Friday, December 25, 2009

Edisi Bukit Besi : Sura Gate - Taman Monumen Keretapi



Plak keterangan monumen keretapi dan zaman perlombongan bijih besi di Bukit Besi.


Monumen keretapi: Gambar dari arah sisi depan.


Monumen keretapi : Gambar dari arah sisi sipi.


Monumen keretapi : Gambar dari arah sisi belakang.

Sebelum terbinanya monumen keretapi ini di depan Stesen Minyak Shell yang tertua di Dungun, ada satu Taman Monumen Tudung Saji yang telah lama dibina di sebelah Taman Monumen Keretapi ini yang berhampiran dengan Stesen Minyak Caltex. Taman Monumen Tudung Saji itu dibina sebagai tanda pengenalan daerah Dungun kerana perusahaan tudung saji dan yang berkaitan dengan kraftangan mengkuang yang terletak di Paka.

Monumen Tudung Saji ini telah usang, buruk rupanya dan seolah tiada penyelengaraan mahupun jagaan, pokok-pokok bunga di sekitar Taman Monumen Tudung Saji ini juga nampak semakin semak meninggi. Pihak tertentu harus mengubah imej di kawasan Taman Monumen Tudung Saji biar nampak segah, segak, secantik, dan seindah seperti di kawasan Taman Monumen Keretapi .

Daerah Dungun juga terkenal dengan pendaratan penyu belimbing di Rantau Abang, dan tanda pengenalan daerah ini dengan lambang penyu juga begitu sinonim sekali. Kini monumen keretapi zaman Bukit Besi mengambil alih tanda pengenalan daerah bersempena mengingati zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Bagi pelancong-pelancong yang memandu dari arah Kuala Lumpur dan Pahang, ke arah Kuala Terengganu jika melalui jalan utama Dungun Ke Kuala Terengganu, singgahlah sebentar ke sini untuk melihat-lihat taman ini dari dekat, dan jika melalui jalan dari arah Jabor-Jerangau ke simpang tiga Ajil-Kuala Berang, Ajil-Bukit Payong, singgahlah dahulu di Bukit Besi untuk melihat dari dekat kawasan Chimney di tepi jalan tersebut.

5 comments:

a3manulna3m said...

Bagus la diisi dengan sejarah2 camni... memandangkan badan2 sejarah pun kurang peka dengan sejarah2 tempatan ini... inilah identiti kita... Saya pun cuba untuk mengumpul bukti2 sejarah seperti ini di sekitar Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu... lawatilah blog saya di http://a3manulna3m.blogspot.com

AWANG said...

Salam,

Terima kasih kerana menjengah. Teruskan usaha saudara untuk melembang selongkar sejarah bumi harapan kita, tanah berbendera hitam dan putih kita, Terengganu Darul Iman.

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

Kadang2, pihak berkuasa terlepas pandang tentang nilai2 sejarah kita... Tak banyak kita boleh lakukan... Inilah salah satu usaha kita sebagai rakyat negeri bertuah ini...

AWANG said...

Salam,

Teruskan belembang dan selongkar sejarah silam Terengganu.

fadilah said...

selongkar lg sejarah dan monumen2 kt dungun..msih byk lg belum diketahui ramai