ini sebenarnya rata-rata diwakili oleh belia yang merupakan nelayan. Mungkin stamina bekerja di laut, menarik pukat, berpanas berhujan menjadikan mereka kuat di padang bola sepak. Tak perlu ke gim, hanya sesekali waktu petang berlatih sebelum menghadapi perlawanan. Biasanya Pasukan Kampung Sungai Buaya ini juga pantang berjumpa dengan Pasukan Kampung Seberang Pintasan yang juga rata-rata nelayan. Pantang jumpa dan mungkin adegan kekasaran dan sedikit pergaduhan terjadi. Belum lagi bab penonton fanatik. Adegan gocoh (bergaduh), maki-hamum dan sebagainya yang dikategorikan 18SG, 18PL selalu terjadi samada pemain atau penonton. Pernah sekali Pasukan Kampung Sungai Buaya digantung daripada bermain di dalam Liga Daerah Dungun dek kerana perlawanan yang selalu diakhiri dengan bergocoh. Maka Pasukan Jalan Delima yang tinggal untuk disokong.

Aku juga teringat di padang ini pernah sekali kenderaan BIG FOOT melakukan aksi pertunjukkan yang ditaja oleh PALL MALL. Waktu itu pasukan kenderaan aksi BIG FOOT ini melakukan pertunjukan seluruh Malaysia dan antara venuenya adalah daerah Dungun. Pada waktu itu habis rumput rosak dengan aksi-aksi kenderaan tersebut.

Sekarang ini pagar zink merah tersebut telah dirobohkan. Deretan rumah teres di hadapan Padang Zink Merah telah dirobohkan. Sekarang ia ditukar nama daripada Padang Dewan Merdeka menjadi Dataran Merdeka. Padang ini tidak lagi berpagar, oleh itu aku tidak tahu sama ada perlawanan liga daerah masih ada diadakan, jika ada maka ia tidak bertiket jika diadakan di situ.

Satu kisah sedih bagi pihak keluarga aku, kerana di padang inilah salah satu ahli keluarga aku ditembak mati. Beliau adalah Allahyarham Mohd/Wan Khalid, yang merupakan D.O/Pegawai Daerah bagi daerah Dungun. Kata keluarga, Allahyarham Mohd/Wan Khalid ditembak oleh tentera Jepun, dan ada yang mengatakan ditembak oleh Komunis.

6 comments:

Sang Penyu said...

Salam,

Dulu acara sukan sekolah-sekolah daerah dungun selalu diadakan kat Padang Dewang merdeka. Aku pernah jadi wakil Sekoloh Rendoh Sultan Omar dan Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah. Lepas tu baru ada Sekoloh Menengah Sains, Sekali-kala ada juga wakil dari Sekolah Menengah Paka. masa tu sekoloh menengah Paka cuma sapa setakat tingkatan 3.

Terima kasih awang, teringat balik tepak-tepak lama.

AWANG said...

Padang Zink Meroh ini biasanya tempat acara sukan, Padang Astaka tempat ekspo.

Anonymous said...

seingat aku.. masa aku sekoloh rendoh dulu.. ada sekali buat pertunjukan bigfoot kat padand zink meroh tu

AWANG said...

Tuan Anon,

Memang ada dulu pertunjukkan Big Foot tu.

azangpdgjambu said...

salam,
masa amber sekoloh ..macang2 acara ada situ,bola buleh kata tiak2 minggu belawang,amber tgk dj dave,hail amir,saripoh aini nyanying situ gok,nenggok tengok..masa tu hok sohor skali dok leh lawang uji rosek..balik dok leh nok tidur teringak ke uji rosek..comel dooh..padahal baru masuk joh 5..sunak dok agi masa tu.
amber ingat 2 kali amber masuk tembor masa org nyanying di zeng meroh..mula-mula masa saripoh aini..masuk tembor nge saing amber nama kamil lening jd lecture di kolej komuniti k.trg..kena kejor kebokk tembor..natang nyer malang dok napok mende satu..kucuk tembor..tengoh2 lari tu..aduhhhh
masuk dalang pukat gol teruhhh..
tp nasik baik dok kena igak..
yang kedua masa efarizan..tgk gambor di majalah urtv syok doh..ning pulok mari nyanying di kapong kiter..masuk tembor pulok..tp nasik baik dok kena ambak treik ning..masa tu nok tgk efarizan..bengang doksoh kira aarr..efarizan dok dapak hadir pasal nikoh nge dahlang zainudeng..natang ngoh...lah skali amber masuk masa konsert 60'an..masa tu amber tingkatang nang doh..siak jogek agi nge saing2 amber..jogek twis..pa nettuk kaki..
susoh nok cerita...betapa rapat hubungang budok2 dungun masa dulu nge padang zeng meroh...ada org jual air tebu..arwah usop malah(muaalaf)..kepok..macang2 laa.,amber duduk selangor lening..betulang blk tahung lepah..tgk tadok doh padang zeng meroh..kejuk noo..
berair mata bohhhh..ning tgh naip ni pong berair pulok mata...tp nok wak guane..itu la pembangunan nama nyer...yang sbenornya kapong kiter mmg bijok aarr.. ke guane boh..
tu baru cerita tepak2 bijok mcm padang zeng meroh,opa,bijjih,bukit tebok...ada se agi..amber rasa tadok budok dungun dulu dok kenal hok ning...HOTEL MEDO...hehehehe..
bakpe mung senyung..

AWANG said...

Kahkahkah...Hotel Medo, awok-awok suke sangak guna nama hotel ni bila bergurau...kahkahkah, aku dok rase senyum doh, tapi rase nok gelok,kahkahkah...pandai mung wak lawok...

Terima kasih kepada azangpdgjambu sebab buak cerita sedap!