Petikan daripada Berita Harian
(http://www.bharian.com.my/articles/NelayanKualaDungunsokongdalamkanmuara/Article/)
Nelayan Kuala Dungun sokong dalamkan muara
2011/06/27
DUNGUN: Hampir 1,000 nelayan di Kuala Dungun melahirkan perasaan gembira selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi mendalamkan muara Kuala Dungun.
Kebanyakan nelayan yang ditemui Berita Harian melahirkan terima kasih kepada kerajaan yang sanggup membantu mereka menyelesaikan masalah kesukaran untuk keluar masuk melalui muara itu berikutan mendapan pasir yang semakin serius sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mohamad Abd Ghani, 55, berkata persatuan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh yang berusaha sehingga peruntukan itu diluluskan.
Katanya, ini membuktikan kerajaan mengambil berat masalah yang dihadapi nelayan di daerah ini yang berhadapan dengan masalah itu sejak sekian lama.
“Kami berterima kasih dan berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempercepatkan pengeluaran tender dan kerja mendalamkan muara dapat dijalankan dengan segera sebelum tiba musim tengkujuh,” katanya.
Pemilik bot nelayan, Omar Mohamad, 51, berkata, dia beberapa kali berdepan kejadian botnya karam di muara terbabit dan langkah kerajaan mendalamkan muara itu dapat menyelesaikan masalah yang sudah lama dihadapi golongan sepertinya.
“Sekiranya muara itu tidak didalamkan, banyak lagi kejadian bot karam boleh berlaku sehingga menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
“Kesan muara yang cetek itu juga menyebabkan nelayan terpaksa melabuhkan bot di luar kuala kerana tidak dapat memasuki jeti Kuala Dungun untuk berlabuh dan mendaratkan hasil tangkapan terutamanya ketika air surut.
“Keadaan itu pernah mengorbankan seorang nelayan, Ami Amri Abu Bakar pada 2004, selepas bot gentian kaca yang dinaikinya karam dipukul ombak apabila bot pukut jerutnya tidak dapat masuk berikutan muara yang cetek,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh berkata, JPS akan mengeluarkan tender dengan seberapa segera dan kerja mendalamkan muara itu akan bermula selewat-lewatnya Ogos ini.
Ulasan :
Alhamdulillah. Harapan @Dungun dengan penambahbaikan projek ini akan membantu penduduk setempat. Satu lagi isu iaitu dari pemerhatian @Dungun sebelum ini di sekitar sepanjang pantai dari Kuala Dungun hingga ke Sura Hujung terutamanya di kawasan Teluk Lipat dan Sura Jeti hakisan pantai juga agak kritikal, pantai menjadi semakin pendek dan laut semakin hampir dengan jalan. Landskap pantai di kawasan ini amat berubah berbanding dengan tahun-tahun dahulu. Seingat @Dungun landskap ini berubah sejak atau sedikit sebelum tahun 2008. Sungguh berbeza sekali. Diharapkan juga projek menambak laut menampan ombak dilakukan dengan segera bagi mengelakkan pantai makin terhakis. Mungkin selepas ini pantai boleh ditambah timbun semula dengan pasir supaya landskapnya mungkin boleh sama bentuknya seperti dahulu. Cumanya agar ia dibuat elok dan bukan ditambah pasir dengan menjadi landai seperti Pantai Batu Buruk, pantainya berubah seperti padang pasir -terlalu landai dan jauh ke tengah. Mungkin kita tidak dapat melaksanakannya dengan menjadikan ia seperti dahulu. Kita hanya berikhtiar dan merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya.

4 comments:
Cantek aa Awang mung buat entry topic hok jeragang berahi sangat2... ada beberapa kali jeragang post pasal kula sungai Dungung dan muto tegelang..... salah satu peristiwa menyayat hati kira2 lebih 30 tahun dulu... nanti jeragang royak over my next posting... sebelum tu izing kang jeragang pinjam sikit ulasang awang dalam entry nie sebagai latar belakang... ianya amat berkesang dan menyetuh hati nurani ambe weh..... bila tengok hakisan yang teruk dan larangan mandi serta penambakan di hujung tanjung berdepan berdekatan kuala sungai banyok pulok soalang mari dalang pala jeragang..... nak tanya mung se awang acu jawab molek..... kuala dungung tu sebeno2 nyer duk kat aner gok?
Bereh! Buleh ambik artikel entri tu. Huh! Soalang cepu mas tu, dari segi geo ambe dok tahu sangak, tapi ambe cube teka, kuala tu adalah kawasan air yang berbeza warna dia antara sunga dengang laut. Kene duduk tengok kat tanjung hujung kuala tu baru napok. Ye dok?
sebenonye ambe pung dok tahu jugak tapi ambe berasa setentang antara ujung tanjung dengan bukit lepas teluk ddare bukit belah orang panggil
Pok Jeragang,
Terime kasih atah info.
Post a Comment